Diraikan penuh meriah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkongsi rasa bahagia apabila kini sah bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis istimewa yang berlangsung baru-baru ini.
Bella menyifatkan momen manis itu sebagai antara mimpi terindah dalam hidupnya.
“Masih tersekat pada acara semalam seperti berada dalam mimpi yang saya tidak mahu bangun,” katanya dalam Instagram.
Menerusi hantaran sama, Bella turut menitipkan ucapan penuh kasih buat ibu kepada tunangnya, Sharifah Mahani.
Ads
“Terima kasih, mama. Saya sayang mama.
“Secara rasmi telah bertunang, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Bella juga memuat naik video momen menyentuh hati apabila dia bersalaman dengan bakal ibu mentuanya sejurus cincin disarungkan ke jari manisnya.
Ads
Untuk rekod, Bella selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung penuh adat. Kehadiran Syed Saddiq yang membawa jambangan bunga buat bakal isterinya turut mencuri perhatian ramai.
Ads
Lebih menarik, pasangan ini turut bertukar hantaran iaitu lima dulang berbalas tujuh daripada pihak Bella dengan konsep Gunung Kinabalu iaitu simbolik kepada lokasi istimewa tempat Syed Saddiq melamarnya pada Januari lalu.
Terdahulu, pasangan yang mula rapat sejak awal 2024 itu diraikan dalam sebuah majlis yang dihadiri sekitar 150 tetamu termasuk rakan selebriti, dengan kebanyakan mereka tampil anggun dalam persalinan tradisional bertemakan warna kuning.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kedua baru-baru ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.
Menerusi tema ‘Sama-Sama Naik’, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu ‘Wajah Siapa Dihatimu’ nyanyian asal oleh Azlina Aziz.
Selain itu, Dyrga Dadali turut kekal mendapat tempat kedua menerusi lagu Aishiteru dengan markah sebanyak 69.10%, sementara Sheila Abdull naik ke tangga ketiga (66.30%) selepas membawakan lagu nyanyian asal Mila Jirin ‘Persis Mutiara’.
Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu The Lima dan Ning Baizura berkongsi markah 64.90% dan berjaya mendapat kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.
Bagi penyanyi Ronnie Hussein (48.40%) dan Arrora Salwa (46.00%) melalui saat mendebarkan hampir tersingkir apabila berada di tangga dua terbawah.
Sementara itu, untuk minggu ketiga, para peserta mendapat cabaran menerusi tema ‘Ceritera’ dimana mereka harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah hantaran foto di platform Instagram pelakon dan usahawan, Syifa Melvin telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik wajah putera sulungnya.
Menerusi perkongsian tersebut, dilihat bentuk jawline (rahang) bayi comel itu yang diberi nama Saif Sulaiman Muhammad Safawi, secara tidak langsung mendapat pujian ramai.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut memuji bentuk rahang Saif yang dilahirkan pada 30 September lalu.
“Pelapis daddy lah ini , Mierul Aiman tak boleh cari makan dah lepas ini kecil kecil dah ada jawline,” komen seorang netizen.
“Kecik-kecil, ‘jawline’ dah tajam, boleh berdarah jari acik, Saif. Membesar dengan sihat, anak. Jadi anak soleh ibu dan daddy,” tulis netizen lain.
“Masya-Allah. ‘Handsome’nya Saif. Kecil-kecil, dah ada ‘jawline’. Semoga jadi anak soleh, Saif,” tulis seorang lagi netizen.
Sekadar informasi, Syifa mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Safawi Rashid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Saif yang selamat dilahirkan pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein tampil berkongsi sisi jujur perjalanan penghijrahan Elly Mazlein yang penuh ujian. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mengakui, selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, beliau berdepan pelbagai dugaan dalam dunia seni, termasuk kontrak kerja yang tiba-tiba ditamatkan dan projek yang terpaksa ditarik diri.
Namun bagi Elly, yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom, setiap ujian itu tidak sedikit pun menggoyahkan tekadnya untuk kekal istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan. Malah, beliau melihat setiap kehilangan sebagai tanda Allah mahu menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
“Ada Kontrak Tiba-Tiba Tamat, Tapi Saya Reda”
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Elly menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab bukan sekadar percubaan atau trend semasa. Beliau juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekeliruan apabila terdapat video lakonannya yang memaparkan dirinya belum berhijab disiarkan di kaca televisyen dan media sosial.
“Kalau nampak Kak Lina belum berhijab dalam mana-mana video, itu rakaman lama ya. Sekarang Alhamdulillah, Kak Lina sudah berhijab sepenuhnya,” jelasnya.
Namun, di sebalik perubahan positif itu, Elly tidak menafikan bahawa penghijrahan ini turut menguji ketabahannya.
“Ada yang tanya macam mana kerja selepas berhijrah. Selepas perhijrahan ini, ada kontrak tiba-tiba ditamatkan. Lepas itu, ada yang kita dah bincang, tiba-tiba tarik diri. Pelbagai dugaan selepas berhijab,” katanya dengan nada reda.
“Saya Percaya Rezeki Datang Dari Allah”
Walau terkesan dengan situasi itu, Elly memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, beliau percaya bahawa setiap rezeki sudah tertulis dan Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.
“Kak Lina percaya rezeki datangnya daripada ALLAH dalam pelbagai cara dan bentuk,” katanya penuh yakin.
Sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Elly menjadikan ujian ini sebagai semangat untuk terus melangkah. Baginya, penghijrahan Elly Mazlein bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa hidup yang lebih tenang dan bermakna.
“Setiap kerja yang hilang, Insya-ALLAH akan diganti dengan rezeki yang lebih baik tanpa disangka,” ujarnya lagi.
Mohon Doa Dan Sokongan
Elly turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan peminat dan masyarakat yang sentiasa memberi semangat kepadanya sejak berhijrah. Beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan agar dirinya kekal istiqamah dan diberi kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan baharu ini.
“Doakan Kak Lina dan anda semua juga. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dikelilingi orang yang baik-baik. Jangan takut untuk berubah, Insya-ALLAH ada rezeki kita,” pesan Elly.
Inspirasi Buat Remaja – Jangan Takut Untuk Berubah
Kisah penghijrahan Elly Mazlein menjadi inspirasi kepada ramai remaja — bahawa setiap langkah menuju kebaikan pasti datang dengan ujian. Dalam dunia yang sering menilai berdasarkan imej dan populariti, Elly membuktikan bahawa keyakinan diri dan keikhlasan hati lebih bernilai daripada segala kemewahan dunia seni.
Bagi pembaca Majalah Remaja, mesej Kak Lina cukup jelas: “Jangan takut untuk berubah.” Setiap perubahan yang dilakukan kerana Allah akan membuka pintu rezeki dan ketenangan yang tak terjangka.
Penyanyi muda, Wani Kayrie tampil menepis spekulasi yang mendakwa dia bakal membuat kejutan dengan mengumumkan perkahwinan ketika persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40...