Baru-baru ini, pelakon jelita terkenal, Anna Jobling tampil menjawab dakwaan mengenai isu salah guna gambar melibatkan dirinya yang tular di media sosial, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat termasuk tuduhan tidak berasas kononnya beliau telah menukar agama.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (26), beliau memilih untuk tidak melayan perkara yang dianggap tidak berasas itu dan mengambil pendekatan untuk menjaga ketenangan diri berbanding memberi reaksi berlebihan.
Beliau juga mengakui tidak terlalu terkejut dengan situasi tersebut memandangkan fenomena fitnah dan penyalahgunaan kandungan semakin berleluasa di media sosial, terutamanya melibatkan selebriti tempatan.
@remaja.my Anna memilih untuk tampil bersuara bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul akibat penyalahgunaan gambarnya oleh pihak tertentu✌🏻 Pada masa sama, Anna turut mengulas dakwaan berkaitan percutiannya baru-baru ini yang menjadi bualan ramai🌿✨ #MajalahRemaja#Remaja#RemajaMalaysia♬ original sound – Remaja
“Sudah lah tu, tak ada kerja ke, sumpah benda itu fitnah. Saya pun sudah block akaun tersebut, sebab saya tiada masa nak layan semua tu dan saya rasa bukan saya sahaja yang kena tetapi ada beberapa selebriti lain yang kena benda sama,” kata Anna ketika ditemui pihak media di pelancaran koleksi ‘Pulang’ Raya 2026 Tomei di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Ads
Pada masa yang sama, bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019 itu turut membuka sedikit ruang mengenai dakwaan dirinya sedang bercinta dengan seorang selebriti dari Indonesia, namun menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum.
Selain itu, menurutnya kebahagiaan diri adalah keutamaan selagi tidak mengganggu sesiapa dan disokong oleh insan terdekat dalam hidup.
“Kalau saya rasa saya nak kongsi, saya akan kongsi, selain itu doakan yang terbaik untuk saya” jelasnya ringkas.
Tambah Anna lagi, setiap perkara yang dikongsikan di media sosial dibuat atas kesedaran sendiri dan bukan bertujuan untuk mencetuskan spekulasi berlebihan, sebaliknya sekadar berkongsi momen yang dirasakan wajar untuk tatapan umum.
Ads
Dalam pada itu, pelakon filem Lembayung dan Sukma itu turut menafikan dakwaan mengatakan percutian yang dikongsikan sebelum ini membawa maksud hubungan romantik bersama individu tertentu, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah percutian bersama rakan-rakan dan keluarga selepas jadual kerja yang padat sepanjang tahun.
Tegasnya, beliau berhak menikmati kehidupan peribadi dan kebahagiaan sendiri seperti individu lain, selagi tidak mengganggu mana-mana pihak dan masih dalam batas yang wajar.
Ads
Anna Jobling di pelancaran koleksi ‘Pulang’ Raya 2026 Tomei
Di samping itu, sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat, sekaligus berharap orang ramai dapat menghormati ruang peribadi beliau sebagai seorang anak seni yang juga manusia biasa.
Dalam perkembangan terkini, Anna baru sahaja selesai menjalani penggambaran di Indonesia bagi sebuah projek khas arahan pengarah tersohor, Erma Fatima yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Umie Aida, Puteri Sarah serta dua pelakon terkenal Indonesia, Lukman Sardi dan Bara Valentino.
Difahamkan, projek berkenaan dijangka menemui penonton pada bulan Ramadan akan datang. Selain itu, Anna juga kini terlibat dengan beberapa projek lain termasuk pembikinan filem di Indonesia serta drama baharu di Malaysia, sekaligus membuktikan namanya terus mendapat tempat dan kepercayaan dalam industri hiburan serantau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri Ghosbuster bakal kembali menemui penonton di pawagam dengan filem terbaharu, Ghostbusters: Afterlife.
Menceritakan tentang seorang ibu tunggal dan dua anaknya yang tiba di sebuah bandar kecil, mereka mula menemui kaitan dengan hantu asal dan warisan rahsia yang ditinggalkan oleh datuk mereka. Filem terbaharu ini merupakan kesinambungan dari Ghostbusters 1984.
Foto: Sony Pictures
Dibintangi oleh Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Annie Potts dan Paul Rudd, Ghosbusters: Afterlife bakal menemui penonton pada 2 Disember 2021.
Foto: Sony Pictures
Istimewanya bagi filem ini, kami nak berikan merchandise eksklusif dan tiket tayangan perdana kepada penonton bertuah yang berjaya menjawab soalan mudah di bawah. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
Tarikh: 30 November 2021 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC Tropicana Gardens Mall
Merchandise istimewa Ghostbusters: Afterlife
5 x Ghostbusters: Afterlife Inkfill Pin Badge
5 x Ghostbusters: Afterlife Stay Puft Squishy Phone Mascot
5 x Ghostbusters: Afterlife Glow In The Dark Sticker Set
1 X Ghostbusters: Afterlife Retro Ecto-1 Plate Keyring
1 x Ghostbusters: Afterlife Phone Ring
1 x Ghostbusters: Afterlife Stay Puft Squishy
1 x Ghostbusters: Afterlife Ecto-1 Wall Mount License Plate
5 pasang tiket tayangan perdana Ghostbusters: Afterlife
StickersPhone RingStay Puft Squishy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop popular, Jungkook BTS baru-baru ini mendedahkan pandangannya mengenai perkahwinan ketika sedang berinteraksi bersama peminat dalam satu sesi siaran langsung, sekaligus mencuri perhatian ramai peminat di seluruh dunia.
