Bukan korang je yang ber-dating, pasangan di-Raja kita pun sama tau semasa baginda berdua masih remaja.
Sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Rasmi pada hari ini, REMAJA ingin throwback sedikit perkongsian istimewa Duli Yang Maha Muia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai kisah baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Semasa zaman remaja, kebanyakan daripada kita ditegah untuk menjalin hubungan istimewa dengan seseorang disebabkan ibu bapa. Sama juga kisahnya dengan baginda berdua.
Dalam wawancara bersama rakan media, baginda bertitah yang baginda tidak pernah keluar dating dengan Tuanku Agong kerana ayahanda baginda yakni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail (Yang di-Pertuan Agong kelapan) tegas orangnya.
“Saya jumpa Tuanku (Agong) umur 12 tahun. Tuanku berumur 13 tahun dan kita dapat berjumpa kerana Johor dan Pahang selalu berlawan polo.”
Kerabat diRaja Pahang dan Johor memang dikenali dengan minat terhadap sukan Polo.Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga meminati sukan yang sama.
Di samping itu, baginda berdua juga hanya berutus surat untuk saling berhubung disebabkan kekangan teknologi.
Ads
“Masa itu, Tuanku berangkat belajar ke England. Telefon mahal masa itu. Tuanku akan menelefon sekali sebulan tetapi antara tempoh itu tulis surat lah.” Menariknya, surat-surat itu masih disimpan hinggalah sekarang.
“Tuanku (Agong) masa berkenalan pandai menulis surat tetapi apabila berjumpa senyap. Jadi bila jumpa di padang polo, tengok-tengok sajalah.”
Alah macam kita lah curi-curi pandang dulu sebelum menjadi serius. Hihi.
Yang penting, baginda sifatkan baginda berdua bermula sebagai sahabat baik yang boleh membincangkan apa-apa jua perkara. Sweet kan!
Kanda pujaan Malaya, Remy Ishak akhirnya membuka mulut tentang status hubungannya dengan bekas tunang yang dikhabarkan telah putus.
Amboi..
“Apabila orang dah berkata saya single, saya anggap itu sebagai kesilapan saya..”
Walaupun perlu berdepan dengan rakan media ketika memaklumkan berita putus tunang tersebut, Remy dilihat masih kekal gentleman dengan kata-kata yang dikeluarkan dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Sebab itulah, kami rasakan perlunya 4 sifat gentleman ini pada seorang lelaki jikalau (kalau, okay. KALAU) berdepan dengan situasi break up.
Semasa tidak pasti dengan arah tuju relationship, lelaki (dan perempuan) seharusnya berpaling kepada bantuan Tuhan terlebih dahulu. Remy melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk daripadanya dan enggan terjebak dalam emosi.
Apa yang kita selalu nampak adalah remaja yang terlalu menggunakan emosi, memuat naik status meroyan, memekik di hadapan pasangan kerana ‘relationship’ yang diidamkan tak ke mana.
Why not korang berserah kepada Tuhan dan cuba mendapat petunjukNya, Dia kan selalu mendengar.
02
Mengaku Kelemahan
Mana ada orang yang sempurna. Girlfriend korang tak sempurna, korang pun tak.
Jadi apabila timbul masalah dalam relationship, sebaiknya korang lihat ke dalam diri sendiri dan belajar untuk menerima kelemahan masing-masing.
“Sebagai manusia saya cuba memperbaiki diri, ada benda yang saya pernah terlepas pandang. Saya mungkin terlalu fokus pada diri sendiri yang kurang perhatian pada orang lain,” katanya.
Ketika ditemui semalam, Remy berkata bahawa tanggungjawab seorang lelaki terhadap perempuan yang disayanginya adalah amat besar. Tak kiralah sama ada sudah sah bernikah, bertunang atau tengah couple pun, bila lelaki memilih seorang perempuan sebagai ‘the one’, korang harus faham tanggungjawab yang korang pikul. Anak dara orang oi!
“Saya terpaksa melepaskan dia selepas tempoh 2 tahun kerana tak mahu mengikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik jika saya lepaskan.”
04
Tak Mahu Buka Aib
Bila dah dilanda emosi break up, baik lelaki atau perempuan pasti akan mempunyai tendency untuk menceritakan segala kelemahan pasangan kepada keluarga, kawan dan paling teruk, di media sosial. Untuk apa? Untuk melepaskan kekecewaan peribadi?
Remy tetap tidak mahu menceritakan isu yang dihadapi oleh dia dan bekas tunang walaupun tidak lagi bersama. Segala kesilapan diri dan pasangan juga ditutup oleh Remy kemas walaupun pertanyaan datang dari rakan media.
Perkahwinan kedua penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina bersama pilihan hatinya yang juga penyanyi rap antarabangsa, Essam Muhammad baru-baru ini, nampaknya masih tidak terlepas lagi dari kata-kata pujian daripada warganet.
Mana tidaknya, pasangan merpati dua sejoli itu dilihat sangat manis dan mesra sebagai suami isteri ketika sedang berbulan madu di negara Turkiye.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video Mizz Nina bersama suami tercintanya itu yang dilihat sedang berbulan madu di Cappadocia, Turkiye.
Dalam klip video berkenaan, Mizz Nina dilihat menggayakan dress biru panjang dengan berlatarbelakangkan beberapa belon panas. Manakala suaminya dilihat sedang merakam momen indah tersebut.
