Pernah tak korang melihat baju pengantin dari negara-negara serata dunia? Paling tidak pun, selain Malaysia mungkin Indonesia atau negara-negara jiran Asia yang kita sering lihat di kaca televisyen.
Kali ini kami ingin membawa korang menyelami budaya dan tradisi perkahwinan bagi rakyat di serata dunia, selain melihat keunikan rekaan busana pengantin yang digayakan semasa majlis persandingan berlangsung.
Jom kita lihat antara baju pengantin di serata dunia yang mungkin korang tidak pernah lihat.
1. Jepun
2. Ghana
3. India
4. Kazakshtan
5. Nigeria
6. Jepun
7. Scotland
8. Mongolia
9. Romania
10. Norway
11. Russia
12. Korea
13. Uzbekistan
Amacam, menarik kan?
Sumber: (1)
Depresi Bukan Gila, Ini Simptom-Simptom Yang Perlu Korang Tahu
Baru-baru ini, isu depresi sekali lagi menjadi bualan hangat di sosial media. Korang harus ingat bahawa penyakit ini masih boleh diubati dan sebenarnya dah ramai individu yang pulih daripada masalah ini setelah menjalani rawatan.
Seperti pengalaman yang telah dikongsi oleh individu ini di laman sosial, kemurungan ini adalah satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa.. Hmm! Tapi korang tidak perlu malu untuk berjumpa dengan psikiatris, kerana dengan rawatan yang tepat, penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya.
Depresi bukan gila. Ia hanyalah satu penyakit mental yang boleh dirawat. Jangan malu untuk berjumpa pakar, sebaliknya terlebih dahulu cuba korang check simptom-simptom yang mungkin dialami sekiranya mempunyai masalah depresi.
1. Rasa kosong
Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.
2. Susah untuk senyum
Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati.
.
3. Mudah marah
Silap sikit saja boleh mengamuk. Kadang hal yang remeh pun boleh membuatkan korang marah.
4. Cepat letih
Buat kerja tak banyak mana pun, tapi letih tu macam baru balik dari panjat bukit. Letih otak, letih badan. Simptom ini jugalah yang membuatkan pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad. Tak demam, tidak buat apa-apa aktiviti berat tapi badan tak bermaya.
5. Rambut gugur
Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal. Tepi katil pun banyak. Bukan gugur dua, tiga helai tetapi boleh dikatakan selak sikit rambut ada saja yang dapat di tangan.
.
6. Lenguh badan
Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher, sengal pinggang dan migrain pun ada.
7. Malas bangun tidur
Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja atas katil. Tak nak buat kerja atau apa-apa aktiviti langsung.
8. Tidak rasa segar walaupun selepas mandi
Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Walaupun sudah pergi memanjakan diri di spa, tapi masih tidak rasa seronok.
9. Tidur yang tidak puas
Nak tidur bukan main susah. Dah tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang dan try minum green tea sekali pun tetap tidak berkesan. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur.
sleep.
10. Ingin bersendiri
Tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu.. Berdiam dalam bilik. Rasa nak lari dari rumah, rasa nak mati.
11. Suka berbual dengan diri sendiri (dalam kepala)
Lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Seronok layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya. Jangan sebab korang rasa tak puas tidur, korang nak kata yang diri korang mengalami depresi. Hiks!
Sumber: Zeeda Aziz via FB Depresi Bukan Gila
Kos Hanya RM1300, Individu Ini Makeover Rumah Flat Jadi Kondo
Siapa yang tidak suka melihat kediaman mereka cantik tersusun rapi dengan kemasan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Tidak perlu tunggu nak duduk rumah mewah dahulu baru nak cantikkan rumah, seorang pengguna di laman Facebook membuktikan bahawa dia mampu mengubahsuai rumah sewanya untuk kelihatan lebih menarik.
Walaupun tinggal di rumah flat dan hanya menyewa, ia tidak menjadi alasan bagi Siti Mariam Kamsan untuk mengubah suai interior rumahnya itu. Kos keseluruhan untuk make over ruang tamu ini adalah hanya dalam RM1,300 termasuklah kabinet televisyen, chest drawer, sofa bed, tikar getah yang dibeli sedikit demi sedikit pada PKP tahun lalu.
Kebanyakan perabot dibeli dari Shopee dan Lazada. Korang boleh lihat sendiri keadaan ruang tamu sebelum dan selepas makeover.
Sebelum
Selepas
Sofa dibeli dari Lazada. Lampu dari Shopee
Sofa bed – RM199
Bench stool – RM84
Frame – RM70
Bantal cloud – RM25
Lampu Nordic – RM74
Frame – RM70
Meja makan, kerusi – Tuan rumah punya
Tikar getah – RM115
Stool untuk pokok pisang – RM35
Kabinet TV – RM 165
Frame – RM 50
Ha, cantik kan? Kalau tak mahu rasa terbeban dengan kos yang besar, korang boleh beli sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Sempatlah nak kumpul duit. Hiks!
Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk korang yang nak makeover kediaman. Selamat mencuba!
Sumber: Siti Mariam Kamsan
Wanita Hamil Dan Susukan Anak Disaran Tangguh Ambil Vaksin COVID-19? Ini Sebabnya
Semalam viral di media sosial dengan gambar-gambar vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang telah pun selamat tiba di KLIA. Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini.
Jika sebelum ini, KKM telah mengeluarkan 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini. Terbaru, wanita hamil dan menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Baca Artikel Berkaitan : 9 Golongan Tak Sesuai Terima Vaksin COVID-19, Antaranya Yang Ada Sejarah Alahan Serius
Menurut pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib melalui laporan Bernama, buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.
Hmm…kalau memudaratkan baiklah tangguhkan dulu kan….nanti timbul masalah lain pula.
Sumber: BERNAMA