Pejam celik pejam celik, lagi tiga hari kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan kembali.
Bila nak menyambut bulan puasa ini rata-rata dari kita sibuk membuat persiapan untuk bersahur. Tapi ramai juga yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah korang akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu video TikTok yang menarik tambahan lagi kita akan berpuasa selang beberapa hari ini. Seorang pengguna bernama Nur Hashida berkongsi tips sahur supaya kenyang lama sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Jom ikuti perkongsian tips beliau.
Kenyang Lama Ketika Berpuasa
1. Makan kurma 3 biji
Ads
Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbesa jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.
2. Minum 2 gelas air kosong
Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh terutamanya apabila kita terpaksa seharian tidak dapat minum air.
Ads
3. Minum milo oat
Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.
Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kicap merupakan bahan perasa yang digunakan ke dalam hampir semua masakan Asia dan bagi masyarakat negara kita pula, kicap dimakan terus bersama nasi. Antara padanan lauk yang popular disajikan bersama kicap adalah telur goreng. Walaupun nampak ringkas, tetapi ia mampu membuka selera.
Namun, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Abdul Rahman Mohamed mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pembelian kicap jenama Habhal kerana jelasnya terdapat nama Abdul Lathief yang tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi.
Jelasnya, nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah swt yg digabungkan dengan lafaz Hamba. Nama Al Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertaluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam teks Arab, ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Meskipun perkara ini masih ada hujahnya, namun korang dinasihatkan apabila mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.
Diharap selepas ini jika korang membeli kicap jenama Habhal, pastikan korang peka sebelum membuang botol kicap tersebut. Sebarkan informasi ini kepada keluarga dan rakan terdekat supaya mereka juga turut peka dengan perkara ini.
Namun, nampaknya tidak lagi di negeri Terengganu. Hal ini selepas peraturan kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS yang melarang mana-mana pengusaha salun menjalankan operasi percampuran pelanggan antara lelaki dan perempuan.
Foto Via Pexels
Didenda RM500 dan RM1,000
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alias Razak — peraturan bagi pengasingan jantina itu bukan peraturan baru yang digubal kerajaan negeri, sebaliknya merupakan syarat lesen sedia ada dan jika didapati melanggar syarat lesen boleh didenda antara RM500 dan RM1,000.
“Salun rambut atau kedai gunting rambut, sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki dan wanita pada masa yang sama,” katanya dipetik Sin Chew Daily.
Menurutnya, pengusaha salun mesti mematuhi syarat lesen atau mereka akan didenda atau lesen mereka akan dibatalkan.
Baru-baru ini Adun Wanita, Zuraida Md Noor menggesa syarat pelesenan kedai gunting rambut dilaksanakan bagi memastikan kedai gunting rambut dan spa di negeri itu mematuhi syarak dengan mengasingkan jantina.
“Persoalannya, sejauh mana syarat-syarat ini dipatuhi? Saya mendapat aduan daripada masyarakat yang menyuarakan kebimbangan apabila terdapat percampuran lelaki dan perempuan dalam perkhidmatan gunting rambut ini.
“Hal yang sama juga berlaku di premis spa dan salon kecantikan diri. Saya hairan bagaimana penggiat industri dandanan rambut dan salon kecantikan, boleh terlepas pandang perkara besar ini,” katanya dalam sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, 29 Nov lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan semangat tiga dekad mengangkat kisah Malaysia ke layar dan dunia, langit Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos lalu berubah menjadi pentas penuh warna menerusi Astro 30: Light Up, sebuah sambutan yang meraikan perjalanan Astro bersama rakyat Malaysia.
Berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka, lebih 40,000 penonton dan peminat berhimpun untuk menyambut Hari Kebangsaan 2026 dalam suasana yang menggabungkan hiburan, teknologi dan penceritaan tempatan yang dekat di hati.
Antara momen paling mencuri perhatian ialah persembahan pentas bertenaga, serta pertunjukan dron sulung Astro yang menerangi ruang udara Kuala Lumpur dengan formasi-formasi memukau.
Sharul Kamal.Amir Masdi.Wira dan wirawati kebangsaan negara (dari kiri) Datuk Nicol Ann David, Farah Ann & Aniq Kasdan.Hael Husaini.
Malam istimewa itu turut menyaksikan pengenalan dua naskhah baharu Astro yang dinanti-nantikan, filem Terbang dan siri premium Kudrat 1968. Kehadiran barisan pelakon popular yang membintangi kedua-dua karya tersebut menambahkan lagi keterujaan peminat, sekali gus memberi gambaran awal kepada kisah-kisah hebat yang bakal mencuri perhatian rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Astro Terus Dekat Dengan Rakyat Malaysia
Ketua Astro Shaw merangkap Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad ketika ditemui berkata, apa yang Astro harapkan menerusi sambutan malam tadi adalah agar masyarakat Malaysia yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan 30 tahun mereka dapat menyambut ulang tahun berkenaan bersama-sama.
Raja Jastina Raja Arshad (tengah).
“Cerita-cerita masyarakat Malaysia sudah menjadi nadi dalam perjalanan Astro sepanjang 30 tahun. Malam ini, kami akan teruskan komitmen untuk membawakan karya-karya yang baharu seperti Terbang dan Kudrat 1968 agar ia lebih dekat dengan rakyat Malaysia
“Tentunya pada malam ini, antara perkara istimewa yang Astro bawakan buat kali pertama adalah pertunjukan dron.”
“Tonight is also about passing on the baton to the next generation of film makers and itulah sesuatu yang kita lakukan selalu dengan Astro. Untuk memberi peluang kepada penggiat seni berbakat di luar sana agar mereka menjadi sebahagian daripada perjalanan kami semua,” katanya.
Barisan Selebriti Meriahkan Astro 30: Light Up
Antaranya selebriti popular yang turun padang bagi memeriahkan Astro 30: Light Up termasuklah Hael Husaini, Sharul Kamal dan Noryn Aziz.
Tidak ketinggalan; Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Qasrina Karim yang mewakili produksi filem Terbang terbitan Astro Shaw juga ditemui di salah satu segmen pentas. Kemunculan selebriti itu diteruskan pula dengan barisan pelakon muda Kudrat 1968 terdiri daripada Mierul Aiman, Zarif Ghazi, Evertts Gomes, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith.
Barisan filem Terbang terbitan Astro Shaw.
Biarpun kepenatan berada di Dataran Putrajaya pada sebelah pagi sempena acara Perarakan Merdeka 2026 masih terasa, Zizan tetap bersyukur apabila filem Terbang diberikan kesempatan untuk menemui peminat secara dekat di kedua-dua acara berkenaan.
“Terbang adalah filem yang mengambil kisah benar seorang legenda pelumba negara, Karamjit Singh. Orang tahu kalau saya berlakon, orang akan nampak (saya) macam Abang Long Fadil dan nampak amat komersil.
“(Tapi untuk Terbang), saya nak pergi sedikit serius dan menjurus kepada realiti. Saya kena ambil tahu watak saya sebagai Imran (nama sebenar Irman) yang merupakan sahabat karib Karamjit Singh dalam hidupnya. Saya perlu lebih fokus kerana (Irman) merupakan antara tulang belakang yang menjayakan Karamjit Singh punya kejayaan.”
(Dari kiri) Irfan Zaini, Zizan Razak dan Shweta Sekhon.Turut ada bersama-sama Zizan dan Shweta ialah Jack Tan dan Qasrina Karim.
“Terbang membawakan mesej untuk jangan pernah berhenti berusaha. Jangan pernah berhenti bermimpi. Mimpi, bangun dan capai impian itu.
“Macam (bila) saya duduk dengan Mr. Karamjit Singh pagi tadi (sewaktu perarakan), dia ceritakan macam mana dia mula menjadi rally driver. Dia bawa kereta bapanya sahaja awal-awal dan tidak tahu one day dia akan jadi world champion, ujar Zizan.
Sekiranya Terbang meraikan semangat kepasukanan dan kebangkitan, Kudrat 1968 pula membawa penonton ke dunia yang lebih gelap dengan persoalan mengenai kuasa dan hierarki pelajar sekolah.
Barisan pelakon Kudrat 1968.
Naskah yang bercambah daripada francais dunia High Council sebelum telahpun membina kelompok pengikut yang cukup kuat menerusi respon di media sosial biarpun empat buah episod original itu belum lagi ditayangkan.
Menurut salah seorang pelakonnya iaitu Zarif Ghazzi yang menjadi antara tonggak terbaru francais berkenaan, dia memahami tugas yang digalasnya ketika membawakan watak Abbas untuk Kudrat 1968 bukanlah calang-calang.
“Untuk persiapan membawa watak Abbas ini, saya melalui banyak perkara. Antaranya, saya join acting class dan stunt class supaya bukan hanya pembawaan saya tepat. Tapi setiap gerakan saya sewaktu berlawan itu juga perlu tepat,” katanya.
(Dari kiri) Zarif Ghazi, Chech Harith, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad dan Evertts Gomes.
Kaliber Karya Seni Berkualiti Diteruskan Oleh Astro
Biarpun lahir daripada dua dunia yang berbeza, Terbang dan Kudrat 1968 berkongsi satu impian yang sama, iaitu membawa karya tempatan Malaysia terbang lebih jauh dan berdiri megah di pentas yang lebih besar.
Terbang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 17 September ini, manakala siri premium original Astro, Kudrat 1968, akan membuka tirainya terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan kisahnya ke layar perak.
Kedua-dua naskhah ini mencerminkan komitmen berterusan Astro dalam memartabatkan penceritaan tempatan dan membuka ruang kepada lebih banyak kisah Malaysia untuk diraikan. Setelah tiga dekad bersama rakyat Malaysia, Astro tidak melihat pencapaian lalu sebagai noktah kejayaan, sebaliknya sebagai amanah untuk terus melangkah ke hadapan dengan rendah hati dan semangat yang diperbaharui.
Astro percaya setiap cerita mempunyai kuasa untuk menyatukan, menginspirasi dan meninggalkan makna. Justeru, Astro akan terus menyokong pembikinan karya yang berani, tulus dan dekat di hati masyarakat, agar lebih banyak kisah tempatan dapat menyentuh generasi hari ini dan generasi akan datang.