Terbaru, YG Entertainment telah mencuri perhatian peminat K-pop apabila mengumumkan kemunculan semula BLACKPINK, BABYMONSTER, TREASURE dalam industri hiburan serta kejutan mengenai debut kumpulan-kumpulan baru yang sedang mereka rancang.
Menerusi sebuah video pengumuman rasmi yang menampilkan pengasas syarikat itu sendiri, Yang Hyun Suk membuka bicara dengan kemas kini tentang BLACKPINK.
Menurutnya, kumpulan sensasi, BLACKPINK kini sedang membuat persiapan rapi untuk siri jelajah dunia mereka yang bakal diadakan tidak lama lagi. Walaupun tarikh sebenar belum diumumkan, beliau memberi bayangan bahawa lagu baharu daripada kumpulan sensasi itu akan dilancarkan.
“Meskipun kami belum memiliki tarikh pelancaran, saya fikir kami akan dapat umumkan tentang lagu baru BLACKPINK dengan segera,” katanya.
Kredit: YG Entertainment
Dalam pada itu, BABYMONSTER pula akan kembali menyerlah dengan lagu baru berjudul ‘HOT SAUCE’ yang akan dilancarkan pada 1 Julai ini. Lagu ini difahamkan hanya permulaan kerana kumpulan berkenaan turut merancang untuk mengeluarkan single pre-release kedua sekitar bulan September dan sebuah mini album baharu pada 1 Oktober.
Mini album terbaru BABYMONSTER itu juga bakal memuatkan empat buah lagu secara keseluruhan, termasuk ‘HOT SAUCE’ dan juga single kedua yang dijangka menjadi bualan hangat peminat sekitar bulan September nanti.
Ads
Manakala, bagi TREASURE juga tidak ketinggalan. Yang Hyun Suk mengesahkan bahawa kumpulan lelaki popular ini sedang dalam fasa akhir menyiapkan mini album baharu yang dijangka akan dilancarkan pada 1 September akan datang.
Selain dari itu, mereka akan terus memulakan siri jelajah dunia yang baharu bermula bulan Oktober, menyambung momentum populariti mereka yang semakin terus meningkat.
Ads
Sementara itu, agensi YG juga sedang dalam proses menilai potensi dua kumpulan trainee lelaki dan dua kumpulan trainee perempuan yang kini masih di dalam perancangan untuk debut.
Menurut Hyun Suk, syarikat itu turut merancang untuk melancarkan salah satu boy group tersebut pada tahun hadapan. Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan hasrat untuk memperkenalkan satu girl group terbaru yang hanya terdiri daripada empat ahli.
Bermula 28 Mei ini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat, menggunakan konsep sama seperti yang dilakukan semasa perkenalan ahli BABYMONSTER sebelum ini. Ahli pertama akan didedahkan pada jam 12 tengah malam waktu Korea Selatan.
Intihanya, Yang Hyun Suk menambah kenyataan bahawa mereka juga merancang untuk menghasilkan lagu solo untuk setiap ahli kumpulan gadis baharu ini, sekaligus memberikan ruang untuk menonjolkan bakat individu mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cumanya, kali ini lain sedikit ceritanya. Bukan selebriti tempatan yang diperkatakan dengan ‘imej baharu’ tetapi ia merupakan pelakon Hollywood popular, Jada Pinkett Smith!
Ibu kepada Jaden Smith dan Willow Smith itu telah mengejutkan ramai pihak terutamanya di kalangan peminatnya di negara majoriti Islam.
Menerusi muat naik di Instagram rasmi beliau, Jada seperti berada di atas trek balapan dan mengenakan balutan hijab berwarna jingga bersama baju T putih, jaket denim lengan panjang serta sarong bercorak batik!
Wow, orang Malaysia pun ada yang tak memakai batik seperti ini, tapi Jada sendiri memilih batik untuk dipakai sebagai sarong.
Muat naik tersebut berbunyi, “Apabila kamu di (negara) Timur Tengah melihat Will Smith berlari pada waktu pagi, saya pula dalam mood ‘non glamour glory’ dan Jas Davis ingin merakamkan momen ini..”
Nampaknya, spekulasi yang hangat diperkatakan di media sosial seperti Jada telah memeluk agama Islam atau Jada berniat untuk mengubah imejnya tidaklah tepat.
