Ada orang yang sanggup lakukan countdown sebelum malam Sunway Lagoon Nights of Fright pada setiap tahun, termasuklah kami di REMAJA!
Setelah setahun berlalu, Sunway Lagoon Nights of Fright 6 akan menemui kita untuk tahun keenam berturut-turut, akhir September ini sehinggalah 31 Oktober akan datang.
So, takut sangat ke Sunway Lagoon Nights of Fright 6?
01
Wendigo
Cerita Wendigo dah disampaikan daripada nenek moyang dulu. Dalam cerita mereka, Wendigo digambarkan sebagai makhluk jahat yang err… makan manusia. Cuba bayangkan apa yang korang akan hadapi di dalam rumah hantu ini, kena lari daripada dimakan ke?
02
Coulrophobia – The Fear of Clowns
There are clowns ( like the funny ones ) and there are CLOWNS – clowns. Tak berapa nak gelak sangatlah bila terjumpa dengan mereka ni. Malah ada member kami yang takut bila berjumpa badut Sunway Lagoon Nights of Fright 6, minggu lalu.
Walaupun kita selalu ketawakan kawan yang mempunyai fobia terhadap badut, fobia ini sebenarnya serius! So, korang berani tak nak atasi rasa takut itu?
03
Slaughterhouse 13
Bila pekerja bernama Lee Lee Choong terjumpa mayat yang tergantung di dalam peti sejuk Slaughterhouse 13, korang sure akan merasa ngeri. Lebih-lebih lagi apabila Lee Lee Choong sendiri yang kini menjaga peti sejuk itu. Tak tahulah mana yang lebih menakutkan, Lee Lee Choong atau mayat tu.
04
Zombie Zoo
Ads
Oh yes guys, makhluk zombie masih menetap di Sunway Lagoon pada tahun ini and they have gotten scarier! Binatang dan penjaga zoo bawah tanah nampaknya telah terjangkit dengan simptom zombie. Trust us, korang tak mahu mendekati zoo ini.
05
Scarytales Theater
Siapa je yang tak suka mendengar cerita seram?
Jom masuk ke teater ini dan ramai-ramai mendengar cerita silam yang mereka nak sampaikan. Mungkin korang akan terasa familiar bila mereka ceritakan kisah Pontianak, Toyol dan Pocong.
Tapi make sure korang berhati-hati dengan apa yang sedang bersembunyi senyap-senyap…
06
Horror Studios Wax Museum of Monsters
It is our favourite clans! Jom masuk ke tempat tinggal Jason, Freddy, Billy, Michael Myers dan bermacam-macam karakter menakutkan yang perlu meeka tempuhi. Cantik untuk korang banyak-banyak mengambil selfie di sini.
07
Ghost Face
Ads
Dunia ni ada berbilion muka yang berlainan. Tetapi kalau beribu-ribu muka menatap ke arah korang di dalam satu bilik, seram weh!
08
Jampi
Hey ini bukan single Hael Husaini tu. Hael tak ada, tetapi dukun serta ahli sihir India dan Cina ada di sini. Penulis pun tak tahulah jampi apa yang mereka bacakan tak henti-henti.
Tetapi ada sesuatu yang akan buatkan bulu roma korang meremang dari belakang…
*****
Okay okay – tak naklah spoiler banyak, nanti tak thrill dah.
Apa yang boleh kami katakan adalah Sunway Lagoon Nights of Fright 6 ini akan buatkan korang nak datang semula sepanjang bulan Oktober. Sekali round tak puas.
Why not korang block tarikh pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sepanjang 28 September hingga 31 Oktober 2018. Tiket boleh didapati pada harga RM69 seorang.
…dan kami mempunyai 30 pasang tiket untuk korang menangi!
Jawab slogan serta isikan butir peribadi korang seperti di bawah. Hantar penyertaan melalui Direct Message (DM) ke Instagram @majalahremaja. Pemenang akan diumumkan pada 27 September ini!
SLOGAN
Saya tak sabar untuk memasuki ______________ (salah satu rumah hantu) kerana ….
(Tak melebihi 15 patah perkataan)
BUTIRAN DIRI
Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Alamat:
No Telefon:
Email:
Instagram:
Facebook:
(Butiran diri hanyalah untuk simpanan Majalah Remaja. Ia TIDAK AKAN digunakan untuk tujuan lain atau diserahkan kepada pihak asing.)
Jumpa di sana…tapi tak tahulah kalau korang boleh balik dengan selamat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial popular, Dahlia Rizal tampil dengan pesanan kasih sayang buat para pengikutnya untuk lebih beradab apabila minta untuk bergambar.
Menerusi perkongsian di Instastory, isteri kepada aktor, Imra Aqil itu mengakui kurang selesa dengan sikap sesetengah peminat yang hendak bergambar sehinggakan menarik tangannya secara tiba-tiba.
Malah, ada yang bertindak menyentuh kulit wajahnya tanpa izin.
“Saya nak ingatkan kepada pengikut saya tentang batas antara saya dan kalian.
“Beberapa bulan lepas, saya ada melalui perkara ni banyak kali juga yang mana orang yang saya jumpa nak bergambar akan tarik saya secara tiba-tiba dan bawa saya ke tempat mereka nak bergambar tanpa tanya saya dulu.
“Ada juga yang terlalu teruja sampai siap pegang kulit muka saya untuk pastikan kulit saya ‘flawless‘ ke tak dan ada yang genggam lengan saya kuat sangat untuk ambil gambar dengan saya,” katanya.
Pada masa sama, Dahlia turut menghargai sekiranya pengikut meminta izin terlebih dahulu.
“Macam kalian semua tahu, saya memang akan selalu okay kalau kalian nak bergambar atau berborak sikit tapi jangan buat saya tak selesa dengan semua tindakan itu.
“Hanya sekadar tepuk bahu dan bertanyakan ‘hi nak bergambar boleh?’ sudah mencukupi,” coretnya.
Gadis jelita itu juga menitipkan harapan agar perkara seperti itu tidak akan berulang lagi dan tidak melabelkan dirinya seorang yang sombong.
“Saya harap kalian faham apa yang saya nak sampaikan. Apa-apa pun, saya sentiasa suka untuk berborak dan ambil gambar dengan kalian.
“Saya tak marah cuma nak ingatkan saja, jangan pula anggap saya sombong atau tak nak terima ambil gambar. Tu bukan niat saya atau kenapa saya tulis kenyataan ini,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Dahlia Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi Januari 2021, hanya ada beberapa buah drama Korea ditayangkan kerana masih banyak siri drama yang sedang disiarkan di kaca televisyen pada bulan ini, termasuklah The Uncanny Counter dan Mr. Queen.
Jadi, berikut adalah tiga buah drama Korea terbaru yang bakal disiarkan sepanjang Januari ini.
1. Be a Meal
Drama Korea terbaru dari MBC ini berkisarkan tentang kisah persahabatan, percintaan dan makanan. Young Shin (Jung Woo Yeon) seorang gadis yang mempunyai bakat memasak dan kemudiannya dia berjumpa dengan seseorang yang mengubah kehidupannya.
2. She Would Never Know
Drama adaptasi daripada webtoon ini mengisahkan tentang Yoon Song Ah (Won Jin Ah) dan rakan sekerjanya yang lebih muda, Chae Hyun Seung (Ro Woon) yang bekerja sebagai pegawai pemasaran untuk jenama kosmetik.
Hyun Seung telah tertarik dengan Song Ah dan cuba menjalinkan hubungan bersamanya namun dia ditolak kerana wanita itu tidak berminat dengan lelaki yang lebih muda untuk dijadikan teman lelaki.
3. Marriage Lyrics and Divorce Music
Drama bersiri ini menceritakan tentang kisah tiga orang wanita yang sering ditimpa nasib malang dalam kehidupan mereka. Lee Shi- Eun (Jeon Soo Kyung) merupakan seorang DJ radio yang menderita di tempat kerja dan membantu suaminya, Park Hae-Ryun (Jeon No-Min) menjadi seorang professor.
