Organisasi Miss South Africa baru baru ini telah mengejutkan dunia ratu cantik apabila mengumumkan pemenang Miss South Africa 2021, Lalela Mswane yang juga pemenang tempat ketiga Miss Universe 2021, bakal mewakili negara tersebut ke pertandingan Miss Supranational 2022 yang bakal berlangsung di Poland pada Julai akan datang.

Dalam pengumuman yang dilakukan di laman Twitter organisasi berkenaan, tertulis, “Kami sangat teruja untuk mengumumkan yang Miss South Africa 2021, Lalela Mswane akan mewakili negara ke edisi ke-13 Miss Supranational 2022 di Poland. Sama-sama kita menyokongnya seiring dengan kembalinya dia ke pentas antarabangsa.”

Pemenang Tempat Ketiga Miss Universe 2021, Lalela Mswane Dipilih Miss Supranational Afrika Selatan Baharu

Keputusan untuk menghantar Lalela ini sebenarnya mengejutkan segelintir pageant lovers kerana sebelum ini kebiasaannya wakil ke Miss Supranational dipilih dari pemenang tempat kedua atau ketiga Miss South Africa.

Misalnya pada tahun 2020, pemenang tempat pertama dihantar ke Miss World, pemenang tempat kedua dihantar ke Miss Supranational dan pemenang tempat ketiga dihantar ke Miss Universe. Tiga pemenang utama mendapat peluang mewakili negeri masing-masing.

Pemenang Tempat Ketiga Miss Universe 2021, Lalela Mswane Dipilih Miss Supranational Afrika Selatan Baharu

IKLAN

Namun tahun ini nampaknya organisasi Miss South Africa mengambil strategi berbeza. Dan organisasi menjelaskan, “Pandemik Covid-19 telah memaksa banyak acara untuk ditangguhkan, dan ini telah menyebabkan kekeliruan di sekitar pertandingan yang berbeza dan bila ia akan diadakan.

“Bukanlah perkara yang janggal wakil yang sama menyertai lebih daripada satu pertandingan antarabangsa sepanjang mereka bergelar Miss South Africa sekiranya tarikh dan garis masa pertandingan antarabangsa tidak bercanggah antara satu sama lain.”

BACA JUGA: Puteri Indonesia Aceh Santun Berhijab, Lambang Negeri Yang Mengamalkan Undang-Undang Syariah

IKLAN

Pemenang Tempat Ketiga Miss Universe 2021, Lalela Mswane Dipilih Miss Supranational Afrika Selatan Baharu

Jika dilihat daripada sejarah negara ini dalam pertandingan Miss Supranational, Afrika Selatan masih belum pernah menggondol tempat sebagai juara tetapi wakil mereka bagi edisi 2021, Thato Mosehle berjaya merada dalam kedudukan tempat ketiga. Thato merupakan pemenang tempat kedua Miss South Africa 2020.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

Sumber: news24.com

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI