Dua minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai berita gembira pertunangan penyanyi Ariana Grande kepada Dalton Gomez.
Meskipun berita tersebut muncul secara mengejut, ahli keluarga Ariana terutama ibunya, Joan Grande dan adiknya, Frankie Grande mengalu-alukan kehadiran Dalton ke dalam keluarga mereka.
Satu perkara yang menjadi topik bualan ramai peminat bintang dokumentari Netflix, ‘Excuse Me, I Love You’ itu adalah mengenai rekaan cincin pertunangannya yang – ya, cantik – tetapi mempunyai konsep yang unik dan jarang sekali dipilih oleh bakal pengantin lain.
Untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya, baru-baru ini usahawan barangan kemas dan pereka cincin pertunangan Ariana itu iaitu Jack Solow dihubungi oleh E! News dan berpendapat Dalton telah memilih cincin paling sempurna untuk tunangnya itu.
Ads
Menurut Jack, dia bekerjasama dengan Dalton selama 6 minggu untuk menyiapkan cincin tersebut kerana mereka memerlukan masa untuk mencari bentuk berlian yang unik.
“Dalton terlibat dalam setiap proses pemilihan menerusi panggilan FaceTime dan Zoom disebabkan perbezaan lokasi. Dia benar-benar teliti tentang apa yang diiinginkannya.
“Dia mempunyai konsep tertentu mengenai rupa cincin ini, sedikit kontemporari berbanding cincin biasa. Idea meletakkan berlian pada sudut ke tepi dan penambahan mutiara pada cincin ini datang daripadanya. Baginya, mutiara memberikan nilai sentimental,” kata Jack.
Ads
Tidak hairanlah apabila peminat Ariana pantas teringat semula kepada foto cincin pemberian nenek Ariana kepadanya yang juga mempunyai mutiara.
Mereka berdua memilih untuk menyambut Hari Natal baru-baru ini di kediaman keluarga Ariana. Sumber Foto: Instagram @arianagrande
“Dalton sememangnya detail-oriented. Dia banyak memberi fokus kepada perincian cincin ini dan ingin membuatkannya istimewa khas untuk Ariana. That was his goals.”
Menariknya, ada sumber dalaman yang berjaya mendedahkan nilai cincin tersebut dan menganggarkannya bernilai lebih daripada $USD750,000! Ia berdasarkan kepada warna dan kejernihannya pada berlian bujur 8 karat itu.
Nampaknya, Dalton memang benar-benar sayangkan Ariana ya. Harapnya, Ari akan menemui kebahagian sebenar untuk pertunangan kali ini.
Untuk pengetahuan, Ariana pernah bertunang dengan Pete Davidson pada bulan Mei 2018 dan berpisah lima bulan kemudian.
Diam tak diam, kita sudah pun memasuki bulan terakhir dalam tahun 2020. Tinggal lebih kurang lagi sebulan sebelum masuk ke tahun baru, jadi sempat lagi jika korang nak menyempurnakan impian tahun ini.
Bagi yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Disember, Happy Birthday kami ucapkan. Antara selebriti popular yang meraikan hari lahir pada bulan ini termasuklah Tylor Swift, Christina Aguilera, Minho SHINee dan Seungri Bigbag.
Agak-agaknya macam mana karakter mereka yang lahir pada bulan Disember ya? Jom kita lihat antara kajian dan pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan personaliti mereka.
1. Sangat setia dan pemurah
2. Bersifat patriotik
3. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
4. Bercita-cita tinggi
.
5. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
6. Seronok didampingi
7. Suka bercampur dengan orang
8. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
.
9. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
10. Tidak pandai berpura-pura
11. Cepat marah
12. Perangai yang berubah-ubah
13. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
14. Benci pada kongkongan
15. Suka berlawak
Namun begitu, ini adalah sekadar berdasarkan kajian yang telah dibuat. Janganlah pula korang percaya 100 peratus pula ya. Hiks! Apa-apa pun ia terpulang kepada sikap individu itu sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita semua sedia maklum, Alif Satar merupakan selebriti yang dijangkiti virus Covid-19 baru-baru ini. Disebabkan oleh perkara itubeberapa rancangan dan juga penggambaran yang pernah melibatkan selebriti tersebut ditangguhkan dan rakan sekerja wajib melakukan ujian pengesanan Covid-19
Perkara tersebut adalah ketentuan tuhan yang mana tiada siapa dapat menyangka. Alif dilihat banyak memohon maaf kepada rakan-rakan disebabkan perkara ini.
Kelmarin dalam satu temubual bersama stesen radio koolfm, pelantun lagu Sesungguhnya 2019 itu ada berpesan kepada pendengar tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Menurutnya dalam temubual tersebut, “SOP ketat macam mana pun tapi virus tu tetap di mana-mana. Jadi, kita kena terus jaga imun sistem kita, makan benda-benda yang sihat dan lagi satu bila kita sendiri dah lalui ni, Alif nak pesan.
Walaupun berat sangat nak bagitahu tapi kena bagitahu. Kepada perokok di luar sana tu boleh berhentilah sekarang sebab benda pertama sekali doktor tanya bila dijangkiti COVID-19 ni ‘you hisap rokok tak?’. Kalau hisap memang akan jadi satu benda berat di mana doktor akan sentiasa pantau. Mula saat sekarang ni, jagalah kesihatan baik-baik.”
Sekadar info, Alif disahkan dijangkiti virus tersebut setelah membuat ujian swab pada 21 November 2020. Ibu, bapa serta adiknya juga didiagnos positif covid-19 walaubagaimanapun isteri dan anak-anaknya disahkan negatif dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Semoga Alif cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular sejak lebih dua dekad lalu dilaporkan bakal diangkat ke layar perak.
Justeru, Studio filem, Astro Shaw Sdn. Bhd akan mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari watak lelaki utama untuk filem live-action animasi legenda tanah air, Keluang Man.
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi platform Instagram rasmi Astro Shaw.
“Adakah anda KELUANG MAN yang kami cari? Jom join ujibakat sebelum 13 Ogos 2023 untuk watak utama bagi membintangi filem akan datang terbaru kami, KELUANG MAN!
“Untuk maklumat lanjut, sila tekan link yang tertera di bio Astro Shaw!” kongsinya.
Hantaran terbabit telah disertai sekeping poster yang memuatkan kriteria-kriteria watak utama yang dicari-cari.
Antaranya, peserta mestilah seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu dan berbadan tegap.
Selain itu, memiliki asas mempertahankan diri juga merupakan satu nilai tambah bagi peserta-perseta yang ingin mencuba nasib.
Bagi menyertai ujibakat tersebut, peserta perlu menghantar video pengenalan diri dengan durasi maksimum tiga minit menerusi kod QR yang terpampang pada poster ujibakat.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi ujibakat ini, anda boleh layari laman web rasmi Keluang Man.
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
Seramai 10 individu yang memiliki bakat terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.