
Peserta Raise The Star Malaysia (RTSMY), Zuana Zulmat, tampil memberi reaksi terhadap komen juri tetap yang juga komposer terkenal tanah air, Ajai, yang menyifatkan persembahannya pada minggu ketiga tidak sebaik dua minggu pertama.
Menurut peserta kelahiran Sabah itu, dia terbuka menerima teguran tersebut dan menganggap setiap komen yang diberikan adalah ruang untuk dirinya terus memperbaiki kekurangan.
“Mengenai komen juri, kita tak boleh cakap komen juri tak bagus sebab minggu pertama dan kedua saya dapat komen yang bagus daripada mereka.
BACA: Khalyn & Faysal Saad Terpaksa ‘Angkat Kaki’ Dari Raise The Star Malaysia Minggu Ketiga

“Sebenarnya, komen juri sangat membina buat diri saya kerana saya tahu di mana kesilapan saya ketika melakukan persembahan,” katanya kepada Remaja.
Zuana yang sebelum ini berjaya berada dalam senarai Top 5 pada dua minggu berturut-turut, turut mengakui mungkin terlalu selesa dengan pencapaian itu sehingga memberi kesan kepada persembahannya pada minggu ketiga.
“Sedia maklum, saya menduduki top 5 pada konsert minggu 1 dan 2, jadi pada minggu ini (ketiga) betul kata Ajai, saya terlalu selesa di kedudukan top 5 itu jadi ini membuatkan saya lebih ingin belajar lagi dan berusaha lebih gigih.

“Saya berterima kasih dengan semua komen yang diberikan juri kerana dari situ saya tahu kesilapan saya di mana dan boleh bertanya banyak lagi dengan cikgu di mana bahagian yang saya boleh betulkan, bersedia.
“Selain berhati-hati untuk persembahan di konsert RTSMY minggu seterusnya,” ujar Zuana yang menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita pada minggu ketiga.

Sekadar info, RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mokdan Aina Abdul.
Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesionaldan 20% undian umum.
Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
