Jada sekadar ingin menghormati cara pemakaian masyarakat di Timur Tengah.
Begitupun, warganet tampil memuji imej tersebut dengan berkata bahawa Jada peka dengan sensitiviti masyarakat di sana yang tidak berpakaian menjolok mata biarpun berlaianan kepercayaan agama.
Selain itu, ada juga warganet Indonesia yang mula meletakkan ‘claim’ bahawa fabrik batik berasal dari negara mereka. Haihh..
Apapun, ini bukanlah kali pertama selebriti antarabangsa mengenakan hijab untuk tujuan bergambar.
Bagi peminat setia pelakon utama Dilan, mesti korang dah tak sabar menantikan kemunculan filem lakonan terbaru Iqbal Ramadhan dalam Ali & Rat-Ratu Queens. Menjalani penggambaran di kota New York pada dua tahun lalu, filem ini bakal ditayangkan di saluran Netflix pada 17 Jun 2021.
Ali & Ratu-Ratu Queens mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Ali (Iqbal Ramadan) ditinggalkan ibunya (Marissa Anita sebagai Mia) yang mengejar cita-cita ingin menjadi seorang penyanyi di kota New York. Semenjak daripada pemergian ibunya itu, Mia tidak lagi pernah pulang ke Indonesia.
Disebabkan itu, apabila meningkat dewasa Ali bernekad untuk ke New York mencari ibunya dan disitu juga dia berjumpa dengan empat orang wanita Indonesia yang dibintangi oleh Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas dan Happy Salma untuk membantu Ali menemukan semula ibunya itu.
Tidak kekok berlakon bersama barisan bintang ternama Indonesia, Iqbal menyifatkan peranan Ali ini adalah satu tawaran penghargaan buatnya kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon berpengalaman.
“Saya seronok bila berpeluang digandingkan dengan mereka. Banyak perkara yang saya belajar daripada mereka dan mendapat perspektif daripada sudut pandangan wanita. Dengan mereka juga, saya dapat belajar untuk menjadi lebih baik kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman seperti ini,”
“Berada disamping mereka seperti berada bersama ibu sendiri. Saya pegang setiap apa yang diajarkan oleh mereka dan banyak bertanya soalan kepada pelakon-pelakon hebat ini,” jelas Iqbal.
Marissa Anita juga menambah, untuk lebih menghayati karakter ibu dan anak yang dibawa oleh mereka, dia dan Iqbal juga sentiasa bersama bagi mendapatkan keserasian ibu dan anak.
“Sepanjang penggambaran filem ini, saya memanggil Iqbal sebagai Ali dan Iqbal juga memanggil saya Mama untuk mendapat keserasian itu. Adakalanya, sewaktu Iqbal tidak mempunyai babak di set penggambaran, saya memintanya untuk ada di situ juga bagi mendapatkan feel dan menghayati watak lebih mendalam sebagai ibu Ali,” tambah Marissa lagi.
Mempunyai kekangan faktor cuaca yang sejuk, kesemua barisan pelakon mengakui bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah, namun mereka berbangga kerana dapat berlakon di kota besar itu.
Jangan lupa untuk menyaksikan Ali & Ratu-Ratu Queens di saluran Netflix bermula 17 Jun ini. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemuzik dan YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim telah mencuri perhatian ramai apabila mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.
Bukan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Daud Kim memberitahu dia mahu mendekatkan diri kepada yang Maha Esa selain menyifatkan Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.
“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan jiwa dan suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia.
“Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar. Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT. Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia menitipkan harapan agar dirinya dapat terus kekal terus istiqamah menjadi muslim yang sentiasa diredai Allah dalam perjalanan perubahan kerohaniannnya.
“Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati. Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim.
“Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, Insya-Allah. Semoga ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar.
“Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” coretnya panjang menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Bagi yang mengikuti perkembangannya, Daud Kim dilihat aktif berkongsi perjalanan perubahannya menerusi platform media sosial selepas pulang daripada menunaikan umrah buat pertama kali pada bulan April tahun lalu.
Terdahulu, youtuber itu pernah dihimpit kontroversi apabila dirinya mengaku menggunakan nama Islam untuk meraih populariti di media sosial. Bagaimanapun, Daud telah membuat permohonan maaf secara terbuka seluruh dunia kerana mempermainkan Islam demi keseronokannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.