Meskipun Kim Kardashian pernah dikaitkan dengan ramai jejaka berpengaruh dan kaya sepanjang kehidupan zaman bujangnya, namun pada 2014, dia akhirnya memilih untuk memulakan kehidupan baru bersama penyanyi rap Kanye West.
Ramai sebenarnya yang tidak pasti sejauh mana pasangan selebriti dan sosialit itu akan bertahan dalam dunia Hollywood. Namun mereka telah berjaya membuktikan bahawa rasa cinta yang wujud di antara mereka adalah benar dan tulus.
Ads
Itu hinggalah pada tahun 2020 di mana khabar angin rumah tangga Kim dan Kanye (atau #KimYe) sedang berdepan masalah bertiup kencang. Mereka dikhabarkan telah mengikut sesi kaunseling perkahwinan. Sejauh mana ia berkesan, tiada siapa yang mempunyai jawapan. Cuma apa yang pasti, separuh kedua tahun 2020 merupakan tempoh yang sukar bagi mereka berdua.
Kim dikatakan sudah bersiap sedia untuk berdepan penceraian. Perancangan itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas Kanye disahkan menghidapi situasi bipolar yang agak serius.
Mereka mengambil keputusan untuk tinggal berasingan selama beberapa bulan di mana Kanye menghabiskan masa di Wyoming manakala Kim di Calabasas bersama anak-anak mereka; North, Saint, Chicago dan Psalm.
Sepanjang tempoh tersebut, Kim dan Kanye masing-masing menghabiskan masa menumpukan perhatian pada kerjaya saja dan cuba untuk tidak memikirkan mengenai potensi penceraian. Malah, mereka pernah cuba untuk menyelamatkan hubungan ini dengan mengikuti percutian keluarga pada akhir tahun lalu.
Ads
Menurut laporan TMZ, buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi sama ada Kim dan Kanye sah akan bercerai atau tidak. Apa yang pasti, perpisahan yang terjadi sekarang bukanlah disebabkan oleh orang ketiga tetapi lebih terarah kepada perbezaan yang wujud di antara mereka.
Setiap yang bergelar pelakon pastinya ingin mencuba kelainan dalam membawa pelbagai watak menerusi naskhah mahupun karya tempatan.
Sama juga seperti seorang aktres tinggi lampai ini, keiinginannya untuk mencuba karakter yang ‘lari’ daripada stereotaip pasti ada untuk tampak lebih versatil sebagai seorang anak seni.
Sempat bertemu empat mata bersama pelakon dan model berkarisma, Alicia Amin, dia idam membawa watak sebagai seorang wanita kampung, yang lain daripada karakter yang diterimanya sebelum ini.
“Ya, saya sangat selektif tetapi pada masa sama saya realistiklah. Saya ada sahaja berlakon cerita yang ‘fun-fun’ dan tak serius sangat.
“Tetapi pada masa sama, saya nak sangat membawa watak sebagai perempuan kampung atau apa sahaja peluang yang diberi buat saya,” katanya kepada Remaja.
Mengulas lanjut, pelakon drama That Cover Girl ini turut memaklumkan sedikit sebanyak dapat mengetahui kemampuannya sebagai seorang anak seni jikalau dirinya diberi peluang memainkan watak tersebut.
“Percubaan melakonkan watak berkenaan sedikit sebanyak dapat mengetahui kemampuan saya boleh atau tidak berlakon untuk karakter tersebut.
“Jadi, saya boleh katakan saya memilih tetapi kenapa dan mengapa saya membuat pilihan itu lain dan mengikut pelbagai keadaan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa yang tak mahu bila habis saja belajar terus dapat tawaran kerja. Dengan keadaan ekonomi sekarang, rasa macam bersalah pula kalau masih ditanggung oleh mak ayah.
Jadi, sehabis mungkin kita berusaha untuk mendapatkan pekerjaan secepatnya.
Untuk membantu korang yang mungkin baru saja menamatkan pelajaran, berikut merupakan perkongsian tip dari Maizatul Afifah tentang bagaimana untuk mendapat tawaran kerja sejurus selepas korang tamat belajar.
Walau bagaimanapun, pastinya ia bergantung kepada rezeki masing-masing. Tapi tak salah kan kalau korang usaha dan berikhtiar.
1. Kemaskini resume
2. Cari peluang pekerjaan
3. Pergi pameran kerjaya
4. Mohon kerja secara online
5. Pengalaman kerja
6. Jangan tolak tawaran interview
7. Minta pertolongan kawan-kawan (bukan guna cable tau!)
8. Don’t give up
9. Paling penting, usaha!
InsyaAllah kalau dah rezeki tak ke mana. Good luck guys!
Ketika mendapat tawaran ke menara gading, Lita merupakan antara insan paling gembira. Boleh dikatakan, dia antara anak kampung yang pertama menjejakkan kaki ke universiti. Sekitar tahun 90-an, dapat masuk ke universiti adalah hal yang sangat membanggakan.
Namun setelah memasuki universiti dan memulakan sesi kuliahnya, Lita sering berasa tidak senang hati. Ini kerana rakan sebiliknya, Aisyah jauh lebih cantik daripadanya dan sering menerima pujian dari rakan lelaki juga perempuan.
Ini sedikit sebanyak membuatkan jiwa Lita tertekan kerana dia juga mahu begitu. Tapi malangnya sebagai orang kampung, sejak remaja kulitnya berjerawat hingga adakalanya tumbuh jerawat batu dan hal ini amat memalukannya.
Aisyah sedikit pun tidak pernah berasa bangga akan kecantikannya, baginya itu satu kurniaan. Namun satu hari, dia menegur keadaan muka Lita yang menurutnya amat kusam dan kata-katanya itu membuatkan Lita terasa hati.
Kehidupan di universiti diteruskan dan Lita semakin mengenali ramai rakan sekuliahnya. Semasa dia di tahun kedua semester satu, dia berkenalan dengan adik junior yang baru masuk, Amira. Mereka berkawan dan menjadi rapat termasuk mengikut Amira balik ke kampungnya di selatan tahah air.
Ketika di sana, kebetulan pula dia melihat orang ramai keluar masuk bertemu nenek Amira. Bila dia berbual dengan Nenek Mah, tahulah dia nenek ini merupakan seorang bidan kampung dan antara pengamal perubatan di sini.
“Nek, boleh ke tolong saya. Saya malu dengan keadaan muka yang tidak cantik dan sentiasa begini.”
“Boleh, nanti nenek pakaikan susuk emas di muka kamu. Tapi ada beberapa syaratnya yang tak boleh kamu langgar langsung. Perlu ingat akibatnya kalau langgar pantang.”
“Boleh nek, saya sanggup lakukan apa saja,” kata Lita sambil mahu tahu apa pantang yang harus dihindarinya.
Malam itu di dalam bilik Nek Mah, tujuh bilah susuk emas dimasukkan ke bahagian muka Lita berserta bacaan yang agak ganjil kedengaran. Satu di dahi, pipi kanan dan kiri, bawah dagu, termasuk hidung kiri dan kanan yang akan menjadikan dirinya kelihatan cantik dan tak nampak tua selagi hayatnya masih ada.
Selesai semua itu, Nenek Mah mengingatkan Lita agar tidak melanggar pantang ini. Antaranya adalah tidak boleh makan semua jenis pisang terutama pisang emas, tidak boleh lalu di bawah ampaian dan terakhir sekali tidak boleh makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya.
Semua syarat-syarat itu Lita persetujui. Menurut Nek Mah jika dia terlanggar pantang, akibatnya amat buruk di mana wajahnya akan bertukar hodoh sehodohnya.
Lita tidak sabar menunggu reaksi orang terhadap dirinya. Orang pertama menegurnya kelihatan cantik ialah Aisyah. Saat itu Lita bangga. Dia sedar susuk itu mula membuatkan dirinya terkenal. Sejak itu, nama Lita menjadi sebutan dan rebutan ramai lelaki termasuk pensyarah. Dia juga mempergunakan kecantikannya itu untuk mengikis duit lelaki.
Ini termasuklah Azman, anak muda dengan Kancil merah yang turut mencuba meraih cintanya. Namun dia menghina Azman kerana hanya mempunyai sebuah kereta kancil merah yang sudah buruk.
Masa berlalu, Lita semakin lupa diri akibat kecantikan tiada tandingan. Sehinggalah pada satu pagi di kampus, dia menyidai pakaiannya di bawah ampaian dan makan sate ketika berada di luar.
Malam itu, dia berasa amat gelisah. Mukanya terasa panas dan mula menggelupas. Menjelang tengah malam, kulit mukanya semakin hodoh, timbul bintik-bintik besar dan amat menakutkan.
Esoknya apabila ke kelas, Lita menggunakan purdah demi menutup malu. Ramai bertanya namun dia tidak menjawab banyak. Lita bertindak meminjam kancil merah Azman kerana mahu ke rumah Nenek Mah semula.
Sampai di sana, Nek Mah berkata tiada apa yang boleh dilakukannya kecuali menghisap darah 40 anak gadis sunti untuk mendapatkan semula wajahnya yang cantik. Satu lagi syarat adalah, darah itu mesti diambil ketika matahari tegak di atas kepala.
Taksub dan terpedaya dengan ilmu syaitan, Lita akur. Dengan kancil merah itu juga, dia mencari mangsa yang terdiri dari pelajar sekolah. Gempar di kampung apabila seorang remaja maut dengan kesan tikaman. Dari satu kes melarat ke 20 kes!
Ramai ternampak gadis berpurdah mengetuk pintu demi pintu dan kemudian pasti akan ada berita kematian dilaporkan. Ketika itu, heboh tentang hantu purdah ini tetapi pembunuhnya kekal misteri sehinggakan pihak polis pening memikirkan adakah misteri pembunuhan ini ada kaitan dengan ilmu hitam. Malangnya tiada saksi dapat ditangkap.
Pada masa yang sama, Lita pula dapat rasakan dirinya kembali muda setiap kali menghirup darah gadis remaja. Dia akan menyamar di sebalik purdahnya menunjukkan dia gadis yang baik sebelum menjerat mangsa. Saat menghirup darah segar itu, mukanya kembali pulih sedikit demi sedikit. Sehinggalah ketika dia hampir menamatkan misi mencari darah anak gadis sunyi, Lita akhirnya diperangkap Bomoh Dollah yang dipanggil untuk menyelesaikan kes ini.
Dalam satu ‘pertarungan’, kedengaran Bomoh Dollah bertempik, “kenapa kau kacau anak cucu aku.” Saat itu hanya hilaian ketawa kedengaran sebelum orang kampung menyaksikan bomoh Dollah berpencak silat seolah-olah sedang bertarung dengan seseorang. Akhirnya selepas lebih kurang setengah jam, Bomoh Dollah meminta sebiji botol untuk mengunci ‘penunggu’ ini.
Esoknya bukan saja keluarga Amira gempar kerana neneknya, Nek Mah ditemui mati dengan mata terbuka dan perut terburai. Di kampus juga kecoh apabila Lita mati dalam keadaan menggerikan dengan lidah terjelir seolah-olah sedang menjilat lantai. Dan sejak itu, tiada lagi berita mengenai gangguan dari Hantu Purdah yang menaiki kancil merah.