Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya mengucapkan syukur apabila pihak kerajaan telah pun membenarkan untuk menjalankan acara perkahwinan tetapi masih perlu diikuti dengan SOP yang betul.
Ramai pasangan yang bakal mengakhiri zaman bujang selepas tempoh PKP ini, jadi kami nak kongsikan dengan korang antara idea-idea yang boleh diambil bagi melengkapkan hiasan dulang hantaran nanti.
Dulang hantaran merupakan antara perkara utama yang perlu diambil kira kerana biar pun tiada majlis kenduri besar-besaran dijalankan, namun hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan tetap ada.
Untuk mengikuti trend terkini, berikut merupakan idea bagi dulang hantaran ‘tertutup’ yang korang boleh jadikan rujukan.
Koleksi foto ini diambil melalui laman Facebook.
Serius bagi kami dengan cara hantaran ‘tertutup’ ni kelihatan lebih eksklusif dan bukan hanya itu, setidak-tidaknya nanti tidak ada ‘makcik bawang’ yang sibuk nak memperkatakan tentang barangan yang korang berikan kepada bakal suami atau isteri. Hiks!
Kalau korang penonton K-drama sejati, korang pasti mengenali pelakon terkenal iaitu Nam Goong Min. Antara dramanya yang popular adalah Doctor Prisoner, Beautiful Gong Shim, Hot Stove League, The Veil dan banyak lagi. Pelakon ini juga sering dikatakan mirip dengan Jaemin daripada kumpulan NCT.
Baru-baruini,videolamaranpelakonNam GoongMinuntukpelakon dan model;JinAhReumtelahmenjaditopikhangatdalampelbagaikomunitidalamtalian kerana kelihatan seperti adegan romantik dalam babak drama Korea.
Nam Goong Min tiba-tiba berkata, “Ada sesuatu yang saya mahu awak lakukan untuk saya.” Selepas itu, Jin Ah Reum pun menjawab, “Apa dia?”
“Jika saya beritahu, bolehkah awak membantu saya?,” soal Nam Goong Min pula.
“Ya,” jawab Jin Areum.
Beberapa ketika selepas minum, Nam Goong Min terus bangun dari tempat duduknya sebelum berlutut sambil mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarnabirumuda sambil menolehkeJinAhReumdanbertanya:
“Sudikahawakberkahwindengansaya?”Awhhhhh, sweetnya!Min yang blushing. Ekspresiwajah Jin Ah Reummenunjukkanbetapaterkejutnyadia,dantiba-tibadiamenutupmukanyadengantangandanmenangis.
Video lamaran tersebut juga telah dikongsikan melalui satu portal hiburan Korea. Meninjau di ruangan komen ramai yang turut merasai ‘kemanisan’ video lamaran tersebut. Persis babak di dalam K-drama!
Untuk pengetahuan korang, pasangan ini secara rasminya telah berkahwin pada 7 Oktober 2022 yang lalu. Majlis resepsi itu diadakan secara tertutup dan juga dikatakan telah menelan belanja yang banyak sehingga RM657,952!
Pasangan ini pertamakalibertemusebagaipengarahdanpelakonmenerusifilem‘LightMyFire’yangdikeluarkanpada2015.Tidaklamaselepasitu,kedua-duanya telah mengumumkanhubunganmereka. Kalau korang nak tahu,pasangan initelahmenjalinkanhubunganselamatujuhtahun. Akhirnya mereka telah disatukan! Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga akhir hayat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dalam satu majlis yang diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.
Pasangan ini telah disatukan hari ini; 24 Oktober 2022 iaitu genap setahun dari tarikh hari pertunangan mereka pada 24 Oktober 2021 yang lalu.
Majlis Pernikahan Adam Lee & Sweet Qismina ini juga sempat disiarkan secara langsung melalui laman YouTube. Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet iaitu Fahed Ashraf Supandi.
FOTO: Instagram TontonMy
Pelakon drama Adam Chempaka ini menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan. Dikhabarkan, jumlah mas kahwin itu dipilih sebagai simbolik sempena tarikh kelahiran Sweet. Memang sweet!
Pasangan pengantin ini dilihat cukup segak dan cantik dalam persalinan serba putih. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Pada malam Sabtu yang lepas, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi dan pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee telah mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini telah menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan. Wah, memang unik!
Tema malam berinai pasangan ini juga telah dapat pujian ramai. Kapsyen yang ditulis dalam bahasa Jawa itu membawa maksud ‘tidak perlu berjanji sehidup semati, yang penting mampu bertahan sampai mati’.
Kalau korang nak tahu, Sweet dan Adam telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Min doakan agar rumah tangga yang didirikan menjadi tunggak kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
I
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat. Namun, cemburu yang melampau tergolong dalam penyakit emosi yang akhirnya akan membawa kepada kemurungan. Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku di dalam hati dan menyebabkan hatinya gelisah. Dari sudut rasa cemburu seorang lelaki terhadap pasangannya didekati lelaki lain seperti berbual atau berhubungan dalam apa jua jenis bentuk komunikasi.
Mengapa perasaan cemburu sering menghantui kamu, walaupun kamu telah mengenali pasangan kamu. Kamu tahu hanya ada kamu dalam hatinya, namun masih cemburu buta saat dia berbual dengan orang lain.
01
Rasa tidak selamat
Perasaan insecure merupakan akar kepada segala rasa cemburu seseorang. Ia potensi utama yang menyebabkan rasa cemburu itu terbit dalam hatinya. Sebagai contoh, kamu ketawa saat kawan berbeza jantina kamu berjenaka, tapi kamu menepis keras jenakanya.
02
Rendah diri
Ini berkait rapat dengan perasaan insecure. Kamu akan berasa rendah diri jika fizikal atau taraf kewangan kamu tidak menarik. Contohnya, jika pasangan kamu terlihat figura yang bergaya serta mempunyai karier yang mantap. Rasa rendah diri akan mengundang rasa cemburu, dan rasa cemburu itu merupakan reaksi mekanisme bagi kamu untuk mempertahankan diri.
03
Dahagakan perhatian
Jika kamu yakin dengan diri sendiri biasanya tiada masalah. Walau bagaimanapun ada sesetengah individu yang mudah cemburu kerana inginkan perhatian total dari pasangannya. Kondisi ini biasanya berlaku disebabkan persekitaran semasa dia dibesarkan. Dia dah terbiasa dengan layanan first class dari keluarganya.
04
Fobia ditinggalkan
Mana ada ornag yang tak takut ditinggalkan pasangan. Oleh kerana itu, terdapat individu yang mempunyai fobia melampau terhadap potensi dirinya ditinggalkan sehinggakan ada yang mencabar untuk membunuh diri. Ramai je pasangan yang clingy kerana fobia ini, maka mulalah cemburu yang membuak-buak.
05
Bersikap mengongkong
Ini merupakan sikap yang cukup negatif. Sifat mengongkong jika dibiarkan untuk tempoh masa yang lama boleh bertukar kepada satu bentuk penderaan mental. Punca utama seseorang boleh jadi macam ni, kerana dia menganggap kamu merupakan hak eksklusif miliknya walaupun masih belum mempunyai hubungan yang sah.
Jika kamu yang membaca ini mempunyai pasangan yang kuat cemburu, maka mainkan peranan dalam membantu menangani masalah ini. Pertama sekali, kamu berdua perlu berbincang. Perkara asas seperti luahkan kata-kata positif mampu meredakan keadaan. Setiap kali sifat cemburunya muncul, ringankanlah mulut untuk mengucapkan ‘I love You’.
Selain itu, luangkan masa dengannya walaupun kamu sibuk. Tanya khabar atau berjumpa dengannya. Kamu juga perlu elakkan daripada berahsia tentang kawan-kawan berbeza jantina kamu.Kenalkan mereka dengan pasangan kamu, agar tiada salah faham akan berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!