Lain benar sifat dan tingkah laku rapper terkenal, Ye aka Kanye West selepas beliau dan bekas isteri, Kim Kardashian memutuskan hubungan sebagai suami isteri pada tahun lalu.
Siri tingkah laku pelik Ye semakin menjadi-jadi pada bulan Februari ini terutamanya menghampiri tarikh sambutan Hari Kekasih yang baru berakhir semalam.
Ye dilaporkan telah memohon agar Kim dan anak-anak mereka kembali ke pangkuannya demi menjadi sebuah keluarga bahagia semula menerusi beberapa muat naik di Instagram semalam.
Dalam salah satu hantaran yang dilakukannya secara tiba-tiba itu, Ye berkata ini bukanlah satu lagi siri perangai peliknya di media sosial tetapi ia merupakan doa yang dipohonnya agar mereka dapat memperbaiki hubungan yang terputus di tengah jalan.
Ads
“God please bring our family back together.”
Malah dalam salah satu hantaran tular di Twitter kini, ramai memperkatakan mengenai foto sebuah kereta pacuan empat roda yang dipenuhi dengan bunga di bahagian belakang; kononnya ia adalah pemberian Ye kepada Kim dengan tulisan berbunyi, “Visi saya adalah jelas,” merujuk kepada keinginannya untuk kembali bersama.
Episod ‘tidak boleh move on’ oleh Ye ini semakin memuncak susulan hubungan Kim bersama kekasih baharunya yang juga merupakan bintang program Saturday Night Live, Pete Davidson telah menjadi rasmi.
Ye didapati telah mencerca Pete selain sanggup mengenepikan peluang kolaborasi bersama rapper, Kid Cudi bagi album akan datangnya, Donda 2 hanya disebabkan Cudi berkawan baik dengan Pete.
Ads
Biarpun Ye mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan perhatian Kim, bintang sosialit dan usahawan kosmetik itu langsung tidak terkesan dengan drama yang dicetuskan Ye.
Kim, 41 dilaporkan menghabiskan Hari Kekasih semalam bersama Pete, 28. Menurut laporan Page Six, Pete telah meyewa kamar teratas di Carlyle Hotel New York dan memenuhkan ruangan kamar tersebut dengan hadiah barangan mewah dan bunga.
Ads
Well, kalau korang diberi pilihan untuk mendapat bunga di atas trak atau di dalam bilik hotel premium, mestilah korang pilih bilik hotel kan? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sah kalau tak ada pasangan atau couple di kampus bukan? Ini seakan dah jadi perkara normal. Biasalah tu, terutama buat seseorang yang pertama kali bercinta. Setiap pasangan pasti ada perangai dia sendiri. Dan kadangkala perangai mereka itu kalau kita lihat memang lebih kurang sahaja.
Nak tahu apakah jenis pasangan yang wujud di kampus?
Jom sama-sama kita tengok 10 jenis pasangan di bawah. Adakah korang terdiri daripada salah satu pasangan di bawah. Hiks!
Paling popular
Sama cantik, sama padan. Mereka berdua ini merupakan pasangan paling popular dan cukup sesuai sekali. Ke mana sahaja mereka pergi pastinya akan menjadi perhatian dan bualan ramai. Ramai yang iri hati dengan mereka berdua, itu perkara pasti. Bagai pinang dibelah dua; si jejaka kapten bola sepak manakala si gadis pula ketua pandu puteri.
Normal
Ini pasangan biasa yang kita lihat. Biasanya couple ini belajar dalam satu kelas atau pun belajar di satu fakulti. Atau mungkin juga percintaan antara senior dan junior. Comel gitu!
Gila berkepit
“Tak rasa rimas ke?” Mungkin itu persoalan setiap orang yang melihat couple ini yang hampir 24 jam sehari asyik berkepit saja. Mereka juga biasanya dah tak peduli akan dunia orang lain – hanyut dalam dunia mereka. Romantis katanya. Blerghhh!
Couple waktu rehat
Kalau bukan waktu rehat memang susah nak tengok couple ini bersama. Di waktu lain mereka lebih senang bersama kawan-kawan. Disebabkan itu juga couple ini sangat disenangi ramai. Bagi mereka berjumpa di waktu rehat atau habis kelas sudah mamadai.
Sempoi Gila
Pada mulanya couple ini hanya kawan biasa. Mereka berdua pua sangat happy go lucky dan tidak peduli kata orang. Suka lakukan aktiviti yang lain daripada orang lain seperti pergi layan gig, main paintball dan panjat gunung. Nak tengok mereka berkasi berkasi romantik di khalayak ramai? Jangan mimpi.
Pasangan ini memang akan sentiasa menjadi misteri kepada semua orang. Si gadis seorang yang cantik sofistikated dan sangat fashionable. Manakala si jejaka pula seorang nerd yang minat komik, video game dan suka kumpul action figure.
Kaki sukan
Di kalangan rakan-rakan kamu pasti akan ada mat dan minah yang sangat aktif dalam bidang sukan. Habis je kelas, memang di padang atau gelanggang sajalah mereka. Dan di sini jugalah mereka bertemu pasangan masing-masing.
Konon malu
Apa akan jadi kalau dua orang manusia pendiam bercinta? Inilah gayanya mereka, waktu keluar dating pun masih malu-malu. Bukan kerana dibuat-buat tetapi itulah personaliti mereka.
