Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan tentang kursus yang dinamakan Taylor Swift Course ini sudah ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute; yang merupakan salah satu institut di bawah pengurusan New York University

ARTIKEL BERKAITAN : Kursus Taylor Swift Kini Ditawarkan Di New York University

Taylor Swift Bakal Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Atas PencapaianTaylor Swift Bakal Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Atas Pencapaian

Terbaru, pelantun popular lagu Love Story ini dimaklumkan bakal menerima Ijazah Kedoktoran daripada universiti itu pula.

Pencapaian ini bukanlah disebabkan Taylor menyambung pelajaran pada peringkat kedoktoran. Ia diberikan di atas  kejayaan dan pencapaian Taylor sebagai salah seorang ikon millenia dalam industri muzik antarabangsa. Justeru, NYU yang terkenal dengan pelbagai jurusan seni visual dan persembahan berbesar hati untuk menganugerahkan Ijazah Kedoktoran kepada Taylor.

IKLAN

Khabarnya, Taylor dijadualkan menerima Ijazah Kedoktoran dalam jurusan Seni Halus ketika berlangsungnya majlis graduasi New York University di Stadium Yankee pada 18 Mei nanti. Pada hari tersebut, Taylor juga dijangka akan memberi ucapan kepada para graduan NYU kelas 2022.

Selain itu, bagi meraikan acara graduasi kali ini, Taylor Swift telahpun melancarkan barangan edisi terhad berjudul “I’m Feeling ’22” kepada semua para graduan.

Taylor Swift Bakal Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Atas Pencapaian

IKLAN

Biarpun kejayaan ini menggembirakan ramai pihak, tidak terkecuali juga ada yang menanyakan tentang kelayakan Taylor untuk diberikan Ijazah Kedoktoran sedangkan penyanyi itu tidak pernah bergelar pelajar di NYU. Timbul pula isu para graduan yang tidak berpuas hati dengan pemberian ini sedangan merekalah yang telah menghabiskan wang, masa dan tenaga sepanjang pengajian masing-masing.

Apapun, pengiktirafan oleh NYU ini bagi REMAJA menggambarkan betapa besar impak Taylor Swift dalam industri muzik dan dia telah dijadikan inspirasi untuk anak muda di seluruh dunia mengejar cita-cita mereka. Tidak salah rasanya bagi NYU untuk meraikan usaha keras, kerahan tenaga dan kreativiti Taylor Swift dalam membina empayar nyanyiannya.

Taylor sememangnya adalah definisi #GirlPower untuk generasi baru sekarang.

IKLAN

BACA JUGA: Dua Album Dalam Tahun Pandemik, Taylor Swift Buat Kejutan Album BARU Malam Ini!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI