Terbaru, kisah penuh emosi mengenai SUGA dari kumpulan sensasi global BTS sekali lagi menjadi tular selepas seorang pakar psikiatri kanak-kanak, Dr. Cheon Keun Ah, berkongsi pengalaman istimewanya bersama bintang itu dalam program terapi muzik dikenali sebagai MIND.
Menurut Dr.Cheon, selepas SUGA atau nama sebenarnya Min Yoongi (32) tamat menjalani khidmat militarinya, beliau telah melibatkan diri sebagai sukarelawan di Hospital Severance, Seoul sepanjang musim bunga. Dalam tempoh itu, SUGA turut menyumbang sebanyak 5 bilion Korea Won (kira-kira RM17.4 juta) bagi pembinaan pusat rawatan baharu untuk kanak-kanak autisme.
Menurut laporan, Dr. Cheon dan pelantun lagu ‘Daechwita’ itu mula berkolaborasi sejak November tahun lalu dan menghasilkan program MIND yang membawa maksud Music, Interaction, Network, Diversity. Program ini bertujuan membantu kanak-kanak autisme mengembangkan kemahiran sosial dan emosi mereka melalui terapi muzik.
Dalam sebuah video YouTube baru-baru ini, Dr. Cheon turut mendedahkan satu insiden menyentuh hati melibatkan seorang remaja dalam program berkenaan di mana remaja ini telah dirawat olehnya sejak zaman tadika dan merupakan individu dalam spektrum autisme yang tidak tahu bermain sebarang alat muzik.
“Pada peringkat awal program, dia sangat pendiam dan tiada ekspresi. Suatu hari, ketika melihat rakan-rakan lain bermain alat muzik, anak itu berkata perlahan dengan wajah suram, ‘Saya tak tahu main apa-apa pun…’,” kata Dr. Cheon.
Melihat situasi itu, SUGA terus mendekati remaja tersebut dan berkata, “Suara awak pun satu instrumen juga. Nampaknya awak kena menyanyi saja lah.” dan melalui respon itu ia seperti memberi sinar kepada remaja berkenaan.
Ads
“Dia tersenyum lebar dan mula menyanyi dengan kuat! Semua orang terkejut dan sangat tersentuh!” jelas Dr. Cheon lagi.
Ads
Malah, menurutnya lagi, remaja itu pulang ke rumah dan memberitahu ibunya dengan penuh semangat, “Ibu! Cikgu Min kata suara saya adalah instrumen. Saya nak menyanyi sekarang!”.
Sementara itu, kisah ini nyata mengundang pujian dari kalangan peminat BTS iaitu ARMY dan juga masyarakat yang mengangkat kepekaan dan kelembutan hati SUGA dalam mendekati kanak-kanak istimewa. Momen istimewa itu sekaligus membawa makna besar, dan menjadi bukti bahawa muzik dan kata-kata ikhlas mampu merubah dunia seseorang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil di pentas akhir Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Thailand.
Hal itu didedahkan sendiri oleh CEO baharu Miss Universe Organization, Nawat Itsaragrisil, menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Menurut Nawat, pihak penganjur sangat teruja apabila anggota termuda BLACKPINK itu dijemput sebagai tetamu istimewa, namun perbincangan dengan pihak pengurusannya agak mencabar.
Dalam pada itu, Lisa dilaporkan telah menolak tawaran tersebut disebabkan konflik jadual yang padat. Menurut wakilnya, Lisa sudah pun mempunyai komitmen sepanjang tahun, termasuk beberapa projek hiburan besar yang akan datang.
Antara komitmen terbaru Lisa ialah penglibatannya dalam dunia lakonan menerusi siri Amerika terkenal, The White Lotus musim ke-3. Walaupun wataknya sebagai Mook tidak banyak mendapat masa layar, peminat tetap teruja melihat kemunculan idol kesayangan mereka di kaca televisyen.
Tambahan pula, Lisa berjaya memulihkan reputasi vokalnya selepas dikritik kerana lip-sync di Oscars 2025 serta persembahannya di Coachella baru-baru ini menjadi topik hangat apabila ramai memuji kemampuannya menyanyi dan rap secara langsung.
Pada masa yang sama, warga internet juga rata-rata bersetuju bahawa Lisa kini semakin menyerlah tampil di atas pentas sebagai penyanyi solo.
Walaupun kecewa kerana Lisa tidak dapat hadir ke Miss Universe, Nawat menghormati keputusannya dan memahami jadualnya yang padat.
Sekadar info, tiket acara tersebut sudah pun mula dijual dengan harga mencecah USD1,475 dan bakal berlangsung di IMPACT Arena, Muang Thong Thani, Bangkok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, pejam celik, penyanyi yang popular dengan cukup banyak lagu termasuk hit terbarunya, ‘In My Blood’ telah menyambut hari lahirnya yang ke-20 pada 8 Ogos yang lalu.
Siapa sangka penyanyi muda yang berasal dari Kanada ini yang mula memuat naik lagu-lagu nyanyiannya menerusi aplikasi Vine pada tahun 2013 menjadi satu nama yang sangat popular dalam industri nyanyian.
Dia yang juga menjadi satu-satunya penyanyi pertama berjaya mendapatkan kedudukan pertama menerusi empat lagu berbeza dalam carta Adult Pop Song Chart Billboard sebelum mencapai umur 20 tahun.
Menerusi laman Twitter-nya, Shawn Mendes mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan dan peminat yang menguapkan selamat hari lahir kepadanya.
Dan di laman media yang sama juga ramai rakan-rakan artis serta superstar turut mengambil peluang mengucapkan hari lahir kepadanya. Artis seperti Camila Cabello, Niall Horan, Kevin Abstract, Ellen DeGeneres dan ramai lagi.
Dan berkebetulan, Editor REMAJA iaitu Fz Aimman turut menyambut hari lahirnya semalam.
Jadi dari team REMAJA, kami ucapkan, HAPPY BIRTHDAY guys! Semoga terus sukses dan happy sentiasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan kumpulan K-Pop popular, BTS menerusi lagu Dynamite yang menduduki tangga teratas dalam carta lagu Amerika Syarikat, Billboard Hot 100, timbul pula satu spekulasi tentang penangguhan latihan ketenteraan oleh salah seorang anggota mereka.
Big Hit Entertainment memberi spekulasi bahawa pendaftaran latihan ketenteraan Jin BTS mungkin akan ditangguhkan sehingga akhir tahun hadapan.
Menurut agensi, Jin yang sepatutnya menyertai latihan tentera sebelum hujung tahun ini ber’kemungkinan besar’ dapat menangguhkan pendaftarannya sehingga akhir tahun 2021.
Khabarnya, Akta Perkhidmatan Tentera sedang disemak semula untuk memberi pertimbangan terhadap selebriti yang banyak menyumbang daripada segi budaya dan ekonomi bagi senarai individu-individu yang layak menangguhkan latihan ketenteraan.
Walaupun belum disahkan secara rasmi, namun label tersebut menyatakan bahawa situasi ini berkemungkinan besar akan berlaku.
Jadi, sama-sama kita nantikan sama ada Jin sah menangguhkan latihan tenteranya atau tidak.