Masanya sudah hampir tiba. Debaran yang ditunggu-tunggu selama ini oleh ramai daripada bakat-bakat di luar sana untuk merealisasikan impian menjadi the next Dewi Remaja semakin hampir.

Kali terakhir REMAJA mengadakan Pencarian Dewi Remaja ialah pada tahun 2014/15 yang menyaksikan Raysha Rizrose telah dinobatkan sebagai juara untuk menjadi sebahagian daripada kelab eksklusif Juara Dewi Remaja seperti Neelofa, Scha Al-Yahya, Annahita Bakavoli, Juliana Banos, Wan Khatijah, Aleeza Kassim dan ramai lagi.

Ramai antara korang ingin memasang cita-cita dan impian yang sama untuk berjaya seperti mereka. Namun sebelum itu, korang harus bersedia dan lakukan persiapan sebaiknya sebelum menghadiri sesi uji bakat.

Bila dan apakah yang perlu korang sediakan untuk ke uji bakat? Sila rujuk maklumat di bawah;

TARIKH UJIBAKAT:
• 29 September 2018
• 30 September 2018
• 06 Oktober 2018
• 07 Oktober 2018

Lokasi: Aras 8, Hotel Premiera Kuala Lumpur
Masa: 9am – 3pm (kaunter ditutup)

Syarat Penyertaan:

• Perempuan & bujang
• 18 – 24 tahun
• Warganegara Malaysia
• Personaliti menarik
• Ketinggian MINIMUM 160cm.
• WAJIB 1 naskah majalah REMAJA isu OKTOBER – DISEMBER 2018
• Pakaian: Baju putih, seluar jeans biru & kasut tinggi hitam
• Gadis berhijab digalakkan, warna tudung bebas

TIP UJI BAKAT PENCARIAN DEWI REMAJA

1. Fahami Syarat Penyertaan

Sila baca dan fahami syarat penyertaan dengan baik. Jika dapati kamu tidak layak atau melanggar salah satu syarat, REMAJA berhak menolak penyertaan secara serta-merta. Selain di laman web ini, korang boleh ikuti dari semasa ke semasa pengumuman kami di Facebook dan Instagram Majalah Remaja.

2. Pakaian Yang Betul

Seperti yang dinyatakan dalam syarat penyertaan kesemua calon uji bakat hendaklah memakai BAJU PUTIH, SELUAR JEANS BIRU & KASUT TUMIT TINGGI HITAM. Bagi gadis berhijab korang juga digalakkan untuk menyertai uji bakat dengan warna tudung adalah bebas mengikut personaliti.

3. Bawa Pen

REMAJA boleh jangkakan ramai yang akan menyertai uji bakat Pencarian Dewi Remaja 2018/19. Keadaan akan menjadi agak sesak dan ramai. Langkah pertama pendaftaran ialah mengisi borang. Untuk melancarkan proses adalah baik jika korang memawa pen sendiri yang berwarna biru atau hitam.

4. Jangan Lambat

Untuk sesi uji bakat Pencarian Dewi Remaja 2018/19, REMAJA akan mengadakan sebanyak 4 sesi berbeza iaitu pada 29 & 30 September dan 6 & 7 Oktober 2018. Pendaftaran akan dibuka pada jam 9 pagi dan akan ditutup pada jam 3 petang. Sebarang penyertaan yang melebihi jam 3 petang tidak akan dilayan. Untuk mengelakkan kesesakan REMAJA nasihatkan korang datang awal dan tidak menunggu sehingga saat-saat terakhir. REMAJA juga nasihatkan korang untuk makan terlebih dahulu kerana proses uji bakat ini mungkin mengambil masa yang lama.

5. Maklumat Dari Kami Sahaja

REMAJA nasihatkan agar korang hanya mendapatkan maklumat dan pengumuman daripada pihak kami sahaja. Usah dengar dan abaikan apa juga maklumat yang mendakwa mereka lebih tahu tentang pertandingan ini.

6. Ikut Arahan

Sepanjang proses uji bakat, korang akan dibantu oleh team REMAJA dan krew yang terlibat. Sila dengar arahan dengan baik dan ikuti setiap langkah yang harus kamu lakukan. Pastikan korang mengikuti flow untuk melancarkan proses uji bakat.

7. Be Confident

Ramai yang bertanyakan kepada REMAJA apakah persiapan yang harus dilakukan sebelum ke uji bakat. Adakah perlu berlatih berlakon? Berlatih catwalk? REMAJA ingin mencari seseorang yang mempunyai keyakinan diri dan personaliti menarik. Sepajang uji bakat apa yang penting jangan panik, just be yourself dan yakin dengan diri sendiri. Jika juri bertanya jawablah dengan baik dan teratur.

8. Hanya Peserta Dibenarkan 

Sesi uji bakat akan diadakan di Tingkat 8, Hotel Primiera, Kuala Lumpur. Pihak REMAJA dan hotel hanya membenarkan PESERTA uji bakat sahaja untuk naik ke Tingkat 8. Ahli keluarga, kawan-kawan, teman istimewa, abang angkat dan sebagainya tidak dibenarkan untuk ke lokasi uji bakat.

9. Solekan & Rambut

Gaya solekan dan rambut adalah terpulang kepada cita rasa korang sendiri. Tapi biarlah ia nampak kemas, tidak ‘over the top’ dan tidak serabai. Begitu juga dengan gadis yang berhijab, gayakanlah tudung mengikut kesesuaian personaliti korang sendiri.

10. Bawa Majalah

Setiap peserta uji bakat WAJIB membawa senaskhah majalah Remaja isu Oktober-Disember 2018 sebagai salah satu syarat pendaftaran. Majalah REMAJA isu terbaru ini boleh didapati di pasaran bermula minggu ini dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seperti MPH, Mynews.com, Popular dan toko-toko buku biasa. Pihak REMAJA juga akan menyediakan majalah ini di lokasi pendaftaran namun stok adalah sangat terhad.

 

CER KOMEN SIKIT