Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, tetapi jika anda telah pun jatuh hati dengan seseorang individu itu, semua baik buruk pasangan tidak menjadi halangan buat anda untuk terus mencintainya.
Namun selepas beberapa ketika, barulah anda sedar dan terfikir sama ada pilihan yang telah dibuat ini adalah tepat atau tidak.
Jangan risau, REMAJA akan cuba membantu untuk mengenalpasti 10 tanda-tanda bahawa anda telah pun mendapatkan suami/pasangan yang ideal.
1. Dia tidak takut untuk menempuh kesusahan dan bersedia untuk menyelesaikan segala masalah bersama-sama.
Lelaki sejati tidak hanya pandai berkata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada untuk mengelap air mata anda.
2. Menyediakan sendiri makan malam
Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai masak adalah calon suami yang ideal. Tidak perlu menyiapkan makanan yang istimewa, jika si suami/pasangan menyediakan telur goreng dan kicap sahaja pun bisa membuatkan si isteri tersenyum lebar.
3. Sentiasa menyokong walaupun anda melakukan kesilapan
Ads
People make mistakes. Suami/pasangan yang supportive tidak akan terus menghukum isteri di atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun kamu salah, dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan nasihat.
4. Sentiasa alert tentang anda
Ini tidak bermakna si suami/pasangan tahu setiap pergerakan anda atau ingat baju warna apa yang anda pakai 5 hari lepas. Namun, dia sentiasa alert dengan apa yang berlaku pada diri anda. Dia tahu lagu kegemaran anda dan dia juga tahu setiap obsesi anda pada sesuatu perkara.
5. Bukan hanya pintar, tetapi bijak
Untunglah jika anda mempunyai suami yang bijak untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi apa yang lebih penting adalah lelaki yang mampu untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi sebarang masalah. Jika suami/pasangan anda boleh memberikan nasihat tatkala sedang mempunyai salah faham dengan keluarga, anda memang sangat bertuah.
Ads
6. Dia tahu untuk menceriakan anda
Jika anda dalam keadaan sedih, dia tahu bagaimana untuk menceriakan kembali hidupmu. Dia akan berlawak jenaka, menyokong dan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anda.
7. Dia tahu bagaimana untuk berkompromi dan berunding
Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak. Tidak bertindak melulu, ciri-ciri lelaki seperti ini sememangnya diidamkan oleh setiap wanita.
Ads
8. Tidak akan membiarkan anda dalam kesusahan
Kebanyakan lelaki tidak boleh memberikan fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun, mereka tidak akan membiarkan anda sendiri dalam menghadapi kesusahan dan menjadikan masalah anda sebagai keutamaan mereka.
9. Pendapat anda sentiasa diperlukan
Hubungan suami isteri bukan sahaja bermakna harus tinggal sebumbung, malah anda juga harus menjadi seorang teman baik yang mampu memberikan pendapat di antara satu sama lain. Namun begitu, ini tidak bermakna si suami perlu mengikut semua kata isteri.
10. Membantu dalam kerja-kerja rumah
Jika si suami menghormati dan menghargai anda, mereka tidak akan membiarkan anda keseorangan membuat kerja-kerja rumah. Dia sangat memahami situasi anda yang sedang keletihan apabila pulang kerja, lalu membantu menguruskan hal-hal rumah seperti mencuci pakaian atau mengemas peralatan dapur. Dengan cara ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Jelas sekali memilih pasangan yang ideal itu perlu untuk menyempurnakan kehidupan bersama kelak. Setiap lelaki mempunyai keunikan dan kelebihan yang berbeza-beza. Jika kamu mempunyai suami/pasangan seperti kriteria di atas, syabas kami ucapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikatan utama hubungan cinta romantis si jejaka dan gadis tidak lain tidak bukan ialah kepercayan. Korang percayalah, tanpa kepercayaan gerenti hubungan itu tak akan ke mana! Orang lelaki ni, kalau korang nak tahu perangai dia lebih kurang sama je especially bila dia ada sembunyikan sesuatu. Nak tahu apa petanda boyfriend korang ada pasang yang lain, cuba tengok petanda yang kami highlight di bawah.
Sikap Berahsia
Semakin lama semakin berahsia. Ini bukan tentang perkara yang terlalu peribadi tetapi berahsia dari segi keberadaannya di mana atau sedang buat apa. Bila menjawab ada sahaja jawapan yang tidak meyakinkan. Berbeza ketika dahulu, tak tanya pun beritahu berada di mana.
Protective Dengan Telefon Pintar
Ya, kita faham telefon pintar adalah ‘ruang’ peribadi yang cukup rahsia. Namu jika si dia laju sahaja melatah bila korang ambil telefon dia, ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi jika dahulu takde pula nak pakai password, sekarang kemain berahsia password yang ditukar setiap masa. Ada udang di sebalik batu la tu!
Penampilan berubah mendadak
Kelemahan yang ada pada seorang lelaki terutamanya, bila dia sudah dapat dia semakin berhenti untuk memikat hati pasangannya. Tapi entah kenapa secara tiba-tiba penampilannya berbeza nampak selalu kemas dan wangi. Mungkin dia lakukan untuk kebaikan dirinya tapi berjaga-jaga, mungkin ada sesuatu di sebaliknya.
