Di dunia adalah tempat manusia berbuat amal kebaikan. Selain solat diwajibkan bagi yang baligh, banyak lagi amalkan kebaikan perlu dilakukan oleh kita sebagai hamba Allah sebagai bekalan di akhirat kelak.
Sering kali kita menyaksikan dengan mata sendiri, malah membaca kisah-kisah orang yang di pengakhiran kehidupannya begitu baik. Kisah arwah Abam yang menjadi viral kerana kebaikan sedekah yang dilakukan ketika hayatnya masih menjadi sebutan biar sudah hampir 10 hari arwah pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya disembahyangkan ribuan orang. Malah sehingga kini kita pasti masih ingat akan taglinenya, “kita baik ramai orang sayang”, Ya terbukti, bila kita buat baik tanpa mengira siapa, semua orang akan menyayangi kita tanpa kita sedar.



Semalam menyaksikan pelakon Ashraf Sinclair dijemput Illahi. Begitu ramai pihak menghadiri majlis pengebumiannya termasuk mendapat kiriman bunga dan ucapan dari Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
Jokowi menulis, “turut berduka cita atas wafatnya Bapak Ashraf Daniel Mohamed Sinclair,” memetik kata-kata pada karangan bunga berwarna kuning dan putih daripada Presiden kepada keluarga arwah. Karangan buku itu diletakkan di hadapan kediaman Ashraf dan isterinya, Bunga Cinta Lestari (BCL). Pada karangan bunga itu tertulis nama Jokowi dan keluarga.

Di sebalik kisah kematiannya yang mendatangkan kesan mendalam pada isteri, Bunga Cinta Lestari dan anak Noah Sinclair, perkongsian dari Ketua Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, Haji Ahmad Habib sangat mengesankan.
Mengakui melihat muka arwah seakan tersenyum saat dimandikan, Haji Ahmad Habib mengakui matanya menyaksikan perkara itu sendiri.
"Wajahnya Masya Allah, saya saksikan waktu dimandikan wajahnya senyumnya luar biasa," kata Ahmad saat ditemui di rumah duka di Jalan Pejaten Barat IV, Jakarta Selatan pada Selasa, 18 Februari 2020 seperti yang dilaporkan oleh Kompas.Com.
Tambah Haji Ahmad Habib lagi, sejak 4 tahun lalu, arwah Ashraf menjadi penderma tetap bagi pengurusan rumah anak yatim ini yang beroperasi di Pasar Minggu, Jakarta Selatan namun tidak pernah menghebahkan kebaikan dilakukannya kepada umum.
"Beliau cinta sama anak-anak yatim bukan untuk ditunjukkan kepada umum, kadang-kadang beliau datang saya gak ada," kata Ahmad.
Anda mungkin berminat dengan



Dalam pada itu, sahabat mereka, Acha Septriasa berkata, pasangan suami isteri ini sangat ramah dengan sesiapa sahaja. Malah mengakui terinspirasi dari hubungan pasangan ini yang selalu membawa keceriaan kepada ramai orang.
“Ramai jiran tetangga kami mengakui mereka tidak banyak cakap namun selalu tersenyum. Malah sikap rajin mereka ke masjid antara yang selalu dibicarakan,” tulis Acha di instagramnya.
Benarlah kata orang, orang baik memang ramai sayang.
∞
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ada mengeluarkan kenyataan mana-mana menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara akan dilonggarkan tempoh pemerhatian ataupun kuarantin daripada 10 hari kepada tiga hari.
Menerusi portal rasmi e-Warta Persekutuan, perintah tersebut akan berkuat kuasa pada 9 Februari hingga 1 Ogos ini dan telah dinamakan sebagai ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengencualian) 2021.
Melalui laporan terbitan Astro Awani, perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
Namun, sejak pagi tadi trending di Twitter satu hashtag yang menggesa Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba untuk meletak jawatan susulan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kuarantin yang melibatkan menteri-menteri.

Hanya kuarantin 3 hari
Susulan daripada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa risau dengan peningkatan kes baru Covid-19 dan tidak bersetuju berikutan kenyataan tersebut tidak selaras dengan arahan yang dikeluarkan untuk rakyat dimana perlu menjalani kuarantin dalam masa 10 hari.
Hmm…mungkin ada sebab kenapa Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan sebegini kan. Sebenarnya kerajaan kita sudah melakukan sehabis baik demi menjaga kebajikan setiap rakyatnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tidak keterlaluan jika kami katakan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menangani situasi sekarang. Ala chill la korang dah biasa kan terkurung dirumah kan..hehehe
∞
Setiap tahun pasti ramai yang menunggu pengumuman dividen dari Permodalan Nasional Berhad.
Ini kerana ramai yang melabur dalam ASB termasuk dalam kalangan orang muda untuk mereka memperoleh dividen yang agak tinggi.
Namun pada tahun lalu, ASB memberikan pulangan dividen terendah sehingga mendatangkan cakap-cakap di kalangan rakyat yang ramai tidak berpuas hati dengan kadar pulangan mereka peroleh. Jika tahun lalu jumlahnya sedikit, tahun ini dengan permasalahan akibat COVID-19 menimbulkan cakap-cakap berapakah dividen bagi ASB.
Sebentar tadi di fb mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkongsi tentang dividen dan bertanya adakah ini petunjuk bahawa dividen ASB juga rendah.
Purata dividen ASN Imbang 1 (nama lama ASN3) sepanjang tempoh 2009 hingga 2017 ialah 5.96 sen.
Selepas kerajaan tukar pada PRU14, PH telah tukar pengerusi PNB dan, banyak menjual aset negara. Ekonomi juga semakin merosot.
Akibatnya dividen 2018 jatuh ke 4.75 sen – iaitu paling rendah dalam sejarah.
Dan jatuh lagi ke 4.25 sen pada tahun 2019 – sekali lagi paling rendah dalam sejarah.
Pagi ini, PNB umum dividen tahun 2020 jatuh lagi ke 3.32 sen – iaitu paling rendah dalam sejarah untuk kali ketiga.
Ringkasan Dividen ASN Imbang 1 (nama lama ASN3):
– 2009 hingga 2017 (purata): 5.96 sen
– 2018: 4.75 sen (paling rendah dlm sejarah kali pertama)
– 2019: 4.25 sen (paling rendah dlm sejarah kali kedua)
– 2020: 3.32 sen (paling rendah dlm sejarah kali ketiga)
Dividen ASB untuk tahun 2018 dan 2019 di bawah PH juga paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun berturut-turut.
Adakah trend penurunan dividen ASN Imbang 1 merupakan satu petunjuk bahawa dividen ASB tahun 2020 juga akan mencatat dividen paling rendah dalam sejarah bagi 3 tahun berturut-turut?
Kita tunggu sekitar 2 minggu lagi.
So korang, dah sedia ke nak dengar berita kalau benar dividen ASB juga rendah?
∞
Demi durian, apa saja boleh termasuklah menaiki helikopter untuk memuaskan nafsu makan raja buah itu!
Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan yang dilaporkan bergelar Datuk apabila beliau sanggup menempah perjalanan menaiki sebuah helikopter dari ibu negara Kuala Lumpur untuk ke Segamat, Johor demi ‘melayan’ rasa durian di sebuah ladang durian bersama rakan-rakannya.
Menurut satu laporan media, Datuk tersebut telah menempah sesi bufet durian untuk empat orang di ladang durian Kampung Bangas, Segamat yang dimiliki oleh individu yang dikenali sebagai Lokman Hakim Johar.


Katanya, beliau enggan pilihan durian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Musang King atau D24. Sebaliknya, beliau inginkan durian tempatan dari Segamat kerana keistimewaannya yang tidak diketahui ramai.
Kongsi pemilik ladang, ahli perniagaan dan rakan-rakannya itu menempah lima biji durian untuk dimakan di sana dan membawa pulang 20 lagi biji durian untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

Khabarnya, setiap seorang hanya perlu mengeluarkan RM88 sahaja untuk bufet durian tesebut dan RM25 setiap seorang untuk hidangan Ikan Baung yang dijamu kepada mereka di sana.
Haa, sejauh mana korang sanggup ‘travel’ untuk menikmati durian?
Sumber Foto : Facebook Lokman Hakim Johar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