Hujan lebat di Lembah Klang semalam pastinya memberi kembimbangan buat orang ramai kerana khuatir sekiranya berlaku banjir teruk sekali lagi. Beberapa kawasan dikatakan sudah menaiki air akibat hujan lebat yang tidak berhenti dari pagi.
Bagi penduduk Selangor yang berhadapan dengan kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan, Smart Selangor telah berkongsi informasi tentang pihak yang korang boleh hubungi segera. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi C51 Smart Selangor di tujuh talian untuk laporan dan aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Antara talian yang boleh dihubungi ialah 0356500501, 0356500502 dan 0356500503 serta menerusi aplikasi WhatsApp di talian 0108887364. Untuk talian WhatsApp beroperasi 24 jam dan talian telefon sehinga pukul 9 malam.
Ads
Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beerapa lokasi di sekitar ibu negara dinaiki air, antaranya termasuklah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh ke Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail ke Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.
Antara lokasi lain yang terkesan ialah di Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi sementara di Selangor antara yang terkesan dilaporkan di Sekinchan dan Puchong.
Ads
So guys, korang boleh simpan senarai talian yang boleh dihubungi oleh penduduk di Selangor dan sekiranya berlaku masalah banjir dapatkan bantuan dengan segera. Semoga kejadian awal tahun ini tidak lagi berulang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menemui ajal selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.
Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, mengatakan ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengannya.
Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.
Foto Via Pexels
“Isteri saya memaklumkan Nur Asyqin Qistina yang merupakan anak keempat daripada lima beradik pengsan di tempat tidur dengan tangan kanannya memegang telefon pintar yang sedang dicas.”
Al fatihah buat adik Nur Asyqin dan salam takziah buat keluarga. Moga boleh dijadikan iktibar buat kita semua.
Selain jangan main cas handphone ini tip perlu diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Foto Kredit : Via Pexels
1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
Al-Fatihah ( dengan bacaan untuk Nur Asyqin Qistina ). Untuk korang diluar sana, diharap mengambil pengajaran dari ini dan elak cas telefon pintar ketika hujan atau petir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe 2020 yang terbaharu mendapat pelbagai reaksi dari para penonton dan juga pencinta pageant seluruh dunia. Ada yang menyokong kemenangannya dan tidak kurang ada yang mempertikai keputusan juri kerana mendakwa jawapan yang diberikan oleh Miss Universe Peru lebih meyakinkan.
Namun sudah menjadi adat dalam pertandingan, bak kata pepatah ‘Rumah sudah siap, Pahat Masih berbunyi’. Adil atau tidak keputusan tersebut ia telah diputuskan oleh barisan juri profesional yang memilih. Pastinya Andrea memiliki kekuatan yang tersendiri sehingga diangkat sebagai juara.
Lambaian seorang ratu. Sumber gambar: Instagram Andrea Meza
Namun apa yang mengejutkan, timbul pula isu bahawa wanita berusia 26 tahun ini sudahpun berkahwin? Di laman Twitter sudah kecoh dengan reaksi warganet yang mahukan penjelasan kerana syarat pertandingan Miss Universe adalah peserta mestilah tidak pernah berkahwin.
.
.
.
PERKARA SEBENAR
Lelaki yang dilihat bersama Andrea dalam balutan busana perkahwinan tersebut telahpun membuat kenyataan di Insta-story bahawa gambar tersebut merupakan gambar yang diambil untuk kempen pelancongan bagi bandar Chihuahua di Mexico.
Menurut model lelaki yang dikenali sebagai Jorge Saenz itu dalam kenyataannya dia menulis, “Untuk pengetahuan semua, gambar saya bersama Andrea Meza hanyalah penggambaran untuk Chihuahua. Tolong hentikan mesej dan ugutan anda. Gambar tersebut dari tahun 2019 dan bukan lah disunting. Ia hanyalah jenaka. Boleh tengok di profil Instagram @ahchihuahua.”
Warganet ni memang cepat jump to conclusion kan? Tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan satu-satu perkara.
Menguatkan lagi bahawa gambar tersebut hanyalah untuk tujuan promosi pelancongan untuk bandar Chihuahua, jurugambar yang merakam gambar tersebut menerusi hantarannya pada tahun 2019 menulis di hantaran itu dengan kata-kata, ‘Hingga akhir dunia, foto untuk kempen pelancongan’.
Seperti dalam video promosi pelancongan di bawah, anda boleh lihat kelibat Andrea Meza dipeluk Jorge Saenz dalam balutan busana perkahwinan pada saat ke 48.
Kesimpulannya, jangan terlalu cepat membuat andaian! Selain seorang ratu cantik dia juga seorang model profesional.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan suami isteri ini antara yang sering mendapat perhatian masyarakat. Baru saja melahirkan anak ketiga pada 1 Mac lalu, hari ini pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra), empat tahun lalu.
Pastinya berita sebegini amat mengejutkan masyarakat. Sejak dua hari lepas di mana keduanya dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah, di media sosial rata-rata peminat-peminat meminta pasangan ini bersabar di atas ujian Allah.
Pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Bung Mokhtar, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Bung Mokhtar dan isteri, Zizie didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM2.8 juta namun keduanya mengaku tidak bersalah. Gambar Malaysiakini
Bung Mokhtar yang berada di dalam kandang tertuduh itu berkata, “Saya mengaku tidak bersalah dan ingin bicara.”
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Bung Mokhtar didakwa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad telah secara rasuah memperoleh wang suapan keseluruhan RM2.8 juta melalui isterinya Zizie Izette, 41, sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Kesemua wang itu diberi oleh dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama Zizie Izette.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melewati, Kuala Lumpur, antara 12 hingga 19 Jun 2015.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (akta 694) yang boleh dihukum mengikut subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan ikat jamin RM100,000 kepada tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Datuk K Kumarendran yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah ikat jamin yang dikenakan termasuk syarat pasport itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan pasport milik tertuduh diserahkan sehingga kes selesai. Sumber : HARIAN METRO
Pasangan suami isteri ini yang didakwa hari ini selepas didakwa menerima suapan RM2.8 hasil pelaburan FELCRA ke unit amanah Public Mutual Berhad
Sementara itu,MALAYSIA KINImelaporkan isterinya, Zizie Izette A Samad turut didakwa dengan tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Zizie mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasportnya harus diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Azura menetapkan 10 Jun sebagai sebutan semula dan kes akan dibicarakan secara bersama dengan kes suaminya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!