Menerusi sebuah video siaran langsung di aplikasi Weverse, Jungkook atau nama sebenarnya Jeon Jungkook (29) berkata bahawa beliau ketika ini masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, walaupun sering menerima pelbagai reaksi dan gurauan daripada peminat.
Dalam siaran yang sama, suasana menjadi lebih santai apabila seorang peminat secara berseloroh melamarnya, sebelum Jungkook membalas dengan nada bergurau namun tegas.
“Jangan cakap begitu, “kahwinlah dengan saya”. Saya belum ada rancangan untuk berkahwin lagi. Berhenti bercakap tentang perkara itu,” katanya.
Jungkook dalam siaran langsung baru-baru ini di Weverse
Jungkook : “don’t say that marry me. I still don’t have plans to get married!!! tell that to yoongi!!!!!
ask yoongi hyung to marry you!!!!”
Pelantun lagu ‘Se7en’ dan ‘Yes or No’ itu kemudian mencetuskan gelak tawa apabila menyambung gurauannya dengan menyebut bahawa peminat mungkin boleh cuba melamar ahli BTS lain iaitu Suga, sekaligus menjadikan suasana siaran langsung itu lebih santai dan menghiburkan.
Sebelum itu, Jungkook turut berkongsi pengalamannya selepas menjayakan konsert di Madrid, Sepanyol, apabila beliau memuji semangat luar biasa peminat ARMY di sana yang disifatkan memberikan tenaga tambahan sepanjang persembahan berlangsung.
Dalam perkembangan berkaitan, nama Jungkook sebelum ini turut menjadi perhatian selepas timbulnya pelbagai spekulasi mengenai hubungan peribadinya yang mengaitkan dirinya dengan ahli kumpulan Aespa, Winter sekitar Disember tahun lalu.
Khabar angin tersebut mula tersebar selepas wujud dakwaan seperti kehadiran di konsert yang sama, penggunaan simbol atau tatu yang dikatakan sepadan, serta persamaan pada identiti media sosial, namun perkara itu tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak.
Sehingga kini, kedua-dua pihak mahupun agensi yang mewakili mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai spekulasi berkenaan, sekaligus menjadikan ia kekal sebagai khabar angin dalam kalangan peminat.
Sumber: Weverse
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang demi seorang bintang Kpop meninggalkan peminat pada usia yang masih muda.
Terbaru, peminat kumpulan ASTRO dikejutkan dengan laporan pemergiaan salah seorang ahlinya, Moonbin kira-kira jam 8 malam pada hari Rabu, 19 April 2023.
Balai Polis Gangnam Seoul memaklumkan jejaka berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa di kediamannya yang terletak di daerah Gangnam, Seoul. Pengurus Moonbin yang menemui jasad mendiang segera menghubungi polis.
Berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki Moonbin telah bertindak membunuh diri. Begitupun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca rasmi kematiannya.
“Kami sedang membincangkan kemungkinan untuk melakukan bedah siasat bagi menentukan punca kematian dengan tepat,” kata wakil pihak berkuasa di sana.
Moobin&Sanha Foto Via NME
REMAJA diifahamkan yang Moonbin dijadualkan membuat persembahan di Dream Concert sebelum pemergiannya.
Persembahan itu merupakan salah satu promosi yang sedang dibuat untuk grup subunit ASTRO bernama Moobin&Sanha.
Sejak 18 Mac lalu, Moobin&Sanha telahpun memulakan acara bersiri Fan Con Tour: (Diffusion) di Seoul, Korea Selatan sebelum ke Manila (Filipina) pada 25 Mac, Bangkok (Thailand), 8 April dan Macau (China) pada 22 April kelak.
Perjalanan Seni
Moonbin atau nama sebenarnya, Moon Bin dilahirkan di Cheongju, Chungbuk. Sejak usia muda, mendiang telahpun memulakan langkah sebagai anak seni menerusi kerjaya sebagai model kanak-kanak pada tahun 2004.
Dia juga pernah muncul dalam video muzik Balloons oleh kumpulan TVXQ pada tahun 2006 diikuti menerusi drama Boys Over Flowers pada tahun 2009.
Moonbin kemudia tampil sebagai salah seorang daripada enam orang anggota kumpulan Astro pada tahun 2016. Dia bagaimanapun membuat keputusan berehat seketika pada tahun 2019 atas faktor kesihatan sebelum kembali aktif setahun kemudian dan menjadi hos bagi program bersiri muzik Korea popular, Show Champion.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!