Benarlah, umur bukan penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat pendidikan tinggi. Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan.

Baru-baru ini, penyanyi kumpulan nasyid terkenal, Saujana, Dr. Idzu Baharin telah menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada Majlis konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan Terdahulu Buahkan Hasil, Diddy Hirdy Berjaya Genggam PhD University Of Liverpool

Usia Bukan Penghalang, Dr. Idzu Penyanyi Nasyid Saujana Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi

Idzu yang kini bergelar usahawan berjaya itu dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.

IKLAN

Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, usia bukan halangan buat dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada khalayak di luar sana.

“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.

“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tetapi jangan menganggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.

IKLAN

Usia Bukan Penghalang, Dr. Idzu Penyanyi Nasyid Saujana Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi

Dalam pada itu, pemilik syarikat Cell Tissue Sdn. Bhd itu turut berkongsi teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.

IKLAN

“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.

“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Dr. Idzu Baharin

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI