Tomyam putih merupakan variasi tomyam yang terkenal dengan rasa yang lebih ringan dan sup yang jernih berbanding tomyam merah.
Selalu hanya beli di kedai ‘Siam’, tapi lepas tahu cara membuat tom yam putih asli ini, mungkin tak perlu lagi makan di kedai. Boleh buat sendiri resipi tomyam putih tak menggunakan pes dan rasanya lebih sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Eqienura Mokhtar.
Cara buat tomyam putih asli tanpa pes
Bahan tumbuk:
Cili padi – 5-10 biji (ikut citarasa)
Bawang putih – 2 ulas
Tomato ceri – 4 biji (tomato besar lebih baik)
Bahan titik/ ketuk:
Serai – 2-3 batang
Lengkuas – 1 inci
Halia – 1cm
Cili padi – 5 biji
Bawang putih – 3 ulas
Bahan lain:
Udang
Sotong
Bawang holand – potong baji 1/2 biji
Oyster mushroom
Bunga kobis
Dun limau purut
Dun ketumbar (jika suka)
Air perahan limau nipis – biji
Sos ikan
Garam
Gula (jika suka)
Cara membuat:
1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.
2. Bila sudah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. Guna api perlahan saja. Boleh juga masukkan lebih awal bersama bahan tumbuk. Masukkan sekali bawang holand dipotong baji.
Ads
3. Biar seketika kemudian baru masukkan sayur. Jangan tinggal tomato dalam tomyam sebab ia menambah rasa masam. Elok guna tomato besar. Masak semua sampai mendidih.
4. Bila sudah mendidih, masukkan daun limau purut. Jangan masuk daun ini awal, nanti kuahnya rasa pahit dan aromanya hilang. Letak akhir sekali pun tak mengapa.
5. Seterusnya masuk bahan perasa. Sos ikan wajib ada. Tomyam setengah periuk boleh guna satu senduk sos ikan. Kemudian sesuaikan rasa dengan garam. Guna dua bahan ini saja untuk perasa.
Ads
6. Kemudian masukkan seafood, guna udang dengan sotong saja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
7. Sotong masukkan akhir sekali tapi selur dulu dengan air panas sekejap. Seafood masukkan akhir sekali supaya tak overcooked dan liat. Kalau buat tomyam ayam pun sama masukkan akhir sekali.
8. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup atau tak. Kalau kurang masin tambah lagi. Kemudian tutup api.
9. Akhir sekali tuang jus air limau yang dah siap perah. Dah siap!
10. Sebelum hidang boleh letak daun ketumbar. Tapi jangan banyak sebab daun ketumbar ini akan beri rasa pahit dalam tomyam.
Ads
Aroma tomyam ini macam di kedai Siam, rasanya memang tak menghampakan.
-Cara membuat tomyam poktek tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
-Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang Siam tambah gula pes Siam sikit untuk manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak, daun ketumbar jawa.
-Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ tak perlu buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsianya, jadi rasa tomyam manis saja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pakar perubatan kesihatan awam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberi amaran bahawa pemanduan harian yang berpanjangan membawa risiko kesihatan yang ketara, yang berpotensi membawa kepada kematian pramatang.
Menurut Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, risiko kesihatan timbul daripada pendedahan kepada bahan pencemar udara luar, lapor New Straits Times.
Penyakit paru-paru kronik, tekanan darah tinggi, strok, dan asma adalah antara kesan kesihatan berpanjangan yang sering dikaitkan dengan pencemaran udara akibat trafik.
Beliau juga menekankan bahawa pendedahan jangka panjang kepada faktor berkaitan lalu lintas boleh memburukkan lagi penyakit berkaitan jantung, meningkatkan risiko diabetes Jenis 2, dan menjejaskan kesihatan pernafasan.
Selain itu, Dr Sharifa menyatakan bahawa duduk lama di dalam kenderaan boleh menyebabkan sakit belakang, kesihatan leher terjejas, sakit lutut dan pinggul, dan peningkatan risiko edema kaki akibat pengurangan peredaran darah yang lancar.
Sementara itu, Dr Rama Krishna Supramanian, pakar perubatan pekerjaan dan kesihatan awam di Universiti Malaya (UM), berkata tiada garis panduan jelas berhubung jarak atau tempoh perjalanan yang boleh mendatangkan risiko kesihatan.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa kajian Sweden mendedahkan bahawa individu yang berulang – alik selama lebih daripada lima jam setiap minggu berisiko tinggi untuk ketidakaktifan fizikal dan masalah tidur, lapor New Straits Times.
Dr Rama menambah bahawa berulang-alik untuk tempoh yang lama juga boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti anxiety dan kemurungan.
“Tekanan dan stres yang berkaitan dengan berulang-alik di jalan raya, terutamanya melalui lalu lintas yang sesak atau pengangkutan awam yang dipenuhi pengguna lain, boleh menjejaskan kesejahteraan mental seseorang,” katanya.
Beliau berkata perjalanan jauh juga mengurangkan masa yang ada untuk bersenam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: News Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menitipkan nasihat buat generasi muda agar mengutamakan pelajaran walaupun berhasrat untuk bergelar pempengaruh media sosial.
Kata penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu, untuk bergelar pempengaruh bukanlah satu kesalahan tetapi harus mampu memberi manfaat kepada orang ramai juga.
“Mungkin ada sesetengah daripada anda yang merasakan pelajaran ini tidak penting, tak perlu ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan serta sudah tak sabar nak jadi influencer dan sebagainya.
“Jangan lupa untuk terus belajar dan usah putus asa walau apapun keputusan yang kalian dapat. Kalian perlu yakin bahawa sedikit sebanyak ilmu itu akan membawa anda ke mana-mana nanti.
“Masa depan anda akan sangat cerah. Pentingkan pelajaran dulu dan jadikannya nombor satu,” katanya lagi.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila segelintir individu yang berbangga mendapat keputusan SPM yang kurang baik kerana merasakan perkara tersebut tidak penting selepas tamat tempoh persekolahan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, kembali menjadi perhatian netizen apabila satu video lama di TikTok tular semula, memaparkan kisah sebenar di sebalik tanggapan masyarakat terhadap dirinya.
Dalam perkongsian tersebut, Ardell mengakui bahawa sejak dahulu lagi dia sering berdepan pelbagai tuduhan, termasuk dakwaan kononnya dia seorang pengkid atau lesbian.
“Saya sendiri yang datangkan fitnah itu dulu. Orang semua cakap saya pengkid, lesbian.
“Masa rambut panjang ke rambut pendek pun, tetap orang cakap saya lesbian,” ujar Ardell.
Menurutnya, sama ada ketika dia berambut panjang mahupun pendek, pandangan segelintir masyarakat terhadap dirinya tetap tidak berubah.
Meskipun kini sudah berhijab, Ardell berkata masih ada pihak yang menuduh perubahan dirinya itu hanya untuk menutup kisah lama.
“Masih sama, orang anggap saya pakai tudung sebab nak cover daripada isu yang lepas, isu saya suka sesama perempuan,” jelasnya lagi.
Namun begitu, Ardell menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab bukanlah disebabkan oleh persepsi negatif orang lain, sebaliknya lahir daripada keinsafan dan kesedaran dalam dirinya sendiri.
“Sebenarnya saya pakai tudung sebab hati saya sendiri yang nak,” katanya jujur.
Selepas video itu tular, ramai warganet menitipkan doa dan kata-kata semangat agar pemilik nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini terus istiqamah dalam penghijrahannya.
Sekadar info, Ardell Aryana mula berhijab sepenuhnya beberapa tahun lalu dan kini aktif dalam aktiviti kemanusiaan bersama suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!