Baru sahaja ingin mendaftar untuk suntikan vaksin, seorang pengguna Facebook ini terkejut apabila namanya dikatakan sudah menerima suntikan pertama vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.
Iena Zarina Mustapha telah pun berkongsi kisahnya dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja ingin mendaftar vaksin, tiba-tiba menerusi update di aplikasi MySejahtera menyatakan dia sudah divaksin pada 3 Mac 2021 di klinik kesihatan Selising dan perlu mengambil vaksin kedua pada hari tersebut.
Ads
Jelasnya lagi, kenyataan itu juga mengarut kerana waktu cucuk vaksin itu adalah pada pukul 11.58 malam. Logik ke?
Wanita itu turut mempersoalkan bagaimana aplikasi tersebut boleh tersalah update data dan adakah data peribadi kita sudah tidak selamat lagi?
Ads
Iena turut menjelaskan dia bukanlah seorang frontliner dan apa yang dia tahu, hanya frontliner yang diutamakan untuk mengambil suntikan vaksin sekarang. Tambah pula, cucuk vaksin di klinik Selising yang mana dia sudah setahun tidak memijak bumi Kelantan. Bila telefon katanya doktor sibuk. Wanita ini berharap agar pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu, Unit Promosi Kesihatan Pasir Puteh (UPK) telah pun meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook milik Iena dengan memohon maaf atas kekeliruan ini. Kesilapan berlaku disebabkan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terlibat secara tidak sengaja telah tersalah memasukkan nombor kad pengenalannya.
Ads
Bagaimanapun, pihak UPK juga menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang pencabulan dalam data peribadi. Mereka telah pun memadamkan butiran wanita tersebut sebagai individu yang telah menerima vaksin. Proses validasi sistem dilakukan dari masa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti. Petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin tersebut telahpun dimaklumkan dan datanya juga sedang dikonsolidasi di dalam sistem.
Mahunya tak terkejut kan kalau kita lihat nama kita sudah divaksin walhal baru sahaja nak mendaftar. Diharap masyarakat lebih peka dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada orang ramai.
Mukbang bukan satu benda yang asing lagi zaman sekarang ni bila ramai orang berlumba-lumba buat content makan dengan lahap dan nampak begitu menyelerakan. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.
Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.
Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping sebelum ini menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.
Terbaru, China dilaporkan telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pengunjung di restoran daripada memesan makanan secara berlebihan. Malah undang-undang yang mula dikuatkuasakan mulai Mei lalu melarang merakam atau berkongsi video makan-makan iaitu mukbang.
Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.
Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) kerana menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan pembaziran.
Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini telah menerima pengiktirafan dari organisasi Apolotical berpangkalan di London.
Pengiktirafan ini diberikan kepada mereka di bawah usia 35 tahun yang terlibat dalam pembikinan dasar kerajaan di dalam negara masing-masing.
“Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya saja tetapi kejayaan anak muda Malaysia. Kita semua kini tak boleh dipandang ringan diabaikan. Tetapi patut dilihat sebagai pendorong utama kepada pembangunan negara.
“Saya berbesar hati dengan pengiktirafan World’s 100 Most Influential Young People In A Government, tetapi saya lebih berbesar hati dapat berkhidmat untuk anak muda Malaysia.
“Saya dedikasikan anugerah ini kepada kamu semua!” kata Ahli Parlimen Muar itu.
Pada usia 25 tahun, Syed Saddiq dilihat bukan saja ‘influential’ di media sosial tetapi berterusan berkhidmat demi dasar yang menyebelahi belia. Antaranya termasuklah menurunkan had kelayakan usia untuk mengundi iaitu dari 21 tahun ke 18 tahun.
Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.
Tahniah Syed Saddiq atas pengiktirafan ini. Diharap remaja dan belia negara akan mengambil semangat dan kepercayaan Apolitical ini untuk kita percaya pada diri masing-masing dan terus melangkah ke hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa jam lalu kecoh apabila hangat diperkatakan soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah kertas 2 didakwa telah bocor.
Menurut laporan The Star, beberapa tajuk yang diajukan di dalam kertas 2 mata pelajaran Sejarah bagi SPM sesi 2020 hari ini telah tersebar lebih awal di aplikasi Whatsapp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan pada jam 10 pagi.
(Gambar Hiasan) Pelajar memasuki dewan peperiksaan. Sumber gambar: Astro Awani
Mesej berkenaan yang menampilkan senarai topik-topik dalam bahagian struktur dan juga essei. Antara topiknya ialah Penentangan di Perak, Maritim dan Wawasan 2020. Dan menurut laporan itu lagi, setelah diperiksa topik tersebut sememangnya ada di dalam soalan kertas 2 tersebut.
Untuk pengetahuan umum, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus dan tahun ini, mata pelajaran ini telah diambil oleh lebih 401,000 calon SPM 2020.
Setakat ini tiada lagi maklum balas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai perkara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!