Dari pandangan luar, kita melihat kelompok selebriti yang berpengaruh dan mempunyai nama besar sebagai individu yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi, tidak gentar untuk berdepan khalayak ramai dan juga sentiasa tampi bersedia dengan apa jua cabaran.
Namun kita terlupa bahawa selebriti juga merupakan manusia biasa yang mempunyai isu peribadi dan kekurangan diri juga. Cuma apabila ada sesuatu yang ‘mengundang’ berlaku dalam hidup mereka, perhatian yang diberikan terhadap mereka berkali-kali ganda lebih dapat dirasai tekanannya.
Itulah yang berlaku kepada pelakon dan usahawanita terkenal, Mawar Rashid semalam sewaktu menghadiri acara pelancaran produk baharu jenama Mawarose dan buka puasa bersama rakan media semalam.
Sebelum dijemput keluar ke atas pentas utama untuk berhadapan dengan pemberita, Mawar yang juga merupakan finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15 dipercayai berdepan serangan keresahan ataupun anxiety attack.
Anxiety attack bukanlah suatu perkara baharu malahan ia kerap menyerang sewaktu kita tidak menjangkakannya.
Setelah Mawar dijemput ke pentas bagi memberikan kata-kata aluan, secara tiba-tiba dia merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum dirinya cuba ditenangkan oleh suami yang setia berada di sisi.
Ads
Berdasarkan beberapa video dan foto yang dikongsi oleh rakan pemberita lain, Mawar kemudiannya beralih ke tepi pentas untuk menenangkan diri sambil suaminya, Raf Yaakob meneruskan sesi pengenalan tersebut bersama wakil perniagaan Mawarose, Lily Rashid yang memberikan penerangan mengenai salah satu produk yang dilancarkan iaitu Lip Plumper.
Raf seterusnya menenangkan khalayak pemberita di hadapannya dengan menjelaskan bahawa serangan gelisah boleh terjadi seperti yang mereka semua sedang saksikan tanpa mengenal masa atau tempat.
Beliau memujuk Mawar untuk kembali ke pentas dan meneruskan ucapan. “You are not a loser, you are a winner sayang. Okay? I’m with you for the rest of my life okay? Will you start your speech? I’m with you,” kata Raf.
Ads
Aww sweet sangat, kan?
Mawar akhirnya memberanikan diri untuk memberikan ucapannya terhadap pencapaian melancarkan tiga produk berbeza Mawarose semalam.
“Mawar tak pernah bayangkan akan mendapat pencapaian seperti ini. Bukan mudah untuk Mawar mulakan perniagaan Mawarose ini. Terima kasih Mummy kerana selalu membuatkan saya, anak-anak lain dan menantu semua gembira. Mummy berikan segalanya, usaha. Tidak lupa juga kepada ibu mertua saya, anda selalu ada bersama saya,” katanya.
Ini bukanlah kali pertama seorang selebriti tempatan diserang rasa gelisah di hadapan khalayak ramai. Jika korang masih ingat pada akhir tahun lalu, pelakon Maya Karin hampir mengelak daripada menjadi rakan penyampai kepada Faizal Hussein semasa acara Festival Filem Malaysia ke-32 setelah beliau merasai bakal diserang serangan panik sebelum naik ke pentas.
Faizal pada waktu tersebut cuba memujuk dan menyakinkan Maya untuk menguatkan diri dan kekal tenang untuk bersama-samanya muncul di atas pentas bagi melaksanakan tugasan tersebut. Maya cekalkan hati dan membaca skrip biarpun jelas tangannya pada waktu itu sedang menggeletar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan anggota kumpulan terkenal, Jin BTS baru-baru ini meraih perhatian apabila mendermakan 100 juta won (RM309,210) bagi membantu pesakit yang menghidap penyakit yang jarang ditemui (rare disease) di negara-negara kurang membangun.
Hal itu diumumkan sendiri oleh Korea University Medical Center (KUMC), dan ia akan disumbang menerusi projek ‘Goodwill Global Life Love Project’ iaitu projek sokongan perubatan antarabangsa yang dipromosikan oleh KUMC.
Dalam pada itu, projek ini juga memberi tumpuan kepada menyelamatkan nyawa pesakit di negara-negara kurang maju yang mengalami kesusahan ekonomi dan kekurangan dalam perkhidmatan perubatan
‘Goodwill Global Life Love Project’ ialah projek sokongan perubatan antarabangsa yang dipromosikan oleh Pusat Perubatan Universiti Korea. Ia memberi tumpuan kepada menyelamatkan nyawa pesakit di negara-negara kurang maju yang mengalami kesusahan ekonomi dan kekurangan perkhidmatan perubatan.
Menurut laporan, pada tahun 2024, KUMC telah membawa lebih daripada 10 pesakit dengan penyakit yang jarang ditemui dari pelbagai negara termasuk Madagascar ke Korea Selatan.
Dari situ, mereka turut berkongsi ilmu merawat dan menjaga pesakit berkenaan di Hospital Universiti Korea cawangan Anam, Guro, dan Ansan.
Sementara itu, Jin BTS juga berharap agar sumbangan daripada dirinya mampu membantu para pesakit.
“Saya harap ada harapan walaupun sedikit yang dapat diberikan kepada mereka yang menderita penyakit yang jarang ditemui,” katanya.
“Saya juga ingin turut bergabung dan menyertai para peminat secara global dalam membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa,” jelasnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, apa kata korang isikan masa terluang selepas menyiapkan segala assignment dan tugasan kerja.
Ini merupakan 4 drama Thai terbaru yang boleh korang tonton di dimsum entertainment. Tambahan pula ia dibintangi oleh pelakon Thai kacak (!), tentunya masa menonton drama-drama ini akan bertambah addictive.
01
Shadow of Love
Siri ini mengisahkan tentang pasangan kembar lelaki dan perempuan bernama Kwan Oei dan Kwan Ma. Ibu mereka sengaja memberi nama perempuan kepada kedua-duanya kerana dia ingin menyelamatkan anaknya daripada kisah lampau, rahsia dan memori hitam yang disimpan olehnya.
Namun, apabila Kwan Oei dan Kwan Ma bertukar dewasa, mereka berdepan dengan masalah sebenar.
HOTTIE : God Itthipat
02
IN TIME WITH YOU
Pimchanok menerima emel mengenai symptom tua sebelum tua pada hari lahirnya ke-30. Dia tidak boleh menerima rakan baik lelakinya, Thanapan semakin tampan apabila berusia berbanding dirinya sebagai seorang perempuan.
Lalu Pim mencabar Thanapan untuk melihat siiapakah yang akan berkahwin dahulu sebelum usia 35 tahun. Ketika sibuk mencari pasangan, mereka berdua sedar merekalah pasangan ideal yang memahami perasan masing-masing.
HOTTIE: Pae Arak Amornsupasiri
03
DEJA VU
Drama ini sedikit matang untuk korang. Jane dan Win merupakan pasangan kekasih yang terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa Win. Jane terkejut apabila Win dihidupkan semula. Namun dia langsung tidak mempunyai apa-apa memori bersama Jane.
HOTTIE : Pong Nawat Kulrattanarak
04
ANGEL BESIDE ME
Lin hampir menamatkan riwayatnya apabila dia dikejutkan dengan bunyi kuat dari siling. Guess what, angel bernama Michael Lansaladon terjatuh dari syurga apabila sedang memerhatikan Lib kerana dia memahami perasaan sedih, marah, sakit dan cinta
HOTTIE : Jaylerr
Ekstra
EXTRAORDINARY YOU
Kita selitlah satu K-drama terbaru di dimsum, hehe! Ia mengisahkan tentang seorang pelajar di sekolah berprestij bernama Eun Dan-O. Dia mendapat dunia ini sebenarnya merupakan dunia fantasi komik bejudul Secret pada satu hari dan jalan ceritanya ditentukan oleh seseorang bernama Writer.
Eun Dan-O mengambil keputusan untuk mengubah jalan ceritanya dan mencari cinta sejati. Dia tidak mahu lagi hanya menjadi watak tempelan yang menunggu kematian akibat sakit jantung.
HOTTIE : Kim Ro Woon
*
So guys, korang excited nak tonton drama Thai yang mana satu dahulu?
Hampir dua tahun menyulam cinta bersama, pasangan penyanyi terkenal dari negara seberang, Mahalini dan Rizky Febian akhirnya mengikat tali pertunangan, pada 7 Mei.
Walau cinta berbeza agama, penyanyi lagu hit Sial, Mahalini seorang penganut Hindu dan Rizky pula merupakan seorang Muslim, perbezaan tersebut tidak menghalang mereka yang semakin hampir ke jenjang pelamin.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi beberapa perkongsian daripada akaun Instagram seperti @panggungnyalini, @rfasmusic dan @thebridestory.
“Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja rasmi bertunangan. Setelah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan, pasangan Rizky Febian dan Mahalini Raharja akhirnya membawa jalinan asmara mereka selangkah lebih dekat dengan pernikahan.
“Sebuah proses lamaran yang penuh dengan harapan dan rona kebahagiaan pun berhasil dilangsungkan di The Langham Jakarta pada Minggu, 7 Mei 2023,” tulis akaun tersebut.
Berdasarkan informasi dikongsikan media Indonesia, pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu telah melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga dan kenalan rapat pada sebuah majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu.
Turut dikongsikan foto anak pelawak dan penyanyi, Sule itu berlutut sambil menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Mahalini sebagai tanda lamaran diterima.
“Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki sebagai simbol bakal pengantin sanggup memberikan calon isteri hidup yang cukup serba-serbi di kemudian hari,” tulis di ruangan kapsyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Betul ke Roberto Carlos sudah memeluk Islam? Legenda Brazil itu dikatakan telah melafazkan syahadah kira-kira empat minggu lalu, namun beliau sendiri masih belum mengesahkannya.