Berita baik buat Anak Pahang yang bekerja atau menetap di luar negeri! Kerajaan Negeri Pahang meneruskan lagi inisiatif khas sempena Aidilfitri menerusi pemberian Baucar Raya bernilai RM100 untuk membantu rakyatnya pulang beraya di kampung halaman.
Tawaran ini dibuka kepada 10,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat ditetapkan. Usaha ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Raya, malah menjadi platform untuk mengeratkan semula hubungan kekeluargaan yang mungkin terpisah dek tuntutan kerja dan kehidupan di perantauan.
Menurut syarat permohonan, baucar tersebut terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas, bergelar “Anak Pahang” yang kini bekerja atau menetap di luar negeri Pahang dan merancang untuk pulang beraya ke negeri itu pada musim perayaan ini.
Ads
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan Google Forms yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR yang disenaraikan dalam kempen berkenaan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mac 2026, dan hanya 10,000 individu pertama yang berjaya mendaftar akan layak menerima baucar tersebut.
Inisiatif ini turut dikongsikan di platform media sosial rasmi kerajaan negeri dengan kapsyen yang cukup sinonim, “Anak Pahang di perantauan, moh balik raya!” sambil menggalakkan mereka yang layak untuk segera membuat permohonan sebelum kuota penuh.
Kempen tahunan “Baucar Raya RM100” ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyokong mobiliti sosial serta kebajikan rakyat Pahang, khususnya golongan muda yang merantau mencari rezeki di luar negeri.
Ads
Jadi, buat Anak Pahang di luar sana, jangan tunggu lama-lama. Kalau dah rindu suasana kampung dan nak raya lebih bermakna tahun ini, inilah masanya untuk mohon sebelum terlambat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya rezeki menyebelahi juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae apabila terus bergiat aktif dalam bidang lakonan dan terbaharu, personaliti ini menjadi peneraju utama dalam drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku di slot MegaDrama Astro Ria.
Drama bergenre komedi ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Aliza yang mempunyai kebolehan untuk melihat roh. Malangnya, roh-roh itu mengganggunya. Aliza dibantu seekor jin yang telah menjadi rakannya sejak kecil bernama Abu.
Jin ini melindungi Aliza dan tidak disangka sebenarnya sudah jatuh hati pada gadis itu. Jadi, setiap kali lelaki meminati Aliza pasti jin tersebut melakukan sesuatu agar mereka menjauhi anak gadis ini.
“Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada untuk saya dan kali ini, saya memegang watak utama dalam sebuah drama komedi seram. Apa yang menariknya, ini merupakan pertama kali genre komedi seram disiarkan dalam slot MegaDrama,”
“Watak Aliza ini cukup berat untuk dibawa kerana saya perlu banyak melakonkan babak dirasuk. Walaupun bergenre komedi, tetapi setiap kali Aliza dirasuk, saya perlu menjadi seorang yang serius dan bermain dengan emosi,”
“Kelainan yang dirasakan pada watak kali ini, lebih banyak aksi yang mencabar perlu dilakukan oleh saya untuk menghayati watak Aliza. Babak rasuk yang terlalu banyak membuatkan saya sedikit penat dan saya juga perlu melakukan stunt seperti tidur di kubur, mandi air sabun dan macam-macam lagi,”
“Sewaktu melakonkan babak pertama dalam drama ini, saya dan Noreen seperti dirasuk. Badan dan jantung saya seakan ditarik, tiba-tiba sahaja bulu roma naik. Pihak produksi terus meminta untuk saya masuk ke dalam bilik dan ketika itu saya menangis semahunya tanpa bersebab,”
“Sepanjang berada di lokasi penggambaran drama Jangan Ganggu Jodohku, saya sering membaca ayat Kursi kerana tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku. Alhamdulillah, kejadian dirasuk itu hanya berlaku sekali sahaja dan kami dapat menyelesaikan penggambaran dengan selamat,” ujar Shaza.
Selain Shaza Bae, drama ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran dan Amerul Affendi serta Aloy sebagai Abu.
Jangan lupa saksikan ‘Jangan Ganggu Jodohku’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama lebih sebelas minggu ‘berkampung’ di bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap hari Ahad, belum pernah sekali pun peminat program nyanyian realiti paling popular dan disukai rakyat Malaysia, Gegar Vaganza (GV) gagal hadirkan diri pada setiap hari Ahad.
Tanpa mengira usia muda mahupun yang lebih berusia, suasana di seluruh dewan MBSA pada hemat REMAJA senantiasa dipenuhi para peminat peserta GV yang telahpun memasuki musim kesebelas dengan sorakan serta sepanduk yang mereka bawakan.
Semua demi menghangatkan lagi program serta memberi sokongan sepenuhnya kepada bukan satu, dua tetapi kesemua para peserta GV yang masih meneruskan perjuangan mereka.
Untuk peminatberusia, iamerupakanmomenuntukmengimbaukembalikenanganlampaubersamapenyanyikegemaranmereka. Secara tidak langsung, GV ialah pentas terbaik untuk ‘menghidupkan’ semula karier para penyanyi ini.
Ia juga merupakan comeback terbaik untuk mereka diminati oleh generasiremajayang baru ingin mengenalibetapabernilainyasuaraemasyangdimilikiolehpenyanyilingkungan ‘4 series’ ke ‘6 series’ ini.
Pastinya korang masih ingat momen Liza Aziz membawakan lagu nyanyian asal Dolla dan Dyrga Dadali yang menyampaikan konsep Dikir Barat. Kedua-duuanya belum pernah dicuba oleh Liza dan Dyrga sebelum ini. Di mana lagi korang boleh saksikan persembahan sedemikian kalau bukan di pentas GV! Hehe..
