Sejak Februari lalu, rakan ASEAN kita iaitu Myanmar dilanda pergolakan negara apabila pihak tentera merampas kuasa dan menuduh wujud penipuan dalam sistem pengundian pilihan raya umum mereka pada tahun lalu.
Sejak itu, Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan telah ditahan. Manakala masyarakat Myanmar memilih untuk turun ke jalan raya bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi demonstrasi jalanan.
Walaupun ditekan dan didesak oleh rakyat dan pemerhati antarabangsa, pihak tentera Myanmar masih tegas dengan keputusan mereka untuk memimpin hingga mengorbankan nyawa.
Pihak tentera turut memberitahu Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka bersedia melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Baru-baru ini, nama wakil Miss Grand Myanmar iaitu Han Lay tiba-tiba menjadi sebutan setelah gadis berusia 22 tahun ini lantang bersuara di pentas akhir Miss Grand International 2021. Dalam slot yang diberikah khas kepadanya, Han Lay merayu masyarakat dunia agar membantu Myanmar.
1. Han Lay merupakan pemenang tempat kedua di pertandingan Miss Universe Myanmar 2020. Selaku naib juara, dia dilantik mewakili Myanmar di pentas Miss Grand International 2020 yang baru saja diadakan di Bangkok, Thailand pada bulan lalu.
2. Han Lay yang juga dikenali sebagai Thaw Nandar Aung menyuarakan pandangan rakyat Myanmar tentang kekejaman tentera di negaranya. Dia lantang bersuara semasa mendapat platform bercakap di Miss Grand International.
3.“Hari ini di negara saya, Myanmar, ketika saya berdiri di atas pentas ini, lebih 100 orang sudah terbunuh. (Berhenti sebentar) Tolong bantu Myanmar. Kami amat memerlukan pertolongan segera antarabangsa,” katanya.
Ads
4. Ini bukanlah kali pertama Han Lay berani menentang kekejaman tentera di Myanmar. Sebelum ini, gadis ini pernah menyertai demontrasi jalanan di Yangon, Myanmar.
5. Merupakan mahasiswa di Universiti Yangon, dia menyatakan kepada pihak BBC bahawa dia menggunakan medium pertandingan ratu cantik untuk bersuara memandangkan pihak media di Myanmar juga tidak mempunyai kuasa.
Di sana, penggiat media akan ditahan jika menentang tentera. Jadi dia bijak menggunakan peluang keemasan tersebut untuk bercakap kepada keseluruhan penonton dunia.
Ads
6. Bagaimanapun, soal keselamatan Han Lay kini terganggu disebabkan kelantangan suaranya. Oleh sebab itu, dia kini masih berada di Thailand selepas pertandingan berakir.
Menurut penganjur Miss Grand International iaitu Encik Nawat Itsaragrisil, Han Lay akan tinggal di Thailand sekurang-kurangnya tiga bulan dan berada di bawah jagaan penganjur selama tempoh itu.
7. Dalam segmen kostum nasional Miss Grand International 2020, Han Lay mengenakan busana bertemakan ‘A Goddess of Peace’. Kostum yang didominasi warna kuning keemasan dan putih itu melambangkan kedamaian yang diimpikan oleh dunia dan negara Myanmar.
8. Han Lay sebelum ini pernah tercalit dengan kontroversi akibat insiden yang tidak disengajakan berlaku ketika segmen baju renang.
Han Lay yang ketika itu sedang memakai bikini lengkap berwarna biru berjalan dan memperagakannya di sudut sebelum secara tiba-tiba payudaranya tersembul keluar secara tidak sengaja.
Malaysia hari ini kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa menurut laporan. Menariknya, tumpuan dan mata netizen tertumpu kepada seorang atlet gimnastik lelaki ini.
Siapakah atlet lelaki ini?
Foto Via Instagram sharulaimy
Untuk info, Muhammad Sharul Aimy atau lebih dikenali sebagai Sharul Aimy adalah salah seorang atlet gimnastik yang cukup membanggakan negara.
Kemunculan Sharul Aimy di Sukan SEA 31 di Vietnam baru-baru ini juga turut mendapat perhatian ramai selepas pengulas sukan begitu memuji ketrampilannya dalam satu acara.
Untuk info, Muhammad Sharul Aimy atau lebih dikenali sebagai Sharul Aimy adalah salah seorang atlet gimnastik yang cukup membanggakan negara. Kemunculan Sharul Aimy di Sukan SEA 31 di Vietnam baru-baru ini juga turut mendapat perhatian ramai selepas pengulas sukan begitu memuji ketrampilannya dalam satu acara.
Menerusi satu perkongsian semula rakaman yang memaparkan aksi Sharul Aimy dalam acara sukan besar itu, pengulas sukan memuji bakat dan kekacakan atlet tersebut membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah perkongsian rakaman aksi atlet gimnastik lelaki dikenali sebagai Sharul Aimy ini:
Ketampanannya telah membuatkan pengulas sukan sendiri tertumpu kepadanya, siap sempat berseloroh mengenai paras rupa dan kemahiran sukannya.
Ada Iras Syed Saddiq
Malah, kecoh di media sosial apabila keratan video yang dikongsikan semula di TikTok ini telah meraih hampir 100K jumlah tontonan.
Ramai netizen mula tertanya-tanya gerangan atlet tersebut, selain penampilannya, mereka terhibur dengan cara pengulas mention kekacakannya itu, malah warganet turut perhatikan bahawa rupa atlet ini persis dengan bekas Menteri Sukan, Syed Saddiq.
Ng Chun Chen dan Shahrul Aimy Kamarul raih pingat perak di Egyptian Pharaohs Cup 2021. Kredit: @chunchen_ng (Instagram)
Untuk pengetahuan korang, atlet yang bernama Muhammad Sharul Aimy Kamarul ini bukan calang-calang orangnya. Lapor Sinar Harian, dia dan atlet gimnastik lelaki Ng Chun Chen meraih pingat perak selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan Egyptian Pharaohs Cup 2021 di Mesir pada 19 Disember lepas.
Baru berusia 20 tahun dan dia merupakan anak kelahiran Terengganu. Wah, orang Ganu ni memang elok-elok agaknya eh…Hiks
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Tiktok/ Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejumlah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kediaman pasangan serta pengasas platform e-dagang Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Ia susulan siasatan berterusan terhadap kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Serbuan berkenaan disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi.
Memetik laporan Astro Awani, pasangan tersebut hadir ke pejabat SPRM sekitar jam 1 petang semalam meneruskan rakaman keterangan sejak hari Selasa.
Kemudian, pasangan itu dibawa pula ke kediaman mereka di Mont Kiara, Kuala Lumpur bagi tujuan pembongkaran dan penggeledahan pada jam 5.30 petang.
Serbuan yang dihadiri oleh 12 pegawai SPRM dan disertai oleh peguam pasangan itu berakhir kira-kira jam 8 malam tadi.
Antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah. Anggaran nilai bagi kesemua barangan tersebut adalah kira-kira RM200,000.
Dalam pada itu, SPRM juga mengesahkan telah membeku 11 akaun bank persendirian dan enam akaun syarikat FashionValet di bawah selian pasangan itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan ini difahamkan bagi membantu siasatan yang terhadap isu kerugian yang dialami oleh Khazanah dan PNB di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kita biasa mendengar tentang scammer. Malah kes melibatkan beberapa individu yang ditahan kerana terlibat dalam penipuan ini hangat diperkatakan dalam media sosial. Ini termasuklah kes salah seorang tahanan melarikan diri dengan melompat pagar ketika berada di dalam bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Apa yang menakutkan, menurut data dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk enam bulan pertama tahun 2020 ini sahaja, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan scam meningkat kepada RM914 juta. Satu jumlah yang sangat besar dengan penipuan di dalam talian mencatatkan jumlah penipuan paling tinggi dilaporkan.
Menurut Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar menjelaskan aktiviti scammer ini begitu berleluasa dan begitu ketara bagi tahun 2020 ini. Pada Disember 2019, Jabatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan jumlah nilai kerugian adalah sebanyak RM769 juta bagi tempoh tiga tahun berbanding RM914 bagi enam bulan pertama hingga Jun 2020, satu peningkatan yang begitu ketara.
Satu carian REMAJA di fb mendapati scammer kini menggunakan taktik terkini dengan mengiklankan di fb iaitu mereka mencari individu yang mahu menyewakan akaun bank dan ATM kad bagi pengguna yang mahukan duit segera.
Mereka sanggup membayar di antara RM100-RM300 setiap minggu bagi mereka yang mempunyai akaun bank di Maybank, CIMB, Hong Leong, RHB dan Public Bank. Jika kita benar-benar terdesak dengan duit dan memikirkan akaun itu memang kosong, kita pasti akan menghubungi nombor tertera,betul tak?
Jadi akaun bank kaldai
Di sebalik isu duit yang menjadi fokus utama rakyat masa kini yang agak terdesak kerana dibuang kerja dan sebagainya, tapi tahukah korang, dengan memperoleh sewaan duit tak seberapa ini, korang bakal menghuni penjara walau kita tak lakukan apa kesalahan jenayah pun.
Taktik menyewa akaun ini disebut sebagai Mule Account atau pun Akaun Bank Kaldai di mana scammer ini memberikan duit atas sewaan bank untuk membolehkan scammer ini memperoleh duit yang berjuta dengan menjadikan akaun korang sebagai “pengantara”sebelum duit dipindahkan ke pihak ketiga yang agak susah untuk pihak berkuasa mengesannya.
Tahukah, apabila kita memberikan sewaan akaun bank dan atd kad, kaldai akaun ini boleh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara haram dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barangan curi dan pastinya hukuman penjara menanti. Jadi hati-hati ya, jangan kerana duit, korang terperangkap dan menangis bila dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang korang tak buat. Sumber gambar : AFP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...