Dari Kuala Pilah ke bumi matahari terbit, itulah kisah penulis dan usahawan bertaraf antarabangsa, Zunita Ramli yang kini menetap di Jepun.
Namanya pasti tidak asing lagi di kalangan warga maya, manakan tidak beliau sangat popular dengan penulisannya dalam ‘Catatan Zunita Di Jepun’ yang mengumpulkan pelbagai kisah dan fakta menarik berkaitan Jepun sangat memberi inspirasi.
Tinggalkan Kerjaya Sebagai Jurutera
Siapa sangka, Zunita tekad meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera sebaik menamatkan pengajian di University of Melbourne, Australia demi meneruskan empayar perniagaannya, Tokyo Organic HQ yang kian berkembag.
Kebetulan ketika itu, permintaan tehadap produk kosmetik menerima sambutan luar biasa secara dalam talian.
Pada mulanya wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berusia 35 tahun ini memulakan langkahnya dalam perniagaan dengan menjadi pengedar sah produk kosmetik Meiko Cosmetics bagi pasaran Malaysia.
Zunita kemudiannya mengorak langah mewujudkan label sendiri iaitu Tokyo Organic HQ. Selain bergelar pengasas, Zunita juga merupakan Pengarah UIrusan Zaineeta Global PLT.
Zunita turut menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat di Jepun termasuk pertubuhan masyarakat serta sering tampil di pelbagai media.
Ternyata, bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah serta graduan University of Melbourne ini berjaya membuktikan bahawa kejayaan memerlukan usaha dan keberanian yang tinggi.
Ads
Memetik perkongsian Zunita di Instagram peribadinya: –
“I dont know where to start, but 2022 definitely gave me a lot. Saya diterima masuk ke salah sebuah universiti di Jepun untuk sambung Master (MBA) dengan full scholarship dari Jepun.
“Kenapa sambung Master? Sebab saya ada misi sendiri dengan Tokyo Organic HQ. I need to learn proper and professional way to do it. Banyak sebenarnya episod jatuh bangun saya dengan Tokyo Organic ni but for the time being, let just keep that to myself.”
Zunita turut berkongsi momen terindah apabila disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 wanita ASEAN yang memberi inspirasi.
“Tahun 2022 juga saya disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 wanita ASEAN yang memberi inspirasi mengejar cita-cita di Jepun oleh Asean-Japan Center dan saya juga banyak terima projek kolaborasi dengan syarikat dan juga agensi kerajaan Jepun alhamdulillah.
“Buku sulung tulisan saya, Catatan Zunita Di Jepun juga diterbitkan tahun ni. Buku ni adalah kompilasi artikel tulisan saya sepanjang beberapa tahun menulis di media sosial.”
Ads
Tak ketinggalan, Zunita turut berpesan agar percaya kepada diri sendiri sepenuhnya dan berwaspada dengan sesiapa saja yang kita percayai.
“trust only yourself 100%”. Tak semua orang betul-betul gembira dengan kejayaan kita dan tak semua orang betul-betul sedih dengan kegagalan kita.
“Be careful of who you trust. Be very careful. I said this twice, cuz I really meant this.
“Saya akan terus menulis, biar pun suatu hari nanti hanya saya saja yang membaca tulisan saya.. Biarlah tulisan ini berbicara dan memberi manfaat sebanyaknya walaupun saya dah tak ada di sini nanti.
“health is wealth. Sebanyak mana pun duit kita dalam dunia ni takkan bernilai kalau kita sakit. Jaga kesihatan sebaiknya, sebab itu amanah Allah.
“Bila sihat, lebih mudah kita beribadah, kan? Sebab ironinya, mati itu pasti. What made you think you will live forever?
“Apa pun, saya sangat berterima kasih pada semua yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Nona.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konflik di pejabat adalah sebahagian dari asam garam dunia pekerjaan. Kadang kala tidak semua perkara kita bersetuju dengan ketua terutama bos kecil (bos yang selalunya merasakan dirinya lebih powerful dari bos CEO). Bos jenis ini biasanya selalu merasakan pendapat dirinya lebih baik dari orang lain dan tidak suka mengambil kira pendapat orang kerana merasakan ideanya jauh lebih baik.
Dilema dalam dunia pekerjaan ini tidak akan pernah habis. Ada antara kita hanya perlu mengadapnya kerana malas hendak cari pekerjaan lain, takut untuk diberhentikan kerja dan lain-lain masalah yang wujud.
Namun satu perkongsian dari Mohd Azizi Abd Rahman mengenai dunia pekerjaan ini boleh kita jadikan inspirasi. Buatlah kerja kerana Allah, bukan kerana mahu dipuji. Baca perkongsiannya.
Assalamu'alaikum bro/sis.
Pernah tak korang rasa tersisih dan diketepikan?
Contoh, boss pilih mereka yang tak selayaknya mengetuai sesuatu program atau projek.
Padahal korang rasa yang paling layak dan paling berpengalaman dalam pengurusan program tu adalah diri korang sendiri.
So, apa korang rasa? Sentap. Sedih. Pilu. Sendu. Tak puas hati. Merajuk. Menyisihkan diri. HEY COME ON GAIS! Meh aku nak share sebuah kisah inspirasi.
Siapa tak kenal Khalid al Walid. Sahabat Nabi yang digelar Pedang Allah.
Ketangkasan dan kecekapan beliau bertarung menjadi kegerunan musuh.
Dalam siri ratusan perang yang diketuai oleh beliau, semuanya berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.
Hebat tak hebat!
Tetapi …
Di zaman Saiyidina Umar al Khattab menjadi khalifah, beliau telah menggugurkan Khalid dari mengetuai gerombolan perang.
Ianya bersebab
Saiyidina Umar mula perasan yang kaum muslimin telah meletakkan keyakinan yang sangat tinggi untuk kemenangan Islam sekiranya ianya diketuai oleh Khalid al Walid.
Kaum muslimin mula berkiblat kepada makhluk. Lupa bahawa makhluk hanyalah menjadi asbab kemenangan.
Mereka lupa segalanya berlaku dengan izin Allah!
Apabila dipanggil mengadap, Khalifah Umar mengatakan bahawa Khalid juga manusia biasa yang apabila terlalu sangat menerima sanjungan dan pujian, ditakuti akan timbul rasa sombong dalam diri.
Sedangkan Allah sangat membenci orang yang memiliki sifat sombong. Ditakuti Khalid akan terjerumus ke dalam api neraka.
"Aku ingin menjagamu, sebab itulah aku memecatmu!"
Gais, korang tahu apa jawapan Panglima Khalid?
Khalid memeluk Khalifah Umar sambil menangis dan berbisik, "terimakasih wahai Khalifah, Engkau saudaraku".
Subhanallah!
Khalid pergi ke medan perang sebagai tentera biasa. Para sahabat hairan. Sudah dipecat dari jawatan Panglima perang, Khalid masih lagi mahu berjuang.
Apa jawapan Khalid al Walid?
"Saya berperang bukan kerana populariti, bukan juga kerana Khalifah Umar, saya berperang semata-mata mahu mencari keredhaan Allah!".
Antara banyak-banyak jenis menu yang menjadi kegemaran rakyat tempatan kita, roti merupakan antara tarikan utama di Malaysia.
Menariknya, berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Taste Atlas, Roti Canai berjaya menduduki tempat pertama sebagai makanan jalanan popular dengan catatan mata 4.9. Siapa yang tidak gemar akan hidangan yang tebar hingga menjadi helaian nipis kemudian dilipat dan dipanggang di atas kuali hingga garing.
Selain roti canai, beberapa hidangan lain yang juga sinonim dengan rakyat Malaysia turut berada dalam carta tersebut seperti pisang goreng, samosa dan beberapa lagi hidangan lain yang mungkin sebahagian daripada senarai itu merupakan hidangan kegemaran kita semua.
Malaysia memang terkenal dengan ‘syurga’ makanan. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua hari lalu, viral kisah seorang ayah meninggal dunia selepas menghantar anak sulungnya ke sekolah agama di SRA Jalan 6 Bangi. Arwah Mohd Idrus Ibrahim, 44 dikatakan mengalami serangan jantung dan kereta Viva yang dipandunya terbabas di bahu jalan dalam kejadian ini.
Ramai yang sayu saat melihat air mata Muhammad Adam Harith, 8 tahun yang berlinangan dengan pakaian sekolah agamanya. Lebih menyedihkan, arwah ayahnya meninggal hanya selepas beberapa minit menghantarnya ke sekolah agama. Dan dalam perjalanan balik ke rumah itulah, kurang dari 1 km dari sekolah, arwah menemui ajalnya.
Air matanya mengundang simpati netizen yang membaca kisah adik Adam ini
Adiknya langsung tidak sempat merasai kasih sayang ayah kerana baru empat hari dilahirkan ketika kejadian Isnin lalu
Lebih menambah rasa sedih, arwah baru saja menerima cahaya mata ke tiga, (ketiga-tiga anaknya lelaki) selain isterinya, Mas Suni Mat Hussin, 35 seorang golongan kurang upaya (cacat penglihatan) sepenuhnya.
REMAJA menghubungi isteri arwah, Mas Suni Mat Hussin, 35 yang kedengaran suaranya agak tenang menjawap setiap pertanyaan.
Mas Suni bertudung coklat tenang berkongsi detik akhir bersama arwah suami ketika dihubungi
Mengakui dia sihat dan harus kuat demi anak-anak yang masih kecil, cerita Mas Suni, arwah suaminya seperti sudah tahu ajalnya akan hadir.
“Arwah sudah mengemas rumah. Bersih seolah-olah dia tahu orang ramai akan datang menziarahinya. Begitu juga kain baju, semuanya sudah dibasuh dan dilipat kemas. Arwah suami juga sempat menggosak 10 pasang baju sekolah anak-anaknya, seolah-olah tahu itulah khidmat baktinya yang terakhir selain tidak mahu saya rasa penat,” katanya yang menetap di Kuarters Kerajaan Negeri, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi.
Memaklumkan yang arwah suaminya tidak sempat mengucapkan kata-kata akhir kepadanya tetapi Mas Suni perasan, di akhir-akhir hayatnya ini, suaminya terlalu suka memanjakan semua kehendak anak-anaknya.
“Pantang anak nak makan apa, dia akan bawa mereka semua keluar. Makan dan minum dan minta apa saja. Tak ada bertangguh-tangguh pun. Arwah juga sempat menemankan saya di bilik bersalin untuk kelahiran ketiga,” katanya memaklumkan suaminya sampai semula ke Bangi pada malam Ahad dan mereka tidak sempat berkomunikasi,” katanya tenang.
Arwah diserang sakit jantung selepas beberapa minit menghantar anaknay Adam ke sekolah agama…
Kenderaannya terbabas selepas diserang sakit jantung
Mas Suni turut berkata, dia ada dihubungi oleh orang ramai tentang kemalangan menimpa suaminya itu dan dia segera memaklumkan kepada ustazah tempat anaknya belajar, bertanya sama ada Adam sudah sampai di sekolah atau belum.
“Anak kedua saya sudah bersekolah dalam darjah satu. Tapi baru ini dia terjatuh dan tangannya patah. Jadi cuma Adam saja dengan arwah ayahnya,” katanya memaklumkan, dia mengenali suaminya ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah pejabat dan mengikat hubungan sebagai suami isteri tidak berapa lama selepas itu.
Mas Suni yang bekerja sebagai Penolong Pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu 14, Hulu Langat berkata, dia harus kuat demi anak-anak.
“Adam ada bertanya tentang ayahnya. Dia tahu ayahnya sudah tiada kerana dia dibawa oleh gurunya ke lokasi kejadian di mana ayahnya sudah meninggal dunia,” katanya agak sebak.
Tabung Bantu Adik Adam
Dalam pada itu, guru sekolah di mana Adam belajar, SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi, Ustaz Hasbullah Pusera yang juga Setiausaha PIBG sekolah ketika dihubungi berkata, semasa ziarah keluarga ini tadi, dia mengakui isteri arwah cukup tabah dan kuat dan mengharungi dugaan ini.
“Kami semua tidak menyangka kejadian ini. Isteri arwah ada menghubungi seorang ustazah bertanya Adam sudah sampai ke belum. Saya sendiri membawa mereka ke lokasi kejadian. Tetapi ketika itu, hanya ada kereta kerana sudah dibawa ke hospital,” katanya memaklumkan satu tabung telah diwujudkan bagi membantu Adam sekeluarga.
Bagi yang mahu membantu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan sumbangan atas nama PIBG SRK JALAN 6 di akaun 8002229004 (CIMB Bank) dan hantarkan slip sumbangan kepada Ustaz Hasbullah S/U PIBG SK Jalan 6 atau hubungi di talian 019-9101459.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!