Perjalanan Raise The Star Malaysia (RTSMY) musim ini semakin mencabar apabila dua bintang tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung secara langsung dari Royale Theater Shah Alam.
Peserta yang dimaksudkan ialah Khalyn dan Faysal Saad yang terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian penonton selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik minggu tersebut.
Dalam pada itu, lima peserta yang berjaya menyerlah pada minggu ketiga dan dinobatkan sebagai ‘The Five’ialah Hariz Fahayet, Rayme, Aril Eles, Didie Shazry, dan Share Lopes.
Turut mengikut jejak ke minggu keempat adalah barisan peserta lain yang masih kekal dalam pertandingan seperti Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew, Ayiena, Zuana, Kekadan Max Brandon.
Menambah lagi kejayaan pada minggu ini, Melinda Dadew berjaya merangkul gelaran Gempak Star On Fireatas persembahan bertenaganya.
Ads
RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mokdan Aina Abdul.
Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesionaldan 20% undian umum.
Ads
Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ads
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa bertahan dengan kecaman demi kecaman yang diterima oleh peminat di seluruh negara. Sebagai seorang manusia biasa, mereka juga tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Baru-baru ini, pelakon Korea yang merupakan pengantin baharu telah pun memuat naik gambar perkahwinannya yang memakai hanbok di laman instagram. Walau bagaimanapun, peminatnya dari China tidak berpuas hati apabila pelakon wanita itu menggunakan tanda pagar #koreantraditionalclothes.
Walaupun Hanbok secara literalnya bermaksud pakaian Korea, namun sesetengah netizen Korea berasa marah kerana pelakon itu menggunakan tanda pagar tersebut, di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa marah dan ada yang berkata “Saya tidak mahu lagi menonton drama anda”, “Anda tidak layak menerima cinta dari China” dan banyak lagi.
Sebelum ini pernah juga timbul isu YouTuber mukbang Korea ditamatkan kontrak oleh agensi China gara-gara mengatakan kimchi adalah makanan Korea hingga menjadi perbalahan antara rakyat Korea dan netizen dari China.
Fuh susah juga macam ni kalau semua kaki claim. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak 12 Oktober kelmarin, Tahyul mula menemui rakyat Malaysia pada setiap jam 10 malam bagi beberapa minggu mendatang.
Tapi tahyul bukan sebarang tahyul tau..
Tahyul yang dimaksudkan ialah drama bersiri terbaru yang sedang memeriahkan slot Samarinda di saluran TV3. Agak pelik kan apabila drama bergenre kisah remaja seram ini ditayangkan menerusi slot ini. Mungkin sebab itulah Tahyul sudah menjadi perbualan peminat drama tempatan sejak episod pertamanya lagi.
Secara ringkasnya, Tahyul mengisahkan tentang sekumpulan pencipta kandungan remaaj atau content creator di sebalik akaun laman sosial ‘Tales Of Tahyul’. Kali ini, mereka merancang untuk merakamkan aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.
Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan warganet. Orang kata, clout chaser lah ni demi menjana pendapatan secara muda menerusi dunia digital. Malangnya, mereka tersilap langkah dengan rancangan tersebut apabila lokasi yang dipilih mereka itu sememangnya dihuni makhluk halus.
Lakonan dan penipuan kumpulan ‘Tales of Tahyul’ ini bertukar menjadi tragedi setelah mereka mula menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu.
Jalan cerita menarik Tahyul ini dikemudi oleh pelakon yang semakin meningkat naik, Aniq Suhair. Membawakan watak Afiq, Aniq juga ditemani para pelakon baharu lain seperti Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin a.k.a Cik B, Wani Kayrie, Adly Sofwan dan Shah Khan.
REMAJA sempat mendekat Aniq minggu ini untuk bertanyakan mengenai pengalamannya yang terpilih untuk memegang watak utama sebuah drama buat kali pertama. Iyalah, sebelum ini Aniq mencuri tumpuan menerusi drama seperti Tak Sempurna Mencintaimu dan Lelaki Lingkungan Cinta. Namun dia hanya menggalas watak pembantu lelaki saja dalam dua drama tersebut.
So Aniq, kecut tak? Hehe, lagi-lagi bila melakonkan drama bergenre seram seperti Tahyul.
“Tahyul amat berlainan dengan drama lakonan saya sebelum ini dari segi jalan cerita dan karakter yang saya bawakan. Nak kata saya takut disebabkan genre seramnya, tidak juga memandangkan ini bukanlah kali pertama kali saya memasuki set projek bergenre seram. Tapi rasa takut mungkin hadir daripada cabaran peranan sebagai Afiq.
“Afiq boleh saya kategorikan sebagai watak yang cukup berbeza. Ditambah pula jalan cerita Tahyul yang agak berat tapi menyeronokkan, saya cuba membawanya sebaik mungkin walaupun baru bergelar pelakon baharu,” ulas finalis Hero Remaja 2020 ini.
Pada masa yang sama, Aniq juga merasa teruja kerana kembali digandingkan dengan Cik B. Gandingannya bersama anak dara pengasas kosmetik terkenal itu menerusi Lelaki Lingkungan Cinta sebelum ini pernah mencetuskan fenomena. Tidak sangka mula jodoh mereka kuat untuk kembali bersama dalam set lakonan.
“Happy sangat-sangat. (Ketawa) Iyalah kami pernah ‘berkahwin’ kan dulu. (Ketawa) Jadi sekarang dapat jumpa balik tapi setakat berkawan sajalah menerusi drama Tahyul ini.”
Tambah Aniq lagi, dia begitu senang berkerjasama bukan saja dengan Cik B tetapi juga para pelakon lain serta kru produksi Tahyul. Banyak perkara yang dapat dipelajarinya menerusi pelakon yang lebih senior seperti Aidit Noh, Tania Hudson, Fauziah Latiff dan Rozita Che Wan.
Buat masa ini, produksi Tahyul masih sibuk menjalankan penggambaran biarpun ia sudah mula ditayangkan di televisyen. Tak mustahil jumlah episodnya boleh dipanjangkan lagi sekiranya penerimaan daripada penonton adalah luar biasa.
Jadi, jangan lupa untuk berikan sokongan dan saksikan Tahyul yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam; di slot Samarinda TV3 atau di Tonton. Korang juga boleh menontonnya di laman YouTube TV3 Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pengikut setia dan rakan artis yang tidak putus mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, rakan pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu yang juga aktres popular, Ungku Ismail, ada berkongsi perkembangan terkini Nad menerusi satu hantaran video yang dimuat naiknya di Instagram.
Menurut pelakon naskhah popular Aku Yang Kau Tinggalkan itu, Nad masih dalam proses pemulihan dan dirinya juga perlu banyak berehat.
“Keadaan Nad bertambah baik, dia masih dalam proses pemulihan. Bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi perkembangan setiap hari kerana Nad perlu banyak berehat.
“Selain itu, atas permintaan keluarga juga, saya tidak boleh berkongsi secara terperinci tentang keadaannya sekarang ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ungku turut memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal yang telah dilancarkan sebelum ini berjaya mengumpul sebanyak RM 270,000 hasil sumbangan orang ramai.
“Sebahagian wang tersebut digunakan untuk menampung kos rawatan hospital. Apa sahaja kos rawatan dan ikhtiar menggunakan wang sumbangan itu. Dalam hadis juga ada menyebut sedekah adalah cara ikhtir ketika sakit.
“Maka wang itu telah diinfaqkan atas nama Nad Zainal kepada rumah tahfiz, masjid serta golongan yang memerlukan.
“Wang selebihnya akan digunakan untuk menampung hidup Nad selepas keluar hospital nanti kerana dia tidak boleh terus berlakon dan dinasihatkan untuk berehat di rumah,” tambahnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.