Hobi bergaduh
Belum lagi kahwin tetapi berkelahi mengalahkan orang anak 5! Kita sebagai kawan mereka pun terkena tempias. Bila mereka bergaduh dengan kita sekali tersepit di tengah-tengah. Kalau bergaduh satu sekolah pun tahu!
Ulat buku
Ini contoh couple yang boleh kita contohi. Setiap masa mereka berkepit sahaja dengan buku dan tidak hairanlah kalau ingin mencari mereka agak senang. Pasti ada di perpustakaan. Bercinta bagi mereka pun lebih kepada berbincang tentang pelajaran. Pokoknya mereka tidak biarkan cinta menghalang pelajaran. Wow, hebat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap orang akan berdepan dengan perkara ini. Jangan takut dan embrace it dengan terbuka. Ya, semua orang akan jatuh cinta kerana ia adalah satu lumrah manusia untuk mempunyai perasaan sayang kepada seseorang.
Apatah lagi di peringkat usia muda di mana hormon di dalam badan sedang rakus memberontak. Menjalin hubungan cinta memang tidak semudah yang disangkakan. Apa yang korang lihat di dalam filem, drama, komik mahupun godip artis hanyalah gambaran luaran yang tidak semestinya menggambarkan sepenuhnya apa itu erti jatuh cinta.
Hal perasaan begini menjadi satu perkara yang sangat sensitif dan bersifat sangat personal terutamanya bagi perempuan.
Dan dalam bercinta semua orang akan ada melakukan kesalahan kepada pasangan masing-masing sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.
Tetapi terdapat beberapa perkara yang harus korang elakkan. Dan lima perkara ini merupakan kesalahan paling besar korang boleh elak agar tidak berlaku di masa akan datang.
Mengongkong
Ya, semua orang pun akan ada peraaan risau terhadap pasangan. Mustahil kita akan dapat berikan 100% kepercayaan kepada pasangan. Namun, janganlah disebabkan perkara ini korang tenggelam dengan perasaan risau melampau hinggakan mula menunjukkan perangai mengongkong. Percayalah, lelaki cukup pantang apabila orang tak percaya padanya apatah lagi mengongkong. Perangai stalk media sosial dan selongkar telefon pintarnya juga harus dielak.
Manja keterlaluan
No, perangai manja atau keterlaluan korang terhadap pasangan memang buruk. Terutama sekali jika berlebih-lebihan di tempat awam. Manja itu sifat wanita tetapi jika berlebihan ia boleh menjejaskan hubungan korang bersama si dia. Ingatlah bahawa lelaki juga suka perempuan yang ada sikap matang dan pemikiran dewasa. Manja biarlah bertempat.
Mungkin dengan rakan-rakan korang bolehlah nak tunjuk lagak sebagai drama queen. Tetapi dengan lelaki ianya tidak sama. Jangan kerana ada sedikit isu kamu ‘meletup’ dan memperbesar-besarkan keadaan. Kalau sekali dua mungkin dia boleh mengalah dan ikut sahaja fiil korang. Tapi lama-kelamaan, no way. Dia angkat kaki macam tu saja.
Insecure
Ada sesetengah orang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Apa sahaja yang dia lakukan pasti ada saja yang tidak kena. Awas, perangai begini memang sangat bahaya dalam hubungan. Kerana dari sikap insecure inilah akan munculnya perangai cemburu buta dan bersangka buruk. Malah korang juga boleh berdepan dengan ketakutan yang tidak rasional ditinggalkan oleh si dia.
Penting diri
Dalam hubungan setiap pasangan perlulah ada sikap tolenrasi antara satu sama lain. Sebagai contoh, korang berdua perlulah menyokong satu sama lain dalam aktviti harian. Setiap orang akan ada preference mereka sendiri. Contoh korang suka tengok filem romantik manakala si dia pula filem supehero. Janganlah disebabkan korang tak suka superhero korang menolak mentah-mentah bila dia ajak menonton filem begitu. Jika dia boleh ikut kehendak korang mengapa tidak korang, kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Sean Lee meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercintanya yang juga model, Bay Doucet mencuri perhatian warganet.
Walaupun terpaksa menyambut hari lahir Doucet tanpa persiapan yang istimewa, namun pelakon drama hit Keluarga Pontimau itu menyifatkan dirinya tetap merasa bahagia dengan kehadiran isteri tersayang.
“Malangnya hari jadi isteri jatuh pada hari kerja suami. Walaupun biasa-biasa sahaja sambutan kali ini tapi di mana sahaja berada dengan awak semuanya lima bintang.
“Terima kasih sebab hadir dalam hidupku!” coretnya ringkas.
Menjadikan destinasi Raub, Pahang bagi menghabiskan waktu bersama-sama, antara aktiviti yang dilakukan adalah mengambil gambar di sekitar pekan tersebut selain menikmati durian dan ‘steamboat’.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut aktor berusia 30 tahun itu memberi pujian dengan cara pasangan itu meraikan ulang tahun kelahiran tanpa perlu bermewah-mewahan.
“Comelnya, simple but memorable,” komen seorang pengikut.
“Simple itu yang akan dingati oleh isteri. Isteri ini tak mengharap lebih dari suami, cukup dihargai pun dah bersyukur,” komen pengikut lain.
“Suka lah tengok mereka, simple sahaja tapi sweet and just perfect,” tulis lagi seorang peminatnya.
Terdahulu, Sean berkongsi gambar hari bahagianya bersama Doucet di Instagram, sekaligus mengumumkan perkahwinan mereka pada 7 Julai lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.