Manakala, Sa Pi Young seorang penerbit program radio yang dikenali sebagai seorang isteri yang baik kepada suaminya, Shin Yoo Shin (Lee Tae Kon).
Hm, nampaknya tak banyak drama terbaru untuk bulan ini. Jadi, tak kalut la kalau korang nak marathon semua k-drama yang sedang ditayangkan kan? Hiks!
Penyanyi terkenal, Jungkook BTS sekali lagi mencuri perhatian penggemar di media sosial apabila diangkat sebagai penerima pertama program pengiktirafan penderma baru, Hope Bridge Honors Legacy. Pengiktirafan ini diumumkan selepas beliau menyumbang 1 bilion Korea Won bagi membantu mangsa kebakaran hutan besar yang melanda beberapa kawasan di Korea Selatan awal tahun 2025.
Difahamkan, program Honors Legacy dilancarkan sebagai platform mengenali individu yang menyumbang lebih 1 bilion Korea Won ketika kecemasan negara. Pada masa yang sama, Hope Bridge menjelaskan bahawa inisiatif tersebut diwujudkan untuk mengukuhkan usaha kesiapsiagaan bencana jangka panjang Korea selain menjadi simbol solidariti sosial.
Jungkook atau nama sebenar beliau Jeon Jungkook (28) dipilih sebagai penerima sulung berikutan rekod yang konsisten dalam kerja-kerja kebajikan sejak debut pada 2013. Ketika menjalani perkhidmatan ketenteraan pada Mac 2025, beliau tampil menghulurkan sumbangan besar itu bagi membantu penduduk Ulsan, Gyeongbuk dan Gyeongnam yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan. Ia turut direkodkan sebagai antara sumbangan selebriti terbesar dalam situasi bencana di Korea.
Memetik laporan terdahulu, daripada sumbangan 1 bilion Korea Won tersebut, sebanyak 500 juta Korea Won telah disalurkan kepada bantuan kecemasan termasuk sokongan kepada mangsa yang kehilangan kediaman. Baki 500 juta Korea Won pula digunakan untuk penyediaan peralatan respons kebakaran hutan, makanan kepada pasukan bomba serta kit kecemasan yang mengandungi 14 item penting untuk petugas di lokasi bencana.
Menerusi sebuah kenyataan, pelantun lagu ‘SE7EN’ dan ‘3D’ itu menegaskan tujuan sebenar beliau adalah memastikan bantuan dapat disampaikan secepat mungkin kepada pihak yang memerlukan.
“Menderma bukan tentang sesuatu (jumlah) yang besar, ia tentang langkah kecil untuk jadikan dunia sedikit lebih selamat. Saya berharap program Hope Bridge Honors Legacy ini menjadi peluang untuk menyebarkan mesej tentang perkongsian di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, pengumuman berkenaan segera mendapat perhatian komuniti global dan para peminat terutama BTS ARMY yang memuji keikhlasan serta konsistensi Jungkook dalam aktiviti kebajikan. Salah seorang peminat turut menyifatkan idola K-Pop tersebut sebagai ‘legenda’ kerana sentiasa memberi inspirasi dengan hati yang bersih dan niat yang baik.
Di samping itu, Hope Bridge dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa pelancaran program Honors Legacy datang pada waktu Korea berdepan krisis bencana yang semakin kompleks akibat perubahan iklim. Program itu juga menghimpunkan penderma utama termasuk tokoh korporat, selebriti dan atlet bagi menyokong polisi pengurusan bencana serta memperkukuh ketahanan masyarakat.
Apa yang lebih membanggakan, jumlah sumbangan Jungkook turut menyamai sumbangan syarikat gergasi seperti Naver, Kakao, Lotte dan beberapa kumpulan kewangan utama, menjadikan beliau satu-satunya individu yang berdiri setaraf dengan penyumbang korporat dalam kategori tersebut. Kedudukan ini mengukuhkan lagi imej Jungkook sebagai figura berpengaruh bukan sahaja dalam industri hiburan, tetapi juga dalam usaha kemanusiaan global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!