
Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan privasi, tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Vivy mengakui banyak penambahbaikan dalam hidupnya selepas mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
BACA LAGI: Vivy Yusof Tampil Perjelas Isu Dituduh Ambil Kesempatan Jual Koleksi Bertemakan Bendera Palestin

Selain itu, usahawan berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dilaporkan terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Namun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
BACA LAGI: #GirlPower: Beauty With Brains, Vivy Yusof Antara Figura Wanita Yang Berjaya Dalam Arena Perniagaan

Berikutan itu, Vivy difahamkan kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tertutup dan tidak lagi berkongsi kisah peribadi secara terperinci.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Vivy Yusof
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Stesen Berikutnya, KL Sentral redONE..” Penjenamaan Semula Nama Stesen Bermula Hari Ini

Jangan terkejut sekiranya nama stesen LRT KL Sentral berubah pada hari ini!
Ia setelah Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (“redONE”) pada hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd yang melibatkan penjenamaan semula Stesen LRT KL Sentral sebagai stesen LRT ‘KL Sentral redONE’.
Perkongsiaan nama ini adalah sebahagian daripada perjanjian Hak Penamaan Stesen selama 5 tahun antara redONE dan Prasarana Integrated Development. Secara tidak langsung, ia mencerminkan komitmen redONE untuk meningkatkan kehadiran jenamanya di Lembah Klang.
Menurut Encik Farid Yunus yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif redONE, perkongsian ini juga membolehkan redONE memajukan jenamanya kepada berjuta-juta pengguna yang melalui stesen itu pada setiap hari dan seterusnya mengukuhkan kehadirannya di Lembah Klang.
“Kami sangat menyokong pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup pengguna, kerana itulah, di redONE, kami menyediakan pelan pasca bayar mampu milik dari serendah RM8 sebulan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd, Fa’izah Khairuddin berkata, kerjasama dengan redONE menandakan kejayaan penting bagi syarikat sebagai bukti keupayaan syarikat dalam menyediakan segmen pelanggan yang disasarkan.
“Dengan bergabung tenaga bersama redONE, kami yakin akan meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk berjuta-juta penumpang dan pengembara sambil membuka jalan baharu untuk keterlihatan jenama dan penglibatan bagi MVNO terbesar di ASEAN. Kami mengharapkan perkongsian berjaya yang akan membentuk landskap masa depan pengangkutan awam di Lembah Klang,” kata Fa’izah.
ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Pengangkutan ‘Senyap-Senyap’ Tinjau Keadaan LRT – REMAJA
Untuk pengetahuan korang, kerjasama di antara redONE dan jenama pengangkutan awam telah bermula sejak 2022 lagi apabila redONE memperkenalkan kempen redRIDER iaitu kerjasama dengan Rapid KL untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Menerusi kempen yang berterusan, penumpang berpeluang memenangi telefon pintar percuma dan barangan eksklusif redONE pada setiap bulan. Penumpang bertuah yang menaiki MRT Rapid KL, LRT atau monorel dengan token kereta api redONE istimewa hanya perlu mengimbas kod QR pada token untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 ‘Free Gift’ Dari Bilik Hotel, Boleh Ambil Sebelum Check Out!

Musim cuti sekolahi ini pasti ramai ambil peluang bercuti dan menginap di hotel. Sebelum check out dari hotel, jangan lupa bawa balik 10 barangan ini sebagai cenderahati.
Rugi tak ambil tau sebab kalau korang tak ambil nanti akan dibuang juga!!

1) Toiletries
Saiz botol sabun, syampu ni kecil saja dan memang untuk kegunaan sekali saja. Setiap hari akan ditambah ikut bilangan hari yang kita menginap. Jadi kalau tak habis, boleh bawa balik.

2) Selipar bilik
Biasanya hotel bertaraf empat bintang ke atas ada selipar atau alas kaki lembut ini. Jadi, bawa saja pulang ya.
3) Laundry bag
Terlupa bawa plastic untuk baju basah? Ambil sahaja plastik yang tersedia.
4) Tisu
Tisu tandas, tisu meja memang dah diperuntukkan untuk bilik tersebut. Jadi, tiada masalah anda nak ambilnya. Kita selalu ingat tak boleh ambil kan!
5) Buku panduan perjalanan & peta
Peta dan risalah pelancongan memang disediakan di lobi hotel. Jadi, ambil saja untuk kemudahan perjalanan kita.
6) Botol air minuman
Biasanya ada 2 botol yang disediakan bagi setiap bilik. Boleh ambil secara percuma, cuma minuman lain tu jangan ya. Nanti anda dicaj dengan bil mahal pula.
7) Berus gigi, ‘shower cap’ dan sikat
Nampak ringkas tapi ia berguna ketika saat kecemasan. Anda boleh gunakannya atau bawa pulang sahaja.
8) Surat khabar
Ada hotel yang menghantar ke bilik dan ada juga yang boleh diambil di lobi. Jangan bimbang, semuanya percuma ya, kecuali yang telah dipasang rak kayu itu hotel yang punya.
9) Buku nota, poskad dan pensil
Selalunya anak-anak yang baru sekolah teruja dapat hadiah ini, jadi bawa balik. Berguna untik kita jugapeluang terbaik untuk mengumpul buku nota dan pensil berjenama hotel. Biasanya benda ringkas begini lah yang kita perlukan di saat tidak terduga.
10) Minuman 3 dalam 1
Di hotel memang akan disediakan minuman segera ini termasuklah gula. Memang untuk anda minum dan habiskan, jadi kalau ada ambil sajalah.
Tapi kan selain daripada 10 barang di atas jangan pula korang bawa balik lepas guna. Tuala dan juga bathrobe no no no ya. Nanti kena bayar pulak!
BACA LAGI : Hilang Tangan Sebelum Duduki SPM, Jaguh Olahraga Ini Harap Kisahnya Suntik Semangat
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempat Paling Busuk Di Dunia, Nak Pergi 5 Destinasi Ini Kena Mental Kuat!

Tak boleh bayangkan bagaimana orang ramai boleh hidup dan hidu busuk.
Tempatnya dah cantik tapi memang ‘potong’ mood jika berbau busuk dan mungkin membuatkan sesetengah orang tidak mahu ke situ. Malah mengundang masalah kesihatan.
Namun begitu, ada individu yang sanggup mencabar diri berkunjung ke tempat berbau busuk bagi mencipta memori melihat keindahan di sana.
1. Mumbai, India

DERIA bau anda akan diuji di Mumbai, India. Bandar itu bukan sahaja menghidangkan suasana sibuk, malah pengunjung akan mual dengan baunya yang sangat ‘memabukkan’.
Di pusat bandar itu, orang-orang kaya akan memenuhi bar mewah, manakala mereka yang miskin berkerumun di kawasan setinggan. Di situ terletaknya gerai-gerai kecil di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan.
Udaranya juga tebal dengan bau rempah India seperti kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
Bukan itu sahaja, ia dikeruhkan lagi dengan asap ekzos kenderaan, jalan raya sesak, bau hanyir air bertakung dari longkang, timbunan sayur-sayuran membusuk dan bau najis lembu.
Ia diburukkan lagi dengan bau badan warga Mumbai yang berkeringat ketika berjualan dalam cuaca panas tropika.
2. Laguna Colorada, Bolivia

LAGUN berwarna merah pekat di barat daya Altiplano di Bolivia itu mempunyai pemandangan yang cukup menakjubkan. Lagun berlatarbelakangkan gunung berapi berwarna coklat gelap itu sering dikunjungi oleh burung flamingo.
Walaupun menyajikan pemandangan cantik, namun bau Laguna Colorada tidak sepadan dengan keindahannya. Bau busuk belerang dari gunung berapi berlegar di sekeliling tempat itu. Gunung itu juga berbahaya jika mahu merakam gambar dari dekat.
3. Fes, Maghribi

BANDAR Fes di Maghribi turut tersenarai sebagai tempat paling busuk di dunia. Hal ini kerana, di Fes terletaknya Chouara Tannery iaitu pusat penyamakkan kulit haiwan tertua yang dilakukan secara tradisional.
Kolam-kolam takungan yang merendam kulit-kulit haiwan itu mengeluarkan bau sangat kuat.
Antara bahan yang digunakan adalah najis burung merpati yang bertindak sebagai ammonia untuk membersihkan kulit tersebut.
Oleh itu, tidak hairanlah kawasan tersebut berbau sangat busuk. Namun, Fes tetap menjadi tarikan pelancong kerana keunikan memproses kulit haiwan untuk dijadikan pelbagai produk seperti beg tangan dan baju.
4. Pulau Seal, Afrika Selatan

MENJADI ‘rumah’ kepada 60,000 anjing laut, tidak menghairankan jika pulau kecil di luar pantai Teluk False iaitu berhampiran Cape Town, Afrika Selatan ini mengeluarkan bau tidak menyenangkan hidung.
Bau busuk daging, ikan dan najis 60,000 anjing laut itu sangat meloyakan. Namun, ramai pengunjung ke pulau tersebut untuk melihat kumpulan anjing laut yang comel.
5. Gunung berapi Ijen, Indonesia

PENGUNJUNG yang datang ke sini akan menghidu bau tengik di kawasan sekitar ketika kepulan wap kuning keluar dari lombong sulfur yang beroperasi di sekitar tasik gunung berapi tersebut.
Gunung berapi Ijen mempunyai tasik kawah berasid firus dengan keluasan 1 kilometer. Tasik atau danau ini merupakan lokasi perlombongan belerang.
Keadaan itu membuatkan kita berfikir sejenak bagaimana pekerja-pekerja melombong ketulan sulfur yang berbau seperti telur busuk itu.
Bukan sahaja berdepan bau busuk, asapnya juga boleh melarutkan gigi. Namun, mereka tiada pilihan dan perlu melakukan pekerjaan tersebut demi menyara kehidupan.
BACA LAGI : 19 Idea Hantaran ‘Tertutup’, Simple Tapi Menarik & Kelihatan Lebih Eksklusif
Sumber: Kosmo
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