Hal itu sekali gus meraih perhatian warganet yang merasakan Mizz Nina lebih tenang bersama pilihan hatinya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut bahagia melihat pasangan itu yang berkongsi momen indah bersama.
Selain itu, terdapat juga komen yang merasakan Mizz Nina membuat pilihan yang tepat dek kerana perkahwinan yang gagal sebelum ini menemukannya dengan seorang yang lebih serasi.
“Alhamdulillah, jodoh ini nampak lebih serasi dan tenang sahaja nampak Mizz Nina. Semoga kekal…” komen seorang pengguna.
“Gagal sekali dalam rumah tangga.. tidak semestinya sentiasa akan gagal… pasti akan ada bahagia akhirnya dengan orang yang tepat,” komen juga pengguna lain.
“Kadang-kadang kita kena melepaskan kerana ada yang lebih baik menunggu… moga bahagia hingga Jannah,” tulis lagi seorang peminat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pada awalnya, REMAJA enggan menyentuh isu perhubungan tiga segi di antara finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil; rapperYonnyboii dan pempengaruh media sosial, Nik Nazira Narriman yang tular sejak hujung minggu lalu dengan terlalu mendalam.
Untuk korang yang ‘terlepas train’, jom kita recap.
Imran Aqil dan Nik Nazira pernah menjalin hubungan cinta selama hampir dua tahun. Namun dalam diam, mereka putus pada awal September lalu. Dalam masa yang sama, Yonny mengenali Nik Nazira sebagai kawan sebelum Imran dan Nik Nazira putus cinta lagi. Dalam masa kira-kira sebulan saja, Yonny dan Nik Nazira mengejutkan ramai pihak apabila terus mengikat tali pertunangan selepas tempoh pengenalan yang singkat.
Faham dah?
Bagi REMAJA, soal hubungan cinta tidak mengenal jarak tempoh pengenalan. Jika hati sudah suka dan ‘timing’ sempurna, mengapa perlu menunggu bertahun-tahun sebelum bertunang?
Cuma, REMAJA terpanggil untuk mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak agar tiada spekulasi tidak benar mengenai mereka bertiga ini yang timbul.
REMAJA jujurnya tidak terkejut apabila mendapat tahu Yonnyboii dan Nik Nazira sedang saling mengenali hati budi masing-masing. Ini kerana Imran sendiri mengakui telah putus cinta pada awal September lalu.
Tidak lama selepas itu, REMAJA perasan beberapa kali Yonny dan Nik Nazira pernah melakukan sesi Instagram Live bersama-sama pada awal pagi (mungkin sekitar jam 3 pagi) walaupun untuk tempoh sekejap dan tidak di-‘saved’ ke dalam feed Instagram mereka.
Namun, apabila Yonny mengumumkan pertunangannya dengan Nik Nazira Sabtu lalu, ramai terkejut dengan berita tersebut termasuklah REMAJA.
Tak tahulah pula mereka serius hingga ke tahap ini!
Meninjau sebentar ke arah rentetan ciapan yang dimuat naik oleh Imran pada bulan September lalu, nampak seperti penyampai radio Hot FM itu masih bersedih dengan kisah putus cintanya.
“I miss you”
“I blame myself”
“Ingat, menaruh harapan pada manusia adalah seni terbaik untuk menderita”
Fuhh.. tapi kesedihannya tidaklah berlarutan.
Sebaik saja mendapat tahu pertunangan bekas kekasihnya itu dengan Yonny, Imran enggan memandang perkhabaran itu secara negatif dan mendoakan agar urusan pasangan tersebut dipermudahkan Allah SWT.
“Saya tidak mahulah sesiapa bercakap buruk mengenai mereka berdua. Cukuplah sekadar menghormati (keputusan) mereka.”
Imran turut membuka mulut kepada sebuah portal media mengenai hal ini. Dia berharap agar dirinya juga diberikan masa dan ruang.
“Walaupun kami pernah bercinta selama hampir dua tahun, kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak lagi membuka kisah lalu dan fokus kepada apa yang menanti di depan saja,” jelas penyandang gelaran Hero Inspirasi 2020 itu.
Eloklah tu Imran! REMAJA gembira mendengar dirinya kuat berdepan soal cinta ini.
Cuma, yang sedikit kurang enak adalah apabila para peminat masih mengecam Yonny dan Nik Nazira dengan komen-komen pedas susulan pengumuman pertunangan itu. Imran dah boleh terima, korang pula masih tak boleh move on, ya?
Ada yang mendakwa Yonny merampas bekas kekasih Imran itu sehinggakan Yonny mara ke depan dan memperbetulkan keadaan.
Kata rapper berusia 23 tahun itu kepada sebuah lagi portal semalam, “Saya tidak kenal (Imran) secara peribadi, dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun, saya memang berkawan saja dengan Nina (panggilan untuk nik Nazira).
“Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini (adalah) urusan nak berkahwin saja,” kata Yonny yang juga berkongsi sedang merancang persiapan perkahwinan mereka pada 22 Januari 2022.
*
Kita dah dengarkan pendapat kedua-dua belah pihak. Harapnya tiada lagilah kecaman yang pasangan itu akan terima selepas ini. Doakan mereka agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Dan satu lagi perkara Imran memandangkan dia kini single..
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.