
Baru-baru ini, kehadiran jenama minuman popular seperti Zus Coffee dan Mixue di beberapa lokasi Bazar Ramadan berjaya mencuri perhatian warga internet. Lebih menarik lagi, kedua-duanya tampil dengan harga yang disifatkan berpatutan dan murah iaitu sesuatu yang jarang dilihat bagi jenama francais besar di luar premis tetap mereka.
Menerusi sebuah perkongsian oleh seorang pengguna media sosial bernama Jalal Misai di aplikasi Threads, menurutnya harga yang ditawarkan nyata lebih rendah berbanding kebiasaan minuman berjenama di pusat beli-belah atau outlet komersial. Situasi ini secara tidak langsung membuka perbincangan tentang dinamika baharu dalam ekosistem bazar Ramadan yang sebelum ini sinonim dengan peniaga kecil dan usahawan mikro.
“Zus Coffee masuk bazar, jual air RM3.90 secawan. Apa kesan kepada peniaga kecil? Terutama peniaga yang suka jual mahal atas alasan premium,” tulisnya sambil membuka ruang perbincangan di komen.
“Mixue pun rupanya masuk bazar jugak kali ni, jual RM4.00 secawan. Beli 3 cawan RM10, percuma sampul raya!” jelasnya lagi.

Tambah Jalal Misai dalam perkongsian sama memaklumkan jualan Zus Coffee berkenaan dilaporkan beroperasi di Bazar Rimbayu dan Tasik Puteri, Rawang. Selain itu, kehadiran jenama-jenama ini bukan sahaja menarik perhatian pelanggan setia, malah turut menjadi tarikan tambahan kepada pengunjung bazar yang mahu pilihan minuman lebih pelbagai dan mampu milik.
Sementara itu, di ruangan komentar, sebahagian orang ramai menyambut baik penawaran harga tersebut dan menyifatkannya sebagai satu bentuk persaingan sihat. Ada yang berpendapat selagi semua peniaga membayar kadar sewaan tapak yang sama, tiada isu untuk jenama besar turut serta dalam bazar Ramadan.
Namun begitu, terdapat juga segelintir pengguna melihat situasi ini sebagai ‘wake-up call’ kepada para peniaga yang meletakkan harga tinggi atas alasan ‘premium’, namun kualiti produk dipersoalkan. Bagi mereka, pengguna hari ini lebih bijak menilai nilai sebenar sesuatu produk sebelum membuat keputusan membeli.


Di samping itu, ada yang merasakan bazar Ramadan sepatutnya menjadi ruang utama untuk peniaga kecil menjana pendapatan bermusim tanpa perlu bersaing secara langsung dengan jenama francais yang mempunyai kekuatan modal dan jenama yang lebih kukuh.
Walau bagaimanapun, perdebatan ini sekali lagi membuktikan bahawa landskap bazar Ramadan kini semakin berkembang dan kompetitif. Sama ada ia dilihat sebagai peluang menikmati harga lebih rendah atau cabaran kepada peniaga kecil untuk meningkatkan kualiti dan strategi harga, yang pasti pengguna tetap menjadi penentu utama dalam menentukan arah pasaran.
Sumber artikel & foto: Threads Jalal Misai
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
















Setelah kes itu disiasat selama hampir dua tahun, Alan dan Alex akhirnya mengaku bersalah di hadapan mahkmah demi meringankan caj di bawah undang-undang dan demi mengelak hukuman penjara yang boleh dikenakan sehingga 5 tahun kerana perbuatan mereka.