Pembedahan bariatrik adalah rawatan klinikal untuk mengatasi masalah obesiti. Malah. obesiti adalah antara masalah kesihatan yang banyak berlaku di kalangan rakyat Malaysia dan dunia. Namun, ia hanya sesuai dilakukan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Pembedahan Pintasan Perut Untuk Cepat Kurus, Ini Hukum Yang Korang Perlu Tahu

Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw juga turut melakukan keadah ini dan muncul dengan penampilan barunya; lebih langsing dan sihat berbanding sebelum ini. Perubahan bentuk badannya itu dikatakan selepas menjalani pembedahan bariatrik.

Langsing Dan Sihat, Penampilan Terbaru Melly Goeslaw Selepas Pembedahan Bariatrik

Sebelum menjalani pembedahan, Melly telah mengikuti program diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg; dan masih mempunyai sekitar 35kg untuk diturunkan lagi. Ini kerana berat badannya masih berada dalam kategori obesiti atau berlebihan.

 

IKLAN

Dan disebabkan oleh itu, Melly mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan selebihnya.

Langsing Dan Sihat, Penampilan Terbaru Melly Goeslaw Selepas Pembedahan Bariatrik
Foto Via Instagram Melly Goeslaw

Menurut Public Health Malaysia, pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik, fungsi utamanya bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punya pelbagai penyakit kronik.

Sekadar info, pembedahan bariatrik ini membantu penurunan berat badan individu berkenaan dengan mengubah cara sistem pencernaannya. Dan untuk lakukan pembedahan ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan seperti;

IKLAN
  • Gastric bypass – Kantung kecil di atas perut akan dibuat untuk pisahkan dari bahagian perut lain dan usus kecil akan disambung bersamanya; jumlah makanan dan penyerapan kalori akan dihadkan.
  • Doudenal switch – Kantung berbentuk tiub dicipta di seluruh bahagian perut dan sebahagian besar usus kecil untuk kawal jumlah makanan ditampung oleh perut.
  • Sleeve gastrectomy – Pengalihan perut hampir 80% menjadikan perut menjadi lebih kecil dan hormon ghrelin dikeluarkan untuk kawal selera makan.
  • Gastric band adjustment – Band akan diletakkan di atas perut untuk hasilkan kantung yang kecil dan saiznya akan berkurang dari semasa ke semasa.

Ingat, pembedahan ini bukan ska-suka boleh dibuat. Ada kriteria perubatan yang tertentu, dipantau oleh doktor.

Sebelum ini, antara selebriti negara kita yang pernah menjalani pembedahan bariatric termasuklah juga Chef Zam, Syanie dan Rahim Sepahtu, Abby Abadi, penyanyi terkenal tanah air, Aishah dan pengarah Michael Ang juga juga telah menunjukkan perubahan positif setelah berjaya menurunkan berat badan dengan agak ketara.

Apa-apapun, Melly memang nampak awet muda dengan kejayaan pembedahan ini.

IKLAN

BACA : ‘Dilamar’ Komposer Terkenal Melly Goeslow, Boby Fahsai Bakal Rakam Semula Lagu Cinta

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : 1

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI