Bila sebut telur, ramai terbayangkan pelbagai menu masakan berasaskan telur boleh dibuat. Paling senang tentulah telur dadar atau telur mata kerbau. Tapi jangan malas sangat…heheh

Sebenarnya ada 7 jenis masakan berasaskan telur yang korang boleh cuba khususnya untuk orang bujang time bulan Ramadan ini. Penulis saja bagi 7 menu resepi so cukup untuk seminggu..Hanya perlukan sedikit usaha sahaja untuk mencubanya. Lagi pun bahan-bahannya taklah sesusah mana. Boleh dibuat kurang dari 10 minit kalau power.hehe

Confirm terliur dan terus rasa nak buat esok!

1. RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 biji telur ayam.
  • 3 sudu cili kering.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tomato.
  • 1 cawan air.
  • Sedikit daun bawang jika ada.

Kredit : Liza Idris

2. TELUR GORENG KICAP PEDAS

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur
Bahan-bahannya :-
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak :-
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap

IKLAN

3. Telur Dadar Berkeju II 

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

Bahan-bahannya :-
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi cukup rasa
mentega

Cara-cara memasak :-
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

Kredit: Amie’s Little Kitchen

4. KARI TELUR AYAM

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

IKLAN

Bahan-bahannya : 

  • Telur (direbus dan dikupas kulit)
  • bunga cengkeh
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • rempah kari daging
  • kerisik
  • santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
  • Garam
  • Air- ikut citarasa nak kuah pekat &bny mana

Bahan dikisar/ ditumbuk
bawang merah
bawang putih
halia

Cara-cara memasak :-

  1. Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
    kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dengan bahan yg ditumbuk.
  3. Biar sampai garing dan naik minyak. Lepas tu, masukkan santan tadi. Masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
  4. Masukkan kerisik. Gaul bagi sebati. Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

5. TELUR GORENG KICAP PEDAS

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

Bahan-bahan :

IKLAN
  • Telur 4 biji
  • Sebiji bawang besar dihiris halus*
  • Cili padi 7 biji dihiris*
  • Setengah biji Tomato dipotong dadu*
  • Kicap*
  • 4 biji Limau kasturi dibelah 2
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:

  1. Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
  2. Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain.
  3. Perah sedikit limau kasturi.
  4. Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi. Siap

6. Sup Telur

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

Bahan-bahan :

  • Telur
  • bawang merah
  • bawang putih cili besar
  • 1 cube perisa ayam
  • garam
  • suhun
  • daun bawang

Cara memasaknya :

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar potong
  2. Masukkan air
  3. Masukkan 1 cube ayam knorr
  4. Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
  5. Masukkan garam dan adjust rasa
  6. Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
  7. Masukkan daun bawang
  8. Tutup api. Siap

7. MURTABAK TELUR

Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

  • Kulit popia
  • Telur
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Garam/perasa

Cara memasak : 

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api sampai garing. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan telur.Kacau sampai berketul, pastikan tidak guna minyak yang banyak supaya kulit popia tak terkoyak.
  2. Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia ikut citarasa. Selepas balut, boleh terus goreng guna minyak masak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
  3. Siap!

Selamat mencuba!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI