Trend sekarang, golongan muda remaja terutamanya suka mewarna dan meluruskan rambut. Style tu memang la style tapi korang pernah terfikir tak berapa banyak bahan kimia yang terkandung dalam ubat rambut tu?
Bahan asas di dalam pewarna rambut dan meluruskan rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut.
Tapi paling menakutkan, kajian telah membuktikan golongan yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara.
Ads
Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun.
Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Ads
Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus.
Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.
Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut
Untuk info, terdapat lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut. Wow!
Jadi sungguh jelas membuktikan bahawa mewarna atau meluruskan rambut ini secara kerap boleh membahayakan kesihatan. Tapi pada pandangan penulis la kan, korang lagi cantik dengan warna rambut yang semulajadi. So pilih nak cantik ke nak sakit?Hiks..
Sumber : Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat barangan kategori kecantikan dan pembersihan badan, pastinya korang pernah ke cawangan pertama stor LUSH di Pavilion Kuala Lumpur.
Sebelum ini, penulis terpaksa menebalkan muka dan mengirim produk LUSH daripada keluarga dan kenalan yang bercuti di United Kingdom. Iyalah, bila tengok beauty vlogger lakukan reviu terhadap produk dari LUSH, kita pun nak cuba jugak.
Sekarang, kita semua boleh beli sendiri dari cawangan pertama ini. TBH, bagi pengunjung first timer, korang akan terasa macam nak beli semua benda! Mungkin kerana bau wangi dan rekaan comel produknya.
Bagi yang tak biasa dengan produk LUSH, kami rangkumkan 10 produk wajib cuba. Mesti korang tak menyesal punya.
01
Sex Bomb Bath Bomb
Yes !
Setiap kali pulang ke rumah, mesti badan terasa stres, penat atau kejung. Bath bomb ini boleh membantu korang melupakan masalah sepanjang hari.
Lagipun, kami sukakan bau jasmin, clary sage dan ylang-ylang yang ada padanya.
02
Charity Pot Body Lotion
Antara produk berharga mampu milik di Lush.
Jangan tertipu dengan saiznya yang kecil. Korang hanya perlu mengambil sedikit saja body lotion cocoa butter ini untuk disapu pada kulit. Best-nya, setiap jualan Charity Pot akan disalurkan untuk badan kebajikan, seperti yang tertera pada packaging.
03
Happy Hippy Shower Gel
Walaupun tidaklah sepopular shower gel lain yang datang dengan fancy packaging, Happy Hippy berbau wangi (citrus) dan membuatkan mata cepat segar selepas mandi pada waktu pagi.
Terus korang akan rasa ceria untuk memulakan hari.
04
Big Shampoo
Finally, ada juga jalan penyelesaian untuk rambut kering dan frizzy.
Okay, korang mungkin masih perlukan straightener dan blow dryer. Tetapi Big Shampoo ini membuatkan rambut mempunyai volume, kelihatan lebih bersinar dan selamat dipakai dengan produk rambut lain.
05
Mask of Magnaminty
Mask ini datang dengan fungsi 2-in-1, boleh digunakan untuk bahagian muka dan badan. Jimat sikit!
06
Bubble Gum Lip Scrub
Selepas korang gunakan skrub bibir ini, korang tak akan cari yang lain.
Sesuai bagi yang mempunyai masalah bibir kering/pecah, oleskan saja pada bibir untuk menghilangkan sel kulit mati. Kemudian, bibir akan terasa lembut dan lembap kerana kandungan minyak Jajoba.
Paling best? Ia boleh dimakan!
07
American Cream Conditioner
Seriously, rambut korang akan terus berbau strawberi-vanila selepas mandi. Ahhh..
Ia menganduni madu untuk melembut, lavendar untuk membasuh dan oren untuk menyinarkan rambut.
08
Angels on Bare Skin Fresh Cleanser
Masing-masing kena check dulu masalah kulit sebelum memilih cleanser. Tak semua cleanser sesuai dengan kulit kita. Namun, Angles on Bare Skin adalah cleanser paling laku dijual kerana ia tidak mengeringkan kulit.
Paling penting, ia mengandungi badam yang boleh exfoliate kulit secara lembut.
09
The Experimenter Bath Bomb
(Dari kiri) Twilight bath bomb & The Experimental bath bomb.
Pada mulanya, kami nak memilih Twilight Bath Bomb kerana ia membantu kami tidur dengan lebih nyenyak.
Bagaimanapun, bila melihat warna Paddle Pop yang ada pada The Experimenter Bath Bomb, kami tak boleh memilih salag satu! Bauan vanila dan vetivert oil-nya memang membuatkan kepala terasa tenang.
10
Scrubee Body Butter
Pada mulanya, Scrubee dikeluarkan eksklusif untuk sambutan Hari Ibu je. Tetapi disebabkan permintaan luar biasa, Lush menjadikan body butter in sebagai produk kekal dijual.
Bauan madu – toffee pada Scrubee boleh bertahan lama manakala lapisan cocoa butter-nya membuatkan kulit lembut setelah ia bilas.
Make sure purse korang penuh dengan cash dan debit card sebelum ke LUSH!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepuluh tahun bukanlah satu tempoh singkat untuk membina empayar perniagaan yang digemari dan disayangi oleh masyarakat Malaysia.
Justeru, tahun 2025 memberi erti yang cukup bermakna kepada pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi apabila ia menandakan ulang tahun dekad pertama untuk jenama fesyen berkenaan sejak ia muncul pada tahun 2015.
Ketika ditemui REMAJA di pertunjukan fesyen Bulan Bintang bertemakan Sedekad Menyinar baru-baru ini di ibu negara, Azzim, 28 yang mesra dengan panggilan Meri menzahirkan rasa syukurnya apabila jenama itu terus pesat dibangunkan dalam pasaran fesyen tempatan yang amat kompetitif ini.
Azzim Zahid Azmi, Pengasas Bulan Bintang.
Di samping mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong dan membeli koleksi Hari Raya Aidilfitri yang diperkenalkan pada setiap tahun, Azzam turut berterima kasih kepada pekerja serta pasukan Bulan Bintang sendiri yang setia bersamanya selama sepuluh tahun tatkala ia berada di bawah mahupun ketika di puncak.
“Saya ingat lagi waktu kami bawa semua barang dengan menaiki motosikal sahaja. Baju naik moto, iron naik moto. Zaman itu, warehouse kami hanyalah berupa sebuah kontena sepanjang 20 kaki sahaja.
“Tiga, empat tahun saya meniaga di Uptown Danau Kota sambil (membahagikan masa meneruskan pengajian) degree di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Datanglah tahun 2020 di mana kami pada mulanya ingin all out dengan membuka kedai fizikal pertama Bulan Bintang dan sertai macam-macam event raya.
“Kita semua tidak menjangkakan kehadiran Covid-19 dan ia memberi tamparan kepada saya, pekerja dan rakan-rakan saya.”
“Semua stok terpaksa saya bawa ke ‘warehouse sementara’ iaitu di rumah kakak saya. Di situlah semua stok dan packing pakaian Bulan Bintang dibuat sepanjang perintah berkurung.
“Namun, cabaran itu memaksa kami memikirkan strategi pantas untuk bertahan dan di situlah munculnya idea untuk memperkenalkan kempen next day delivery ke rumah-rumah pelanggan.
“Saya mengajak kawan-kawan sekolah untuk menolong hantarkan baju Melayu ke rumah anda. Pada tahun 2020 itu, jumlah 2000-3000 baju sudah dikira besar. Alhamdulillah, kami berjaya laksanakannya!” kata Azzim.
Dalam pada itu, Azzim berjanji pasukannya akan terus memperkenalkan idea baharu kepada pelanggan setia Bulan Bintang agar mereka teruja dan berbangga menyarungkan baju Melayu, baju kurung dan kurta keluaran Bulan Bintang setibanya Syawal menjelang.
Di samping itu, kehadiran sembilan orang duta lama dan baharu Bulan Bintang kali ini juga memberikan Azzim semangat berganda untuk menetapkan sasaran jualan 1.5 juta helai baju raya pada tahun ini.
“Setiap tahun, saya keluarkan idea baharu dengan sokongan pasukan saya dan duta-duta hebat di sini. Apa sahaja idea yang saya beri, mereka sambut dengan hati yang terbuka. Itu membuatkan saya crave for more.
“Semuanya satu kepala dengan saya. Saya tidak akan pilih orang yang saya tidak ingin bekerjasama. Kami juga percaya jenama-jenama besar berbangga untuk menjadi rakan kolaborasi kami. Jenama seperti AirAsia, Tabung Haji tidak malu untuk bersama Bulan Bintang,” ujar Azzim lagi.
Terdahulu, REMAJA melaporkan pengenalan empat orand duta lama dan lima orang duta baharu kempen Raya Bulan Bintang 2025. Mereka terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Remy Ishak, Shafiq Kyle dan Zahiril Adzim.
Tidak dinafikan, kejelitaan raut wajah yang dimiliki oleh pelakon dan pengacara berdarah kacukan, Amelia Thripura Henderson mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh dua kali.
Amelia kini boleh dianggap sebagai selebriti Malaysia yang semakin selesa menempat diri sebagai buruan ramai produksi disebabkan bakat yang dimiliki, karakternya yang berwarna-warni dan tentunya, kecantikan luar dan dalam yang ada padanya.
Pendek kata, Amelia Henderson sememangnya seorang yang mempunyai pakej yang lengkap!
Lantas ramai yang terfikir sekiranya wanita berusia 27 tahun ini pernah mengidam peluang untuk mewakili Malaysia di mana-mana pertandingan ratu cantik antarabangsa?
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro baru-baru ini, Amelia yang kini sedang mempromosikan filem terbaru lakonannya, Pulau pernah sahaja berhasrat dan mempertimbangkan peluang untuk mewakili negara menerusi platform Miss Universe Malaysia.
Tambahan pula kini, Miss Universe Malaysia telah berada di bawah kepimpinan baharu bermula edisi 2023 dan tentunya, peluang yang diberikan kepada juaranya juga akan bertambah lumayan.
DAN had usia Amelia tepat-tepat berada di penghujung kelayakan umur bagi menyertai pertandingan itu yang terbuka kepada gadis dari usia 18 tahun hingga 28 tahun.
“Keinginan itu ada, rasa gementar pun ada,” tinta Amelia.
“Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada nak masuk atau tak.”
“Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.
“Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi nak sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tak ada ruang untuk bertanding,” katanya.
Keinginan Amelia ini juga dipupuk oleh peraturan baharu organisasi antarabangsa Miss Universe yang tidak lagi mewajibkan pemakaian bikini sewaktu pusingan pakaian mandi. Peserta kini boleh memilih untuk memakai persalinan sukan yang lebih sopan, seperti yang dilakukan oleh dua orang wakil negara Bahrain pada edisi terdahulu.
“Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini atas pentas. Saya tak rasa saya sanggup lakukan itu sampai bila-bila,” tambah Amelia lagi.
Satu lagi punca ramai berpendapat Amelia Henderson merupakan calon terbaik untuk memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2023 adalah kerana peraturan organisasi baharu yang kini membuka penyertaan kepada wanita yang sudah berkahwin, yang sudah bercerai dan golongan ibu juga.
Ini kerana Amelia pernah bercerai daripada perkahwinan dengan Tunku Datuk Harrunarasheed Putra Tunku pada tahun 2018 setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Adakah korang rasakan Amelia Henderson patut mencuba nasib menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia 2023?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!