Dato’ M Nasir.
Musimkesebelas kali inijelasmenampilkansedikitkelainan. Bukanhanyapesertayangdihargaiataskeazamanmerekauntukmengembalikan era kegemilanganmerekasebagaipenyanyipopulartanah air.
Malah, Astro juga mengambil langkah menghargai peminat dengan mewujudkan komuniti peminat yang digelar sebagai komuniti ‘Vaganzers’. Sokongan dan sambutan yang mereka tawarkan pada setiap musim dipandang tinggi oleh pihak produksi GV.
Selama sebelas tahun mereka kekal di hadapan kaca televisyen serta di kerusi penonton di dewan acara siaran langsung, sudah tiba masanya Vaganzers sekalian diraikan.
Antara eksklusiviti yang diperoleh mereka termasuklah memenangi tiket masuk untuk menonton episod mingguan GV secara langsung, membawa pulang dan barangan eksklusif yang tidak dijual di mana-mana dan dijemput ke acara makan malam bersama GV Stars.
Jumaat lalu, Vaganzers disambut meriah dalam sebuah majlis makan malam bersama para peserta GV dari musim ini serta alumni GV dari musim terdahulu termasuklah Shila Amzah, Amelina, Naqiu dan Noryn Aziz.
Pengalaman yang tidak dapat diganti beli dengan wang Ringgit ini adalah sebahagian daripada ‘rewards’ yang diberikan semula kepada Vaganzers serta pelanggan Astro yang setia bersama mereka selama ini.
Gegar Vaganza: Muzik Itu Universal Dan Harus Diraikan
Hanya berbaki seminggu sahaja lagi sebelum juara musim kesebelas GV dinobatkan di pentas finale.
Tinjauan REMAJA di laman media sosial kami sendiri mendapati para peminat semakin ghairah menabur sokongan tidak berbelah-bahagi buat nama-nama besar yang masih bertanding.
Antaranya seperti Dyrga Dadali, Liza Aziz, Ning Baizura, Sheila Abdull, The Lima, Zehra Zambri; mereka yang pernah suatu ketika dahulu berada di puncak dan kini masih aktif meneruskan kerjaya sebagai penyanyi berkaliber.
Selayaknya, sokongan diberikan oleh Vaganzers kepada insan seni yang masih relevan dalam industri dan bakatnya dihargai.
Tak sabar rasanya nak tunggu persembahan duet masing-masing di pentas finale GV, hujung minggu ini! Antara kesemua gandingan ini, yang mana satukah paling korang teruja menonton?
Dadali Dyrga berduet dengan Datuk Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
Liza Aziz berduet dengan Krisdayanti – Cinta
Shiela Abdull berduet dengan Taufik Batisah – Aku Bersahaja
Ning Baizura berduet dengan Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
The Lima berduet dengan Dolla – Bye Bye Bye
Zehra Zambri berduet dengan Jaclyn Victor – Beribu Sesalan
REMAJA ucapkanhavefunkepada Vaganzers yang akan hadir ke malam finale Gegar Vaganza 11 yang akan berlangsung pada 9 Februari 2024, jam 9 malam di Astro Ria, strim di Astro Go dan sooka.
Agaka-agak, siapakah yang bakal membawa pulang gelaran juara pada kali ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang ada urusan sekitar Batu Caves pada hujung minggu ini, seeloknya rancang perjalanan dengan lebih awal. Hal ini kerana beberapa jalan utama di kawasan Batu Caves, Gombak akan ditutup sempena sambutan Thaipusam bermula 30 Januari hingga 3 Februari.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Polis Selangor pada 29 Januari, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada keadaan trafik semasa bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sambutan perayaan berkenaan.
Difahamkan, penutupan bermula seawal jam 1 pagi Jumaat, 30 Januari sehingga penghujung Selasa, 3 Februari. Untuk pengetahuan, sambutan Thaipusam tahun ini jatuh pada hari Ahad, 1 Februari dan dijangka menarik kehadiran jutaan penganut Hindu serta pengunjung dari dalam dan luar kawasan Lembah Klang.
Kredit: Malaysia Gazette
Antara senarai jalan terlibat adalah seperti berikut:
Lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves
Susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves
Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves
Susur MRR2 dari Sri Gombak ke Jalan Perusahaan
Simpang tiga Jalan Seri Batu Caves 8 / Jalan Batu Caves Lama
Simpang tiga lampu isyarat Seri Batu Caves (hadapan Shell)
Jalan susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama Kuil Batu Caves
Pada masa yang sama, pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk mengelakkan laluan utama seperti DUKE, NKVE, Jalan Kuching, Jalan Gombak dan Jalan Sungai Tua bagi mengurangkan kesesakan terutamanya dari arah Rawang dan Selayang.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan seramai 1,520 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal lalu lintas serta menjaga keselamatan awam sepanjang tempoh sambutan.
Beliau mengingatkan bahawa kawasan Kuil Batu Caves merupakan zon larangan dron. Oleh itu, sebarang pengendalian dron perlu mendapatkan kelulusan daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) terlebih dahulu, atau berdepan tindakan undang-undang.
Selain itu, bagi orang ramai yang ingin ke Batu Caves juga disaran supaya merancang perjalanan lebih awal, meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan serta sentiasa memastikan keselamatan diri dan kenderaan bagi memastikan kemeriahan sambutan Thaipusam berlangsung dengan lancar dan selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Joanna Wietrzyk mohon maaf selepas kontroversi HYROX di Beijing dan mengambil keputusan menarik semula kemenangan serta membatalkan mata yang diperoleh.