Zara Aaliya, seorang atlet muda yang menakjubkan, telah mengukir namanya dalam sejarah olahraga dengan merangkul gelaran juara dunia Jujitsu B11. Keberhasilannya ini bukan hanya mencerminkan bakat alaminya, tetapi juga dedikasi dan kerja keras yang telah ia tanamkan selama berusaha bersungguh-sungguh.
Zara juga merupakan anak kepada legenda skuasy negara, Azlan Iskandar. Jadi bak kata pepatah ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi yang mana bakatnya dalam sukan dan menjadi wakil negara persis seperti bapanya.
Ads
“Saya suka sukan ini sebab ia bukan sahaja mendisiplinkan tapi beri saya keyakinan dan saya dapat ramai kawan” – Zara
“Awalnya saya kurang bersedia ketika baru menyertai sukan ini, tapi lama kelamaan saya cuba jadi lebih baik dengan kerap buat latihan dan sekarang saya mahu dapatkan black belt dan red” – Zara
Dalam pada itu, Zara juga berimpian untuk mara ke Asian Games dan ingin memenangi pingat emas.
Ads
Semangat atlet muda itu sememangnya mewarisi bakat serta semangat kompetitif yang mengagumkan dari bapanya. Dengan dedikasi yang sama, dia telah membuktikan dirinya sebagai seorang atlet muda berbakat yang menonjol di peringkat dunia, menggabungkan teknik yang cemerlang dengan ketekunan yang luar biasa dalam perlawanan.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cuba baca perbualan antara dua orang remaja lelaki ini di sebuah pasar raya.
Remaja A: Siapakah gadis cantik yang sedang memilih baju di hujung sana? Alangkah baiknya jika aku boleh mendekatinya.
Remaja B: Aku juga ingin berkenalan dengan gadis itu, tapi aku malu. Hanya melihat dari jauh sajalah.
Remaja A: Tak mengapa. Kita cuma ingin berkenalan sahaja.
Perbualan remaja di atas walaupun nampak biasa, namun jika diteliti, mereka telah menggunakan pelbagai kata penegas untuk menjelaskan hasrat dan keinginan mereka untuk berkenalan dengan seorang gadis. Pengunaan “kah”, “juga”, “hanya” dan “cuma” merupakan contoh kata penegas yang terdapat dalam dialog di atas. Kata penegas ialah kata yang memberikan penekanan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Hal ini bermakna kata penegas berfungsi menjelaskan, menentukan atau menerangkan bahagian tertentu dalam ayat.
Kata penegas juga disebut sebagai partikel. Maknanya dapat dipastikan dengan jelas setelah digunakan dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas iaitu, penegas frasa predikat dan penegas frasa nama. Penegas frasa predikat hanya akan berlaku jika predikat atau bahagian-bahagian lain yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan predikat. Penegas frasa nama pula bersifat bebas dari segi kehadirannya sama ada hadir pada bahagian subjek atau frasa predikat. Contoh ayat dapat diperlihatkan seperti yang berikut:
Siapakah yang memenangi tempat pertama?
Apatah kurangnya peserta kedua itu.
Alangkah baiknya jika dia ada di sisi.
Aku pun tidak dapat ke sana.
Hanya senyuman yang dapat kuberikan padamu.
Dia masih lagi berada di pejabat walaupun hari sudah lewat malam.
Anis dan Ainin memang gemar makan nasi kandar.
Meskipun ada banyak halangan aku tetap pergi jua.
Saya juga ingin mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
Saya cuma ingin mengemukakan pendapat.
Berdasarkan contoh ayat di atas, kita boleh memahami bagaimana kata penegas itu berperanan dalam ayat. Melalui ayat (1) telah berlaku penegasan frasa predikat iaitu penggunaan partikel “kah”. Ayat itu sepatutnya berbunyi “pemenang tempat pertama itu siapa”. Kata penegas telah digandingkan dengan kata tanya “siapa” menjadi “siapakah” untuk memberikan penegasan kepada kata tanya tersebut. Maka dengan itu frasa predikat ini perlu melalui proses pendepanan. Ayat (9) pula menunjukkan penegas frasa nama melalui penggunaan “juga” yang terletak di hadapan kata nama.
Daripada penjelasan ini, diharapkan pembaca, khususnya remaja dapat memahami fungsi dan penggunaan kata penegas dalam pertuturan seharian.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh DR. HAJAH NOOR ZILA BINTI MD. YUSUF
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar duka masih menyelubungi seluruh negara sejak malam tadi apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam, pada usia 85 tahun.
Sepanjang enam tahun memimpin negara, Tun Abdullah bukan saja dikenang dengan pendekatan kepimpinan yang tenang dan berhemah, tapi juga kerana satu slogan yang sampai sekarang masih segar di ingatan rakyat iaitu ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ menjadi simbol pentadbiran beliau yang fokus pada pembangunan menyeluruh dari segi ekonomi, pendidikan, sains, hingga nilai kemanusiaan.
Pendekatan gaya kepimpinan beliau sangat berbeza dan Tun Abdullah tidak memilih untuk garang atau populis, sebaliknya percaya bahawa kejayaan negara bermula dari pembangunan insan. Disebabkan itu jugalah beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan dan sentiasa ingin memastikan anak muda negara ini mempunyai ilmu, etika dan jiwa besar.
“Apabila kita berjaya mencapai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang, walau sekecil manapun bilangan kita, walau sebesar manapun perhimpunan, walau di bumi mana kita berada, walau di bawah langit mana kita bernaung, kehadiran kita akan dirasai dan diberi penghormatan,” begitulah petikan ucapan beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO ke-56 pada 2005.
Dalam pada itu, Tun Abdullah turut disanjung kerana menjadi salah seorang pemimpin yang tidak suka menunjukkan kuasa dan memilih pendekatan yang lebih lembut, bijak dan berjiwa rakyat.
“Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama saya,” antara kata-kata keramat yang membuktikan gaya kepimpinan beliau yang inklusif. Pada awal pentadbirannya beliau juga jelas mahu rakyat, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik bekerja bersama-sama dalam membangunkan negara.
Selain itu, beliau turut memperjuangkan integriti dan ketelusan dengan melancarkan Pelan Integriti Nasional serta menubuhkan Institut Integriti Malaysia. “Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral, etika dan integriti,” katanya sewaktu pelancaran pelan tersebut — satu mesej yang masih relevan hingga hari ini.
Tun Abdullah juga menaik taraf BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah. Malah, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap PDRM membuktikan iltizam beliau untuk memperbaiki institusi negara demi kebaikan rakyat.
Walaupun kini Pak Lah sudah pergi meninggalkan rakyat Malaysia, semangat yang dibawa beliau pasti masih kekal hidup. Slogan ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ bukan sekadar kenangan, tetapi menjadi prinsip hidup dan pentadbiran akan kekal dikenang generasi muda. Kami di REMAJA mengucapkan salam takziah dan terima kasih atas segala jasa Pak Lah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman, Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amaran hujan lebat Kelantan dan kawasan sekitarnya semakin membimbangkan apabila MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hingga esok. Kelantan dan Terengganu kini antara negeri yang paling teruk terjejas, dan remaja di kawasan terbabit perlu lebih peka kerana risiko banjir meningkat dengan sangat cepat.
Dalam kenyataan rasmi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa beberapa daerah di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, serta Besut di Terengganu, kini berada di bawah Amaran Bahaya (Merah). Keadaan ini membawa maksud hujan dijangka turun tanpa henti sehingga esok, menyebabkan paras air sungai boleh meningkat secara drastik dalam masa singkat.
Kawasan Berstatus Amaran Bahaya (Merah)
Daerah-daerah berikut kini mencatatkan hujan berterusan tahap paling kritikal:
Tumpat
Pasir Mas
Kota Bharu
Bachok
Pasir Puteh
Besut (Terengganu)
Penduduk kawasan ini diminta bersiap-siaga kerana hujan berterusan boleh menyebabkan limpahan sungai, banjir kilat, hakisan tebing sungai dan gangguan keselamatan awam.
Negeri Lain Turut Menerima Amaran Buruk (Jingga)
Selain Kelantan dan Terengganu, beberapa negeri lain yang turut terjejas berada di bawah Amaran Buruk (Jingga), iaitu:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak (Kerian, Larut, Matang & Selama)
Beberapa daerah tambahan di Kelantan dan Terengganu
Amaran Buruk bermaksud hujan lebat dijangka berterusan, dan kawasan rendah berisiko tinggi dinaiki air. Orang ramai disaran mengelakkan sebarang aktiviti luar, terutama yang melibatkan sungai, tasik atau laluan berbukit.
Foto: Malaysia Dateline
Amaran Waspada (Kuning) Untuk Kawasan Pedalaman
Hulu Perak, Manjung, Gua Musang dan kawasan tanah tinggi serta pedalaman Pahang seperti Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Kuantan pula berada di bawah Amaran Waspada. Walaupun risiko banjir tidak setinggi kawasan merah dan jingga, keadaan cuaca tidak menentu boleh berubah dengan cepat.
MetMalaysia turut mengingatkan bahawa hujan berterusan di kawasan tinggi boleh menyebabkan kejadian kepala air atau tanah runtuh.
Amaran MetMalaysia Untuk Orang Awam
MetMalaysia menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan rendah, tepi sungai dan laluan yang sering dinaiki air supaya mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Ini termasuk:
Mengelakkan kawasan berbahaya ketika hujan lebat.
Menyimpan dokumen penting dalam bekas kalis air.
Bersedia untuk pemindahan jika keadaan memerlukan.
Menyimpan lampu suluh, powerbank dan radio kecemasan.
Memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat.
Penduduk juga disarankan memeriksa kemaskini cuaca setiap dua jam melalui aplikasi MyCuaca atau Telegram MetMalaysia bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan terkini.
Untuk Remaja Di Kawasan Terjejas, Tolong Jangan Ambil Risiko
Untuk remaja khususnya, banjir bukan masa untuk bermain air atau merakam konten media sosial. Arus deras yang nampak cetek boleh membawa serpihan berbahaya, kabel elektrik terdedah, malah haiwan berbisa seperti ular dan lipan yang mencari tempat selamat.
Jika tidak perlu keluar rumah, kekal di dalam rumah. Sentiasa utamakan keselamatan diri dan keluarga. Pastikan telefon sentiasa dicas, maklumkan lokasi kepada ibu bapa atau penjaga, dan elakkan berada di kawasan sungai atau parit.
Musim tengkujuh tahun ini dijangka lebih agresif daripada biasa. Dengan meningkatnya amaran hujan lebat Kelantan dan negeri lain, semua orang perlu kekal waspada.