Lebih 245,000 tontonan telah berjaya dicatatkan oleh penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul dalam tempoh lima hari selepas video muziknya buat single terbaru berjudul Fool dipertontonkan di YouTube.
Bukan satu jumlah yang sedikit, selarilah dengan standard penyanyi berusia 29 tahun itu yang seringkali cuba melakukan sesuatu yang baharu dalam graf nyanyiannya. Sama ada ia dalam bentuk genre lagu, tata pemakaian atau strategi-strategi lain bagi memastikan peminat tidak mudah bosan; Aina sentiasa menjanjikan sesuatu yang unik.
Bercakap mengenai unik, lima persalinan berbeza telah disarungkan oleh Aina sempena video muzik Fool ini. Fuhh, memang puas tengok Aina tampil berbeza dalam tempoh 3 minit 23 saat itu.
Salah satu penampilan Aina yang paling REMAJA gemari tentunya adalah sewaktu dia memperagakan busana berpotongan oversized hitam putih rekaan pereka fesyen muda, Masyadi Mansoor.
Biarpun hanya muncul bagi 21 saat saja, ia telah berjaya mencuri perhatian ramai pihak disebabkan penggunaan perkataan Fool yang tertera pada seluruh busana; di samping permainan lampu dramatik oleh pengarahnya, M Shaffuan.
“Apabila saya bertemu dengan pasukan pengurusan Aina, mereka memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya sebagai salah seorang daripada lima pereka fesyen yang terpilih.
“Jadi saya ambil peluang ini untuk bukan saja mengekspresikan rasa kecamuk dan gambaran hati yang remuk sebagaimana yang dinyanyikan oleh Aina. Saya terinspirasi oleh bahagian korus lagu Fool itu sendiri yang mengulangi frasa “I’m a fool for you” beberapa kali.
“Bagi saya, adi busana ini adalah gambaran pendengar yang pernah dikecewakan sebelum ini. Sekilas pandang, rekaan bahagian dalamnya kelihatan seperti uniform karate. Ibarat seorang pejuang yang sedang menentang rasa kecamuk dalam hatinya dan ingin melangkah keluar daripada ‘episod lara’ ini sebagai seorang pemenang,” kongsi graduan UiTM Shah Alam ini.
Untuk pengetahuan korang, Aina Abdul dan Masyadi sebelum ini pernah bekerjasama menerusi beberapa projek lain. Sebagai contohnya, dialah yang bertanggungjawab untuk busana showcase ‘A Night With Aina Abdul’ pada Disember 2021.
Menyifatkannya sebagai salah satu momen paling diingati olehnya sebagai seorang pereka fesyen, Masyadi yang sinonim dengan siluet puffer dan oversized merasakan cukup mudah untuknya bekerja dengan Aina dan pasukannya.
Aina Abdul pada malam kedua showcase ‘A Night With Aina Abdul’ dengan menggayakan busana ciptaan Masyadi Mansoor & Shazleen Jalal
“Mereka adalah insan yang meraikan kebebasan berkarya. Lagipun, Aina ialah seorang yang berani memperjuangkan seninya dan mampu membawakan sebarang jenis look yang diberikan termasuklah look yang ‘berat’.
“Sewaktu bahagian video muzik yang memerlukan Aina memakai busana ciptaan saya itu, saya lihat dia sudahpun mengambil mood untuk mengeluarkan alter ego yang disimpannya selama ini.
Ads
“Aina ini kalau hendak tahu tidak boleh duduk diam (ketawa). Saya enjoy melihatnya begitu komited untuk menjiwai mood setiap kali sebelum melakukan persembahan,” tambah Masyadi lagi yang kini sedang mempersiapkan finalis Anugerah Juara Lagu ke-36, Noki sebelum hari Ahad ini.
Terdahulu, satu lagi ciptaan Masyadi buat Aina semasa peringkah Separuh Akhir Muzik-Muzik telah menjadi topik perbualan warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan pelakon cantik, Nadia Brian.
Menurutnya, rahsia di sebalik kecantikannya adalah hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja. Nadia akui sudah mula menjaga kecantikan pada awal usia 16 tahun, terutamanya kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.
“Ibu saya telah mengajar saya dari kecil bagaimana memilih produk yang sesuai untuk kulit saya. Ini sangat membantu dalam memastikan kulit saya sentiasa dalam keadaan terbaik,” kata Nadia.
Amalan Kiub Ais
Salah satu rahsia kecantikan Nadia yang sering dipraktikkannya ialah menggunakan kiub ais pada wajah. Nadia menjelaskan bahawa menggunakan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran memberikan kesegaran pada kulit.
Kepentingan Rutin Kecantikan
Nadia juga menekankan kepentingan menjaga rutin kecantikan yang baik dari awal. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Pilihan Kerjaya
Melihat kepada pengetahuan dan pengalaman Nadia dalam bidang kecantikan, tidak hairanlah jika dia mengakui bahawa jika dia tidak menjadi artis, dia mungkin akan menjadi seorang pakar kecantikan.
“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan,” kata Nadia sambil tersenyum.
Inspirasi Kepada Wanita
Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga diri kita dari dalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersedia untuk sebuah perayaan gaya yang penuh makna apabila Fashionably Modest Asia 2025 bakal mengangkat fesyen sopan ke pentas utama dari 18 hingga 20 November ini di Kuala Lumpur.
Acara berprestij ini diwujudkan bagi meraikan fesyen moden yang memadukan keberanian, kesederhanaan dan keanggunan wanita masa kini, sambil mengetengahkan kepelbagaian budaya dari seluruh rantau ASEAN.
FMA 2025
Fashionably Modest Asia 2025 bukan sekadar pentas peragaan, tetapi sebuah pergerakan yang meraikan identiti dan keyakinan wanita moden. Dikuasakan oleh jenama Wardah sebagai rakan rasmi kecantikan, acara ini akan dimulakan dengan kurasi eksklusif oleh Min Luna. Dikenali dengan sentuhan elegan dan kontemporari, Min menghimpunkan barisan pereka fesyen tersohor tanah air seperti TACT, Ezzati Amira, Hasz Hisham, Shaz Nash, Afiq M, Bev C, SVG, Huntilanak dan Behati dalam satu persembahan yang menjanjikan karakter serta keaslian.
“Fashionably Modest Asia 2025 meraikan fesyen yang memperkasakan wanita dengan keyakinan yang tenang, di samping memupuk pertukaran budaya dan kerjasama serantau,” kata Andrew Tan, Penasihat Gaya Hidup FMA 2025.
“Paling menginspirasikan, kita dapat melihat pereka dari seluruh ASEAN berkongsi cerita dan kreativiti mereka melalui fesyen sopan yang dekat dengan jiwa masyarakat hari ini”
Kolaborasi Serantau & Pereka ASEAN
Selain barisan tempatan, Fashionably Modest Asia 2025 turut membuka ruang kepada kolaborasi serantau melibatkan nama-nama besar dari ASEAN seperti Na Forrér (Brunei), Chris Nick (Filipina), Khaar (Vietnam) dan Benang Jarum (Indonesia). Kehadiran mereka memperkukuh mesej utama acara ini — bahawa fesyen sopan mempunyai tempat dalam arus perdana.
Pereka Tempatan Bersinar Dengan Identiti Tersendiri
Pereka tempatan juga diberikan ruang untuk menyerlah dengan gaya masing-masing. Shals KL tampil dengan rekaan santai dan ‘youthful’, Fuzana Mokhtaza mengekalkan gaya feminin yang glamor, manakala Sharifah Kirana memberi nafas baharu kepada tekstil tradisional dengan sentuhan moden. Turut serta melengkapkan barisan ialah Maglifestyle, Khatreena, Variante, N.Khan dan Radzuan Radziwill yang menjanjikan variasi gaya mempesona dan elegan.
Wardah Angkat Tema “The Season Within: Redefining Beauty”
Rakan rasmi kecantikan, Wardah, mempersembahkan tema “The Season Within: Redefining Beauty” yang mengetengahkan inovasi terkini dalam siri Colorfit, bersama Mira Filzah sebagai wajah rasmi. Keperibadian Mira yang elegan dan autentik menjadikan beliau lambang sempurna wanita moden yang yakin, tulen dan sederhana — selari dengan semangat yang dibawa oleh Fashionably Modest Asia 2025.
Lebih istimewa, Wardah turut berkolaborasi dengan sembilan pereka serantau termasuk Tangoo, Ashley@Kapas dan Atelier Prive Melson bagi mencipta dua rekaan eksklusif menggunakan fabrik deadstock. Inisiatif ini bukan sekadar mempersembahkan warna serta siluet baru, malah mengangkat mesej kelestarian dalam industri fesyen kontemporari yang semakin berkembang pesat.
Sekadar info, Fashionably Modest Asia 2025 akan berlangsung di ruang elegan dalam Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights. Acara ini bakal menjadi simbol pergerakan wanita moden yang sederhana — cerminan kepada kekuatan, keanggunan dan keindahan sebenar wanita Asia hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Craving nak makan aiskrim tapi malas nak keluar di tempat awam dimusim Covid-19 ni? Jangan risau, kini korang boleh mendapatkan aiskrim favourite korang dengan perkhidmatan atas talian Shopee.
Cuma pilih, bayar dan penghantaran terus ke rumah untuk korang menikmati kelazatan aiskrim tanpa perlu keluar rumah kerana masih patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
Confirm terliur kan? Bagaimana nak buat pesanan? Mudah saja, korang boleh terus ke aplikasi Shopee dan taip nama 7 kedai aiskrim pilihan.
Ha, mudah sahaja kan? Lepas ni korang boleh la wfh sambil makan aiskrim kegemaran. Tapi kalau penimbang berat bertambah angka jangan salahkan penulis tau. Hiks!