Sebut sahaja tentang trekking atau daki gunung pasti ramai yang teruja. Ia kini menjadi salah satu aktiviti paling popular terutama di kalangan remaja dan belia. Malah tidak salah untuk Remaja katakan ia merupakan aktiviti liburan yang hype bagi golongan millenials.

Menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan paling penting berberpeluang untuk bergambar atau selfie dengan latar belakang indah. Tapi tahukah korang bahawa aktiviti trekking dapat memberikan pelbagai manfaat bukan sahaja terhadap fizikal tetapi minda.

Kepada korang yang belum pernah merasai pengalaman trekking atau mendaki gunung mungkin tidak memahaminya. Oleh itu, Remaja ingin kongsikan lima perkara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dapat diperolehi menerusi aktiviti ini.

1. Hidup penuh cabaran namun dapat diharungi dengan perancangan

5 Pengajaran Hidup Yang Anda Boleh Dapati Dengan Aktiviti Trekking & Mendaki Gunung

Sebelum ingin mula mendaki gunung pastinya korang akan melakukan persiapan yang mencukupi bermula dari peralatan keselamatan hinggalah arah laluan yang selamat dan betul. Begitu juga dengan kehidupan, jika ingin sesuatu misi atau objektif dilaksanakan dengan baik pastinya korang perlu merancang sebaik mungkin.

IKLAN

2. Walau apa jua rintangan dihadapi dengan langkah demi langkah

5 Pengajaran Hidup Yang Anda Boleh Dapati Dengan Aktiviti Trekking & Mendaki Gunung

Ketika melalui denai-denai dan laluan berliku pastinya korang akan berdepan dengan segala macam rintangan. Namun, itulah keindahan istimewa aktiviti ini; mencabar diri sendiri untuk misi sampai ke puncak. Begitu juga dengan kehidupan. Untuk berjaya kamu jangan pusuts asa dan terus melangkah ke hadapan walau apa jua menimpa.

Artikel Berkaitan: Koleksi Foto Inspirasi 10 Jejaka Berjaya Turunkan Berat Badan

IKLAN

3. Mengasah karakter menjadi lebih kuat

5 Pengajaran Hidup Yang Anda Boleh Dapati Dengan Aktiviti Trekking & Mendaki Gunung

Bukan senang untuk menghabiskan misi mendaki atau trekking terutamanya dalam keadaan laluan sukar, cuaca tidak menentu dan rintangan bentuk muka bumi. Tanpa disedari korang telah membentuk karakter diri yang sangat kuat. Kejayaan untuk menyelesaikan misi akan buat korang lebih bersyukur dan berasa kecil sekali di atas dunia ini.

IKLAN

4. Bila susah akan bertemu ramai orang yang murah hati

5 Pengajaran Hidup Yang Anda Boleh Dapati Dengan Aktiviti Trekking & Mendaki Gunung

Tahukah korang bahawa aktivitk mendaki mampu menonjolkan karakter sebenar seseorang? Ketika berdepan pelbagai masalah kamu akan kenal siapa itu kawan sebenar. Begitu juga dengan hidup. Di saat kita dilanda kesusahan hanya kawan sejati sahaja yang akan terus menghubungi dan berada di sisi memberikan pertolongan.

5. Buat kita lebih bersyukur

5 Pengajaran Hidup Yang Anda Boleh Dapati Dengan Aktiviti Trekking & Mendaki Gunung

Dalam perjalanan trekking atau mendaki pastinya kita tidak boleh terlalu cerewet memilih makanan. Kita juga akan lebih menghargai alam dan kebesaran Tuhan bila melihat sendiri pemandangan terbentang luas sejauh mata memandang. Dalam kehidupan ini kita harus sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas nikmat rezeki dan kesihatan yang diberikan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI