Bermula 1 Julai 2020, pawagam di seluruh Malaysia sudah pun dibenarkan beroperasi setelah lebih kurang tiga bulan ditutup ekoran daripada wabak pandemic COVID-19.
Tapi sebelum itu, ada perkara yang korang perlu tahu bahawa waktu operasi pawagam kini tidak lagi sama seperti sebelum ini.
Kebanyakan daripada pihak pengurusan pawagam di Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang waktu operasi perniagaan ketika PKPP sedang berlangsung.
Sebelum serbu pawagam esok, apa kata korang lihat informasi ini terlebih dahulu.
Namun begitu, terdapat beberapa cawangan pawagam MBO yang masih tutup sehingga diberi notis pemberitahuan kelak. Antaranya adalah Harbour Place Klang, Space U8, Melaka Mall, U Mall Skudai dan The Spring Kuching.
Diingatkan bahawa hanya individu berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun ke atas tidak dibenarkan untuk memasuki pawagam. Korang juga perlu memeriksa suhu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam premis.
Pihak pawagam juga perlu memastikan kerja pembersihan dan setiap hall perlu disinfeksi selepas tayangan berakhir.
Paling penting, jangan lupa pakai face mask ya. Stay safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Begitulah boleh penulis ibaratkan dengan kemenangan Dewi Natasha Perumal Oddiar sebagai juara sulung MYAirline Miss Borneo yang diadakan baru-baru ini bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.
Selain dinobatkan sebagai juara, Dewi turut memenangi gelaran Miss Congeniality. Seiring dengan kemenangannya Dewi membawa pulang wang keseluruhan bernilai RM6’000, selempang dan sebentuk mahkota.
Gadis kacukan Dusun-India ini merupakan salah seorang daripada barisan penyampai radio ERA Sabah bukanlah asing dalam dunia ratu cantik. Boleh dikatakan dia antara figura popular dan pernah memenangi beberapa gelaran sebelum ini seperti Miss Earth Sabah 2017, Unduk Ngadau Dun Sekong 2019, naib juara Miss Grand Sabah 2020 dan naib juara Unduk Ngadau Dun Paitan 2023.
Kebolehannya untuk berkomunikasi dengan baik dalam dialek tempatan dan antarabangsa mempamerkan kepelbagaian dan pemahaman budaya yang tinggi. Persembahan cemerlang Dewi di atas pentas mencerminkan dedikasi dan kerja kerasnya sepanjang pertandingan.
Meninjau ke akaun Instagramnya, gadis berusia 27 tahun ini berkongsi rasa dan menyatakan rasa syukur apabila dianugerahkan gelaran MYAirline Miss Borneo 2023.
Memetik sedikit perkongsiannya, “Grateful, blessed and thankful. Adakalanya kita tidak mendapatkan sesuatu sesuai yang kita ingini dan rencanakan. Tetapi ingat lah, Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih indah untuk kita.
“I was blessed to have my supportive family as my backbone in this pageant industry! Tanpa keluarga yang sentiasa support saya, mungkin saya tidak akan berdiri sekuat ini dari tahun 2015 sehingga hari ini. To my pretty amazing people who stood right by my side through it all, thank you for always believing in me, loving me and take care of me since 2020 until today.”
Menurut penjelasan di dalam hantaranya itu lagi, Dewi kini bergelar duta pertama dari Borneo untuk jenama penerbangan tambang murah terbaharu itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata pelakon dari Malaysia tidak berbakat dan dihargai?
Hari ini, giliran pelakon kacak Malaysia, Bront Palarae pula untuk membanggakan nama negara selepas dia terpilih untuk membintangi drama bersiri seram original HBO Asia berjudul Folklore.
Selain daripada Bront, Folklore juga akan dibintangi pelakon Jepun, Kazuki Kitamura.
Sebelum ini, Bront Palarae pernah membintangi beberapa filem antarabangsa lain seperti drama bersiri original HBO Asia, Halfworlds dan Pengabdi Setan. Bront juga pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia 23 dan juga Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.
Tahniah Bront!
Menurut HBO Asia, penggambaran untuk drama bersiri enam episod ini telah bermula di beberapa lokasi di sekitar Asia. Apa yang membuatkan drama Folklore berbeza adalah kerana ia bakal dihasilkan oleh 6 orang pengarah Asia berbeza.
Ini bermaksud, setiap episod akan menceritakan kisah masyarakat setempat dan mitos seram berbeza walaupun tema utamanya tetap sama. Ia juga menyaksikan pelakon menutur bahasa tempatan negara masing-masing.
Oh, kiranya Bront akan mewakili kisah seram di Malaysia lah.
Enam orang pengarah yang terlibat untuk drama Folklore ini termasuklah Joko Anwar (dari Indonesia yang terkenal dengan filem Pengabdi Setan), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), Eric Khoo (Singapura) dan Pen Ek Ratanaruang (Thailand).
Dulu korang kenal Ho Yuhang sebagai pelawak iklan kan? Sekarang beliau sudah bergelar pengarah berjaya tau!
Folklore akan ditayangkan pada tahun ini di saluran HBO Asia, secara online dan menerusi aplikasi on demand.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka gadis berbangsa Cina yang pada mulanya hanya menggantikan pelakon di sebuah teater akhirnya ‘jatuh cinta’ dengan industri seni hiburan tanah air.
Lim Mei Fen mengakui dirinya bertuah selepas berpeluang menggantikan watak Puteri Hang Lipo yang sepatutnya dibawakan oleh Dr. Soo Wincci dalam teater Takhta 3 Ratu, satu ketika dahulu. Pada waktu itu, Soo Wincci terpaksa berlepas ke Taiwan untuk konsertnya dan meminta bantuan Mei Fen bagi membawa watak tersebut.
“Pada mulanya, saya berdepan sedikit cabaran kerana saya tidak fasih berbahasa Melayu. Saya betul-betul bernekad untuk mencuba dan menyakinkan kak Erma Fatima bahawa saya mampu membawakan watak itu dengan baik. Saya menghafal skrip sebaik mungkin dan tak sangka selepas itu, saya jatuh cinta dengan dunia teater,” jelas Mei Fen sewaktu dihubungi oleh REMAJA.
Biarpun Mei Fen sedikit lewat memasuki industri seni, dia tidak pernah mempedulikan kata-kata orang sekeliling yang mengatakan dirinya sudah agak berusia untuk memulakan karier sebagai seorang pelakon berkaliber.
“Saya menceburkan diri dalam industri ketika berusia 26 tahun. disebabkan itulah, saya turut melanjutkan pelajaran di Aswara pada usia 27 tahun.”
“Jujurnya, pengalaman saya di ASWARA banyak mengubah kehidupan saya. Di sanalah saya semakin galak berkawan dengan rakan berbangsa Melayu. Mereka tidak lokek mengajar saya cara pertuturan bahasa Melayu yang lebih baik. Walaupun berdepan sedikit kekangan, akhirnya saya berjaya menggenggam juga ijazah sarjana muda saya dalam bidang teater,” kata gadis jelita ini.
Kongsinya lagi, jika pelajar lain memerlukan dua ke tiga jam untuk menghafal skrip, Mei Fen pula mungkin memerlukan 10 jam kerana benar-benar ingin mendalami sebutan dan cara percakapan yang betul.
Perlahan-lahan, Mei Fen mengadaptapsi kepada rutin tersebut dan segala bertambah lebih mudah. Tanpa pengalaman bermakna sepanjang hidupnya itu, mungkin sekali dirinya belum mampu menggarap skil penting dalam lakonan yakni pertuturan yang jelas.
Baru-baru ini, Mei Fen telah memuat naik gambar konvokesyen. Tahniah Mei Fen!
Majlis tersebut sebenarnya sudah lama ditangguhkan dek jadual tugasannya yang tidak mengizinkan. Hanya sekarang baru dia berkesempatan untuk menghadiri majlisnya itu.
“Sebenarnya, saya sudah tamatkan pengajian pada tahun 2018 lagi tetapi ketika itu, saya sibuk dengan teater Tanah Airku dan tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen. Tahun berikutnya pula, saya sibuk melanjutkan pelajaran di Beijing dan seperti yang kita tahu, pandemik COVID-19 pula melanda dunia pada tahun 2020.”
“Asalnya, saya seperti sudah hilang minat untuk menghadiri majlis konvokesyen pada tahun ini sebenarnya kerana tiga tahun telah berlalu sejak saya menamatkan pengajian.
“Namun baru-baru ini apabila timbul pemintaan tular di mana seseorang pelakon kononnya perlu mempunyai 1 juta followers di media sosial untuk diambil berlakon, saya merasakan saya perlu melakukan shout out kepada pemain industri lain dan penonton di luar sana.
“Kaliber seorang pelakon bukan hanya setakat diukur daripada jumlah pengikut. Ilmu juga penting untuk menghasilkan seorang pelakon berbakat yang mampu bertahan lama,” tegasnya.
Baru-baru ini, nama Mei Fen telah menjadi sebutan ramai setelah filem Prebet Sapu yang menampilkannya telah diangkat untuk pencalonan awal Anugerah Academy (Oscars).
Prebet Sapu akan ditayangkan pada 16 Disember 2021 di pawagam seluruh tanah air dan Mei Fen berpendapat ia adalah sebuah filem yang harus ditonton oleh remaja terutamanya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Saya berharap ramai remaja khususnya mereka yang belajar dalam bidang komunikasi massa atau perfileman akan ke pawagam untuk menonton Prebet Sapu. Satu hari nanti, mereka juga akan berada dalam industri. Jadi inilah masanya untuk korang memberi sokongan buat penggiat seni tanah air,” simpul Mei Fen.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.