Tiba-tiba jadi sibuk semacam
Ini alasan yang paling klasik. Ya, bukan tidak faham akan tanggugjawab dia di pejabat atau dengan tugasan assignment. Tapi jika si dia sepanjang masa sahaja beri alasan sibuk dan tidak mahu digangggu, korang harus ada rasa hairan.
Komunikasi semakin dingin
Kebanyakan pasangan muda selalu berkomunikasi dengan menggunakan telefon pintar. Cuba perhatikan cara dia membalas mesej kamu. Kalau coraknya berubah dan semakin dingin ada sesuatu yang tidak kena. Kalau si dia tidak angkat call atau lambat membalas mesej setiap masa, mesti ada yang tidak kena.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Siti Saleha memilih untuk tidak lagi merahsiakan statusnya apabila mendedahkan dirinya dan kekasih, Joshua Fitton sudahpun bergelar pasangan tunang.
Pendedahan yang dilakukan di karpet merah acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu dilakukan secara impromptu tanpa disangka oleh tunangnya itu.
Saat Saleha, 34 atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum diajukan pertanyaan bagaimanakah tahun 2024 buatnya setakat ini, dia secara berseloroh berkata tahun 2024 cukup bagus apabila mereka sudahpun memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.
Biarpun reaksi wajahnya sedikit terkejut dengan pengakuan itu, Joshua juga enggan berselindung dan menyambut baik pendedahan Saleha di karpet merah itu.
“Kami sudah bersedia untuk membuat pengumuman ini. Dia langsung tidak bersedia dengan pengumuman ini,” kata Saleha sambil menunding jari ke arah tunangnya itu.
Sebagai rekod, Saleha dan Joshua telahpun bergelar kekasih kira-kira selama dua tahun.
Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Ahmaf Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 tetapi memilih untuk berpisah selepas empat tahun bersama.
Masih Siti Saleha Yang Sama
Ditebak mengenai perjalanan kariernya yang semakin berkembang luas usai kemenangan di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 bagi kategori Bintang Asia Terbaik, pelakon drama SeOfis itu berpendapat dirinya masih Siti Saleha yang sama dan masih menjalani kehidupan sebagai anak seni.
“Cuma baru-baru ini sahaja, saya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Saya berharap kejayaan itu tidak akan terhenti di sini sahaja. I will keep going and I won’t stop,” ujar Saleha.
Bila jodoh lambat sampai, semua dah kelam kabut tak tentu arah fikir yang bukan-bukan. Kenapa orang tak nak dekat aku? Buruk sangat ke aku ni?
Walaupun tidak semua, namun ada segelintir individu yang masih single berfikiran seperti ini. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor mengapa jodoh seseorang itu ‘berat’ dan lambat sampai.
Jom kita semak sebab-sebab apa yang mungkin membuatkan jodoh korang ‘berat’.
1. Usaha belum sempurna
Walaupun dah cuba berusaha, tapi usaha yang dilakukan belum cukup sempurna. Contohnya, kita telah berusaha mencari jodoh, tetapi berhenti pada usaha yang ke 99. Sedangkan mungkin Allah hendak memberikan kita jodoh dalam usaha yang ke 100.
So, korang faham tak? Maksudnya jangan pernah berhenti berusaha untuk mencari jodoh. Setiap orang ada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Cepat atau lambat, semuanya terserah kepadaNYa.
2. Terlalu memilih
Nak yang cantik, handsome, kulit putih atau paling kurang pun tinggi lampai. Taste tak nak kalah. Hiks! Macam mana jodoh nak lekat kalau memilih sangat?
3. Tidak berdoa
Bila dah usaha, jangan lupa untuk berdoa juga. Kalau solat pun malas, apa lagi nak berdoa. Dekatkan diri kepada agama dan ikut segala suruhanNya. Dengan berdoa, insyaAllah semua masalah dapat diselesaikan.
Gambar hiasan (Kredit foto: Instagram Neelofa)
4. Tiada daya penarik
Diri kita umpama magnet kepada pasangan mahupun orang lain. Jadi, korang perlu meningkatkan power magnet tersebut dengan bersikap lebih positif dan tidak mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain.
Banyakkan istighfar kerana amalan ini dapat menyucikan hati daripada segala ‘kekotoran’.
5. Tidak dapat restu ibu bapa
Mungkin mak ayah korang belum bersedia untuk melepaskan anak mereka. Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berkahwin, tetapi dalam hati masih tidak benar-benar mahu melepaskan anaknya.
Ini merupakan salah satu masalah besar juga. Namun, jangan kerana sebab ini korang hilang kehormatan pada orang tua sendiri!
6. Yang baik selalunya datang lambat
Pernah dengar kan statement ni? Klise kan? Tapi korang kena percaya bila orang-orang tua selalu cakap, jodoh yang baik datang lambat sebab seseorang yang mementingkan kesempurnaan akan mencari dan terus mencari.
Apa kata korang cuba muhasabah diri dan perbaiki diri untuk jadi lebih baik. InsyaAllah bila kita sudah menjadi individu yang lebih baik, mungkin pada waktu itulah baru kita betul-betul bersedia untuk berumah-tangga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.