Program Raya INTELLECTXCHANGE meraikan pelajar pascasiswazah antarabangsa China telah diadakan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia merupakan satu langkah yang membanggakan dalam memperluaskan jaringan budaya Malaysia kepada pelajar antarabangsa.

Majlis santai ilmiah dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan serentak tidak hanya memberi peluang kepada pelajar antarabangsa untuk merasai kehangatan sambutan tradisi dan kebudayaan Malaysia, tetapi ia juga mejadi ruang kepada para tetamu untuk berkongsi pengetahuan, motivasi, dan inspirasi.

Pelajar Antarabangsa Pancasiswazah SCIMPA UUM 2024 Diraikan Dalam Program Raya INTELLECTXCHANGE

Pelajar Antarabangsa Pancasiswazah SCIMPA UUM 2024 Diraikan Dalam Program Raya INTELLECTXCHANGE

Kemeriahan program ini turut disaksikan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Dekan SCIMPA Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Idzwan Ismail,  dan Dekan Hal Ehwal Pelajar SCIMPA, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin.

IKLAN

Kehadiran mereka menambah seri acara dan menunjukkan sokongan penting dari pihak pengurusan universiti terhadap inisiatif budaya dan pendidikan.

Menurut Dr. Adzrool Idzwan Ismail, inisiatif seperti pengkongsian motivasi dan inspirasi melalui TED-TALK oleh pelajar siswazah, pascasiswazah, dan penggiat industri kreatif Malaysia menunjukkan komitmen SCIMPA dalam membentuk individu yang berdaya saing dan kreatif.

IKLAN

Pelajar Antarabangsa Pancasiswazah SCIMPA UUM 2024 Diraikan Dalam Program Raya INTELLECTXCHANGE

Menceriakan lagi suasana, persembahan oleh staf dan pelajar SCIMPA, bersama dengan artis dari Pusat Budaya dan Seni UUM menambah warna dan keunikan kepada program tersebut.

IKLAN

Selain itu, mengambil semangat Aidilfitri, terdapat sumbangan yang disampaikan kepada pelajar sarjana muda B40. Mereka masing-masing menerima bantuan wang tunai dan juga sebuah tablet

Ini merupakan satu langkah proaktif dalam menghayati nilai-nilai kebersamaan dan berkongsi rezeki, menunjukkan bahawa SCIMPA turut aktif dalam memberi manfaat kepada komunitinya secara keseluruhan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI