Haa, panas bukan sebarang panas tetapi panas disebabkan kehangatan muzik yang bakal melanda Miri tidak lama lagi!
Kota Miri bakal menjadi lokasi tumpuan ramai peminat muzik tanah air pada Mei ini apabila ia bakal menyajikan bukan satu tetapi dua konsert berskala mega pada dua hari berbeza.
Ia bersempena acara Konsert MeleTOP TVS yang bakal berlangsung pada 17 Mei 2025 bertempat di Stadium Tertutup Miri dengan sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Sarawak (MTCP) dan UMobile.
Kolaborasi julung kali di antara TVS dan Astro ini menjanjikan nama-nama penghibur berkelas A yang dijadualkan berada di sana pada 17 Mei bagi menghiburkan korang semua.
Ads
Antaranya termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy Anam, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi pengibur yang akan menyajikan persembahan pop kontemporari dengan suntikan kebudayaan dari Borneo.
Dayang NurfaizahDollaStacy
Manakala pada 21 Mei nanti pula, kehangatannya diteruskan dengan acara Konsert Berkat Gawai – Kaamatan yang diterajui oleh ratu rock negara, Ella; Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Izzy, SMDX dan Marina Jara dari Kalimantan.
Acara yang bermula pada jam 7.30 malam ini adalah bersempena perayaan gemilang Gawai dan Kaamatan pada tahun ini dan ia turut akan kembali disiarkan pada 31 Mei 2024 kelak pada jam 9 malam di saluran TVS bagi tontonan korang yang tidak dapat hadir ke sana.
Ads
EllaSMDX
Menteri MTCP, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kedua-dua acara hiburan menerusi jelajah Hello Miri ini merupakan satu usaha industri kreatif tempatan bagi menggalakkan lagi kehadiran pelancong terutamanya dari Semenanjung Malaysia, Brunei dan Kalimantan ke negeri Sarawak.
Dengan kolaborasi yang terjalin di antaran TVS dan Astro ini, kedua-dua buah konsert ini lebih daripada sekadar acara hiburan tetapi juga merupakan satu peluang untuk menjana ekonomi di samping menyatukan pencinta muzik dari pelbagai latar belakang.
Tambahan pula dengan sambutan ulang tahun ke-20 bandar Miri yang bakal menjelang, pemilihan Miri sebagai lokasi tumpuan pada bulan Mei ini bertambah bermakna buat negeri Sarawak sendiri.
Oleh itu, korang jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket masuk percuma ke kedua-dua konsert monumental sempena jelajah Hello Miri ini di tvsarawak.my/kejutan-tvs. Cepat tau kerana tiket yang tersedia adalah terhad!
Jumpa di Miri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tular di media sosial seluruh dunia semalam mengenai statement ayam rendang perlu crispy atau rangup di pertandingan MasterChef UK, respon yang diterima oleh netizen bertuli-tuli memenuhi ruangan status dan Tweet.
Semuanya gara-gara resepi ayam rendang salah seorang peserta rancangan itu yang dikatakan tidak cukup rangup dan garing.
Hari ini, tiba giliran jenama makanan segera untuk mengambil kesempatan terhadap isu ini.
Respon KFC.
KFC Malaysia menerusi akaun Facebook memuat naik sekeping gambar dengan tagline ‘Bukan Rendang’. Statement sindiran ini untuk memberitahu ayam goreng KFC tidak harus dikelirukan dengan ayam rendang.
Malah, caption mereka juga berbunyi, “Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!”
Selain daripada KFC, sebuah lagi jenama makanan segera, myBurgerLab juga mengambil kesempatan di Twitter mereka.
Respon myBurgerLab.
Sambil memuat naik gambar burger ayam goreng mereka dengan kuah, caption-nya pula berbunyi nakal. “Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?”
Kelasnyaa, cepat je orang Malaysia ni kalau bab nak buat parodi! Hehe..
Mungkin selepas ini, banyak lagi jenama makanan segara yang akan memperkenalkan menu ayam rendang baru? Love!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang tahu tak, tulisan Jawi sudah menjadi identiti orang Melayu sejak hampir 1000 tahun dahulu. Malangnya kini orang Melayu sendiri, remaja terutamanya tidak tahu membaca,menulis dan paling teruk keliru dengan bahasa Jawi dan bahasa Arab. Ishhh parah ni!
Terbaru, demi memartabatkan kembali tulisan Jawi yang semakin dipinggirkan, Negeri Pahang kembali dengan solusi unik iaitu menguatkuasakan penggunaan tulisan Jawi di semua kedai atau premis perniagaan.
Penguatkuasaan ini dilakukan susulan daripada titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Riayatudiin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 13 November tahun lalu sempena Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi Negeri Pahang.
Identiti Orang Islam dan Budaya Melayu
Hasrat baginda melakukan demikian adalah supaya tulisan Jawi lebih diperkasa, dibudayakan dan tidak hilang begitu sahaja. Menurut baginda lagi, tidak salah jika tulisan Jawi dipamerkan di bangunan dan jalan kerana ianya melambangkan identiti kebanggaan bangsa Melayu dan Islam.
Tulisan Jawi sepatutnya tidak dijadikan sebagai isu kerana ianya hanya sebagai perlambangan identiti orang Islam dan budaya Melayu dan dibuat tanpa menindas identiti bangsa-bangsa lain.
Tak Perlu Papan Tanda Baru
Tapi jangan risau, pemilik premis tidak perlu menaikkan iklan atau papan tanda baharu sebaliknya hanya menampal (tulisan Jawi) dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan dan sekiranya mana-mana premis yang ingkar atau gagal melakukan demikian bakal berdepan dengan tindakan denda atau kompaun.
Manakala menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Rawa, hari Jumaat diumumkan sebagai hari penggunaan tulisan Jawi sebagai pengantar rasmi kerana tulisan Jawi bukan hanya milik bangsa Melayu sahaja tetapi merupakan tradisi, warisan dan budaya bangsa Malaysia.
Malah bermula 2020, Johor turut mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat agama Islam termasuklah agensi yang berada di bawah Jabtan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Bagus idea dan inisiatif yang dilakukan oleh Negeri Pahang ni kan, sekurang-kurangnya remaja masa kini tidak melupakan terus tulisan Jawi yang pernah menjadi kebanggaan orang Melayu suatu masa dulu. So negeri-negeri lain bila pula nak ikut langkah ini.
Sumber: Portal Diraja Pahang, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan senang nak lakonkan watak sebagai pelajar disleksia. Namun Nafiz Muaz berjaya membawakan watak itu dengan baik untuk telefilem Takkan Gentar, Sabtu lalu.
Takkan Gentar menemui penonton menerusi slot Cerekarama di saluran TV3 dan ia memberikan impak besar kepada penonton. Ini berikutan jalan ceritanya yang mengisahkan liku-liku seorang atlet paralimpik untuk membuktikan diri dalam bidang sukan.
“Takkan Gentar ialah mengenai pelajar istimewa yang kurang dari segi pelajaran tapi mempunyai bakat sukan terpendam. Dia ada kelebihan iaitu larian.
“Apa yang membuatkannya berbeza daripada cerita sukan lain adalah kisahnya yang mirip dengan kisah benar atlet paralimpik Malaysia sendiri. Jurulatihnya tak pernah putus asa kerana bersemangat untuk memberi tunjuk ajar kepada anak pelajar yang dipinggirkan ramai orang,” kata pelakon berusia 21 tahun itu.
Takkan Gentar mengisahkan Omar Ali (Eman Manan) yang gigih mengilap bakat Ibrahim (Nafiz Muaz), seorang anak muda yang mempunyai masalah pembelajaran (disleksia) dalam bidang sukan. Namun, ibunya Suri mahu anaknya tumpukan kepada pelajaran dan enggan anaknya itu kecewa jika tidak berjaya dalam pertandingan larian kelak.
“Saya banyak belajar dengan kak Zarina Zainuddin (Suri).
“Saya panggil dia ibu dan selalu bertanya mengenai watak saya memandangkan beliau sendiri berpengalaman bersama anak-anak istimewa. Beliau tak pernah lokek untuk berkongsi kisah dan tunjuk ajar agar lakonan saya lebih menjadi.”
Nafiz juga meminta pandangan pengarahnya, Dato Ahmad Tamimi Siregar serta pelakon senior seperti Eman Manan dan Fauzi Nawawi bagi menjayakan watak Ibrahim.
Ada juga penonton yang menyamakan kisah ini dengan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik negara, Abdul Latif Romly dan Ridzuan Puzi.
*
Rata-rata penonton meluahkan rasa kagum dengan telefimen Takkan Gentar memandangkan kita berada dalam bulan kemerdekaan. Bagi mereka, tidak banyak skrip seperti ini yang ditayangkan di televisyen.
“Satu lakonan yang mantap.”
“Terbaiklah, keep going.”
“Nafiz bertuah selalu dapat peluang berlakon dengan pelakon hebat seperti abang Eman.”
“Harap penerbit teruskan dengan drama yang memberi inspirasi kepada remaja.”
“Bagus dapat buka mata mengenai pelajar diasleksia. Masih ramai yang tak faham.”
Takkan Gentar adalah telefilem tepat untuk ditonton pada bulan kemerdekaan ini. Bukan sahaja mesej untuk tidak putus asa itu ‘sampai’ malah sedikit sebanyak ia juga dapat membuka mata orang ramai mengenai sukan paralimpik di negara ini.
Syabas kepada kesemua yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.