Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini ramai selebriti dan influencer mengayakan fesyen rambut yang lurus, berkilat dan nampak lebih sihat.

Untuk info, fesyen rambut ultra-glamour ini dikenali sebagai ‘liquid hair’ dan kini menjadi trend terbaru di dunia kecantikan. Malah, trend rambut berkilat bak air mengalir ini menjadi viral di media sosial.

Viral Trend “Liquid Hair” , Ini Cara Dapatkan Rambut Berkilau & Sihat Secara Natural
Foto Via hypebeast.com

Nama pun ‘Liquid hair’ jadi mestilah rambut kena kelihatan licin, lembut dan sangat berkilat seperti memantulkan cahaya.

ARTIKEL BERKAITAN : Rajin Warna Dan Luruskan Rambut Lebih Berisiko Hidap Kanser Payudara

Menurut penggaya rambut popular di kota London iaitu Hollie Rose Clarke, melalui temubual bersama Allure. Beliau mencadangkan untuk ke salun untuk mendapatkan rawatan keratin profesional, rawatan melicinkan yang membantu menghilangkan keriting, bertahan sehingga 12 minggu.

Chris Appleton, orang yang sering menggayakan rambut Kim Kardashian, Jennifer Lopez, dan Dua Lipa, nampaknya telah berjaya menjayakan ‘Liquid hair’ untuk pelanggan selebritinya. Dalam catatan Instagram pada bulan April, dia mendedahkan bahawa selfie berambut berkilat Kim adalah foto bintang yang paling disukainya di halamannya. Appleton berkongsi semula imej itu dan bertanya kepada pengikutnya apa yang mereka gemari tentangnya, sambil menyatakan bahawa “bagi saya, ia adalah bersinar.”

 

Hmm…tapi apa kata kita cuba dulu tip dan petua mengunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. 5 tips mudah dan murah untuk korang cuba bagi dapatkan rambut ‘Liquid hair’.

Mayonis

Jadikan mayonis sebagai perapi rambut.

  • Caranya letakkan mayonis organic pada rambut kering.
  • Pada anda yang mempunyai kulit rambut berminyak, jangan sapukan pada kulit rambut anda dan pastikan kena pada hujung rambut anda.
  • Amaun mayonis yang digunakan bergantung pada panjang dan ketebalan rambut.
  • Rambut berminyak dan kelemumur memerlukan kurang mayonis manakala rambut kering memerlukan kuantiti banyak.
  • Selepas mayonis disapukan, tutup rambut dengan tuala atau plastic dan biarkan selama 1 jam. Bilas rambut , letakkan syampu dan keringnya.

Telur

  • Pecahkan 2- 4 biji telur ( ikut tebal rambut ) di dalam mangkuk. Asingkan putih dan kuning telur. ( gunakan kuning telur )
  • Letakkan 4-5 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk berisi telur kuning dan pukul rata.
  • Basahkan rambut dengan air dan sapukan campuran minyak zaitun dan telur tadi pada rambut anda.
  • Biarkan 6-7 minit dan bilas dengan air. Jangan gunakan air panas kerana nanti ada telur goreng pula pada rambut anda.

Yogurt

  • Sikat rambut terlebih dahulu. Gunakan plain yogurt sebagai perapi rambut.
  • Pastikan yogurt yang digunakan tidak berperisa.
  • Sapukan yogurt pada rambut dan ikatkan rambut kepada ponytail atau bun.
  • Biarkan selama 30 minit atau yogurt mengeras sedikit. Kemudian bilaskan ia dengan air dan syampu rambut seperti biasa.

Aloevera dan madu

  • Campurkan perapi rambut biasa, gel aloevera dan juga madu. Aloe vera merupakan perapi rambut terbaik dan akan memberikan sinar pada rambut. Mereka yang berambut hitam pekat perlu berhati-hati apabila menggunakan madu pada rambut kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi cerah.
  • Apabila campuran perapi dilumurkan pada rambut anda, urutkan pada rambut sekitar 10 minit dan bilas serta syampu seperti biasa.

Cuka

  • Syampukan rambut seperti biasa dan bilas dengan air sejuk untuk membuat sisa syampu di kepala.
  • Campurkan 2 cawan cuka dan 1 cawan air ke dalam bekas, dan bilaskan rambut dengan campuran tadi. Biarkan campuran pada rambut selama 15 minit.
  • Kemudian bilaskan dengan air hingga bau cuka hilang. Sikat rambut, hasilnya rambut korang lebih sihat, tidak berserabut dan mudah untuk diuruskan.

BACA LAGI : Guna Bahan Alami Rawat Masalah Rambut Gugur, Mudah & Jimat Kos

Tapi, kena rajin dan konsisten lah. Kalau malas nak susah-susah pergi salon rambut saja…hehe

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI