Sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian sudah melalui bertahun-tahun pengalaman bereksperimen dengan trend fesyen dan solekan. Adakala ia menjadi dan tidak kurang juga beberapa kali di mana Kim tersasar jauh dari trek berdasarkan pemerhatian pengkritik fesyen.
Dengan percubaan tersebutlah, Kim kini dianggap sebagai salah seorang selebriti Barat yang mempunyai momen ikonik dengan pemilihan fesyennya.
Lihat sajalah setiap kali beliau dijemput ke acara fesyen tahunan Met Gala yang dianjurkan oleh Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met New York. Dari dulu lagi stail yang disarungkan oleh Kim akan menjadi topik perbualan termasuklah pada edisi tahun lalu di mana Kim telah mewakili jenama Balenciaga.
Korang tentu ingat lagi akan busana serba hitam ala ninja yang menutupi seluruh bahagian badan Kim termasuklah wajahnya.
Kim Kardashian bersama adiknya, Kendal Jenner di Met Gala 2021.
Disebabkan keberanian Kim untuk menyahut ‘cabaran’ berjalan dengan wajahnya tertutup atas nama fesyen, Kim telahpun menjadi mangsa meme selama berbulan-bulan. Ada yang menganggap dia kelihatan seperti karakter Dementor dalam filem Harry Potter dan ada juga yang menyamakan Kim dengan visual dalam animasi Pokemon.
Ads
Semua orang termasuk kami sendiri beranggapan ia adalah satu lagi eksperimentasi Kim agar seluruh dunia bercakap mengenainya. Rupa-rupanya, busana tersebut bukanlah pilihan pertamanya dan Kim sendiri enggan memakainya.
Dalam temubual bersama majalah Vogue edisi Mac 2022, Kim bercakap mengenai pemilihan idea tersebut setelah dia diyakinkan oleh Balenciaga dan pengarah kreatifnya, Demna Gvasalia.
“(Pada mulanya) saya menentang. Saya tidak tahu bagaimana rupa saya sekiranya dipakaikan topeng sebegitu. Mengapa saya ingin menutup muka sepenuhnya?
Ads
“Tetapi mereka yakinkan saya bahawa ini adalah acara kostum gala. Ini bukannya parti Vanity Fair di mana semua orang perlu menunjukkan muka yang cantik. (Met Gala tahun lalu) mempunyai tema dan tetamunya diwajibkan memakai pelitup muka (selain di karpet merah). Jadi wujudlah idea tersebut,” katanya.
Biarpun wajah Kim langsung tidak kelihatan sewaktu berjalan di karpet merah, Kim masih melantik pasukan jurusolek untuk mempersiapkan solekannya di bawah topeng tersebut.
Selain busana Balenciaga itu, Kim juga sanggup berbelanja besar demi tocang palsunya sepanjang 75 inci itu yang dikatakan bernilai USD10,000.
Agaknya, entah apalah idea Kim bagi acara Met Gala seterusnya?
Adakah gayanya sekali lagi akan dicedok oleh pelakon terkenal, Rozita Che Wan seperti yang dilakukannya di sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur, tahun lalu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peserta pertandingan ratu cantik selalunya akan mencuba untuk terus mencapai tahap terbaik untuk diri mereka. Dari satu pertandingan ke satu pertandingan yang lain, ada yang berjaya mencapai kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya dan ada juga yang langsung gagal mencapai apa yang diperolehi sebelumnya.
Kisah wanita-wanita cantik ini pastinya mengimbau kembali ingatan anda bagaimana kecantikan mereka mempesona dari pentas Miss World ke pentas Miss Universe. Mereka bertiga melambangkan persona seorang wanita yang bukan sekadar cantik namun lengkap dengan minda cerdas.
Pada tahun 2007, tiga wanita dari ceruk benua berbeza, Dominican Republic, Jamaica dan Malaysia telah diumumkan sebagai semifinalis 16 peserta tebaik dari 106 yang menyertai. Walaupun tidak berjaya ke peringkat top 5, mereka kemudiannya meneruskan cita-cita di pentas Miss Universe.
ADA DE LA CRUZ
Ada merupakan yang pertama menyertai pertandingan Miss Universe pada 2009. Dengan kecantikan dan kebijaksanaan yang diserlahkan dia berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 15 peserta terbaik dan kemudiannya diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. Dia yang mewakili Dominican Republic menerima markah tertinggi dalam sesi gaun malam dan kedua tertinggi dalam pertandingan baju renang. Walaupun mencapai markah keseluruhan tertinggi, dia terpaksa akur kalah dengan wakil dari Venezuela, Stefania Fernandez.
YENDI PHILLIPPS
Yendi Phillipps dari Jamaica menyambung kecemerlangan Ada De La Cruz di pentas Miss Universe. Dia mengambil bahagian dalam edisi 2010 pertandngan itu dan menampilkan penampilan cemerlang. Menariknya, dia juga dinobatkan sebagai first runner-up atau tempat kedua. Dia yang cantik menggayakan gaun rona biru terang itu kalah kepada peserta dari Mexico, Ximena Navarette. Menurut maklumat di Instagramnya, Yendi kini merupakan seorang pengacara televisyen di negaranya.
DEBORAH HENRY
Nasib ratu cantik Malaysia ini mungkin tidak sebaik dua lagi rakannya yang bersama-sama bergelar top 16 di Miss World 2007. Dia yang bertanding sekali lagi di pentas Miss Universe 2011 tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya. Ini sekaligus meranapkan impian pageant lovers yang tidak putus menyokongnya walaupun dia antara peserta mega favourite yang disebut-sebut untuk menjadi Miss Universe oleh ramai pemerhati pertandingan itu.
Dek kejadian dia tidak berjaya menembus ke jajaran top 16 di Miss Universe, dia digelar sebagai El Tocuyo bagi tahun tersebut. Gelaran itu diberikan kepada peserta yang menjadi mega favourite namun kandas di tengah jalan. Sehingga kini Deborah menjadi antara wakil Malaysia yang paling menyerlah di pentas Miss Universe dan diingati ramai.
Ramai sebenarnya peserta-peserta Miss World yang berjaya lebih cemerlang apabila menyertai pertandingan Miss Universe. Contoh terbaik adalah Catriona Grey yang mana dia merupakan peserta top 5 Miss World 2016 dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe 2018.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rambut yang panjang memang selalunya sukar diurus. Kusut dan gugur memang menjadi fenomena biasa buat gadis berambut panjang. Tetapi jangan risau, REMAJA ada beberapa cara untuk menangani masalah rambut kusut khas untuk si gadis manis.
1. Basuh rambut
Elakkan daripada sering menyikat rambut. Ini kerana ia akan menyebabkan rambut korang semakin rapuh dan mudah gugur. Sebaiknya gunakan teknik keramas rambut menggunakan jari jemari berbanding menggunakan sikat rambut.
2. Jangan sikat sewaktu rambut basah
Jika korang seorang yang mementingkan kekemasan rambut, elakkan daripada menyikat sewaktu rambut sedang basah atau baru dicuci. Ini kerana, sewaktu rambut basah atau selepas di cuci liang rambut korang akan terbuka dan menyebabkan mudah terputus dari akarnya.
Jadi, sebaiknya biarkan hingga rambut benar-benar kering kemudian baru sikat rambut menggunakan sikat berbentuk berus.
3. Jangan lupa pakai serum
Selain membasuh rambut dan memakai perapi rambut, ada kalanya korang juga perlu membiasakan diri menggunakan serum untuk menyihatkan lagi rambut dan mengekalkan kelembapan agar tidak kering dan menggerbang.
4. Amalkan sikat rambut sebelum tidur
Sebelum tidur, ambil sikat berbentuk berus kemudian sikat rambut dengan perlahan. Untuk kesan yang lebih baik, urut lembut di kawasan kulit kepala bagi melancarkan peredaran darah di kawasan kepala dan kulit kepala. Lakukan amalan ini sekurang-kurangnya dua hari sekali.
5. Gunting bahagian yang rosak
Jika mempunyai masalah ‘kusut’ di bahagian hujung rambut, itu tandanya rambut korang memang kering dan benar-benar rosak. Jalan penyelesaiannya gunting atau trimkan sahaja hujung rambut yang tidak sihat tu. Jangan risau! Rambut baru yang lebih sihat pasti akan tumbuh kembali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, anugerah DFKL 2019 telah berlangsung dengan cukup meriah apabila drama hit tempatan, Nur berjaya menempah beberapa kejayaan besar.
Antaranya termasuklah kategori pasangan pilihan melibatkan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Congrats korang!
Selain menerima pujian dek kerana gandingan mantap mereka, Amyra juga mendapat pujian kerana kelihatan cukup cantik semalam.
Melalui khidmat jurusolek #ahmadanimakeup, Amyra kelihatan cukup cantik dan menonjol walaupun dengan lapisan mekap yang tidak terlalu tebal. Rahsianya adalah 3 langkah yang diaplikasikan pada wajahnya.
Pertama, Amyra menggunakan gincu Lip Color Satin Matte la Nude oleh Tom Ford Beauty. Ia mempunyai warna nude yang cukup berkesan untuk warna kulit perempuan Asia kerana tidak terlalu pucat mahupun terang.
Kedua, Ahma Dani menggunakan The Sheer Pressed Powder dalam tona Translucent 02 dari jenama La Mer. Ada dijual di laman web La Mer dan di Sephora, ia adalah teknik terakhir yang harus korang gunakan pada wajah untuk mendapatkan efek matte tanpa minyak untuk semalam suntuk.
Akhir sekali, juntaian low ponytail oleh Amyra semalam membantu dia untuk menjadikan konsep effortless tersebut terhasil. Ini kerana dress Rizman Ruzaini yang disarung Amyra sudah sedia glamor. Lantas, dandanan rambut sanggul atau ‘kepuk’ beralun boleh membuatkannya lebih berusia.
Gunakan teknik back combpada bahagian belakan dan atas kepala untuk mendapatkan volume sebelum mengikatnya dengan kemas. Kemudian, sempurnakannya dengan hairspray.