This is not just your regular concert, this is a celebration!
Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei ini menerusi jelajah Hello Miri dengan barisan selebriti yang diminati sempena countdown Konsert Meletop 17 Mei.
Dijadualkan berlangsung dari 9 Mei hingga 11 Mei nanti di Permaisuri Imperial City Mall, Hello Miri merupakan inisiatif Astro sebagai buah tangan orang Sarawak yang padat dengan aktiviti pentas, pra tonton kandungan terbaharu Astro dan demonstrasi produk yang paling ons.
Oleh itu, sebelum korang berhibur dengan persembahan secara live oleh penyanyi-penyanyi ternama seperti Dayang Nurfaizah, Dolla dan Stacy pada Konsert Meletop TVS pada 17 Mei, jom kita warm up dahulu dengan sesi meet and greet bersama selebriti jemputan khas ini.
Ads
Antaranya termasuklah Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Isaac Voo, Siti Saleha, Haneesya Hanee, Wani Kayrie, Dinda Dania, Firdaus Rahmat, Shahrul Kamal, Adira, Ayu Damit, Tomok, Priscilla Abby, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Kaka Azraff dan ramai lagi!
Nadhir NasarMierul AimanIsaac Voo
Dalam acara yang akan dihoskan oleh Keanu Azman dan Munabella ini juga, korang akan disajikan dengan pratonton kandungan dan naskah-naskah terbaru daripada Astro. Aren’t you excited to be among the firsts? We sure are!
Pada 10 Mei, Astro Rewards akan membawakan dua artis antarabangsa, Zhang Ze Tong dan Tyler Ten yang merupakan pelakon daripada drama bersiri Little Nyonya dan korang berpeluang menemui mereka bagi sesi meet and greet.
Ads
Tambah menarik lagi sekiranya korang merupakan pelanggan Astro, korang juga berpeluang untuk menemui selebriti-selebriti seperti Mierul, Nadhir, Nikki dan Kaka secara lebih dekat dan eksklusif sebagai ganjaran istimewa oleh Astro Rewards pada 11 Mei.
Turut serta pada tarikh itu adalah TVS selaku rakan kolaborasi yang akan membawakan pelbagai aktiviti menarik menerusi segmen istimewa mereka di sana.
Ads
Selain penampilan dan persembahan artis, Hello Miri juga sedang mempelawa korang untuk menyertai uji bakat Kilauan Emas pada 9 Mei dari 10 pagi hingga 10 malam.
Di balik wajah yang cute dan postur tubuh yang seksi time menari, siapa sangka tersimpan hati yang mulia untuk membantu orang dalam kesusahan. Tular baru-baru ini apabila Lisa dari kumpulan Blackpink sanggup dan tidak ketinggalan melakukan kebajikan dengan menyalurkan sumbangan buat mangsa banjir di Thailand.
Penyanyi kelahiran Buriram, Thailand itu mendermakan sejumlah wang tunai sebanyak 100,000 baht (kira-kira RM13,700) kepada pelakon Dana Bin Bunleurit untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Thailand telah menenggelamkan rumah, jalan dan jambatan mengakibatkan lebih 23,000 orang hilang tempat tinggal, cukup menyentuh hati masyarakat, terutama daripada kalangan warganya.
Lisa Blackpink donated 100,000 baht to help flood victims in Ubon Ratchathani through the account of Bin Bunluerit, a well-known volunteer rescue worker and actor. @TNAMCOTpic.twitter.com/BtQXcw0tuZ
Salah seorang kenalan Lisa, Koa yang merupakan seorang blogger bertindak memuat naik gambar sekeping cek yang didermakan Lisa dengan kapsyen: “Lisa mahu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja.”
Tindakan penyanyi berusia 22 itu mendapat pujian peminatnya sehingga ada yang menggelarkan Lisa sebagai ‘malaikat’ dan ‘Ratu Thailand’.
Good job lisa, walaupun dah berjaya menempa nama dan kariernya sebagai ahli kumpulan gadis K-pop, Blackpink di Korea Selatan tapi masih tidak lupa dengan asal usulnya. Ini baru dinamakan kacang tidak lupakan kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mungkin saya terlalu mudah percaya dan bersangka baik pada orang, itulah silap saya. Tidak rasa menyesal untuk bersangka baik, tetapi pengajaran buat saya”
Itulah kata-kata yang ditutur pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengenai isu pecah amanah yang berlaku dalam syarikat yang melibatkan perniagaan miliknya, baru-baru ini.
Pelakon filem popular Pisau Cukur itu bagaimanapun menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Malah, perkara berkenaan sekali gus membuka matanya untuk tidak mudah mempercayai orang sekeliling termasuk kenalan terdekat.
“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku dan berharap menjadi pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dalam mempercayai orang serta sebagai teladan buat si pelaku juga menyesali dengan apa yang sudah dilakukan.
“Sejak kebelakangan ini, saya banyak mengalami situasi begitu (dikhianati) dengan pekerja dan kawan-kawan. Tidak boleh mempercayai sesiapa walaupun dia rapat dengan saya,” tuturnya ketika ditemu bual.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin itu memaklumkan kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Betul memang ada pecah amanah dan kes ini sangat-sangat berat dan melibatkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak. Saya tidak ingin ulas panjang kerana hal ini masih menjadi siasatan pihak polis.
“Insya-Allah kita akan tahu lebih lanjut apabila mendapat kemas kini nanti. Apatah lagi isu ini bukan membabitkan satu kes saja sebaliknya melibatkan beberapa kes lain. Saya bukan ingin mengaibkan sesiapa, sebaliknya sudah melanggar undang-undang,” katanya lagi.
Terdahulu, pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Fazura ada membuat satu laporan polis berkenaan isu pecah amanah terhadap syarikat miliknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi sensasi, Taylor Swift baru-baru ini dikhabarkan memberi bonus sebanyak USD197 juta atau lebih kurang RM872 juta kepada para pekerja yang terlibat dengan konsert ‘The Eras Tour’ yang berlangsung baru-baru ini.
Pengumuman pemberian bonus itu telah dibuat selepas konsert Taylor Swift atau nama sebenar Taylor Alison Swift (35) selesai di Vancouver, Amerika Syarikat pada 8 Disember lalu.
Antara yang bakal menerima bonus tersebut adalah katering, pemandu trak, tukang kayu, krew lampu, jurutera bunyi, jurutera instrumen, jurusolek, juru dandan, pakar terapi, penari, pemuzik, pengawal peribadi, juru ikat dan pasukan cenderahati.
Menerusi 149 persembahan The Eras Tour, Swift memperoleh pendapatan sehingga RM8.85 bilion dengan seramai 10,168,008 peminat menghadiri konsert tersebut, lapor Variety dan hasil ini merupakan dua kali ganda daripada ramalan hasil awal pada akhir tahun lepas.
Pendapatan tersebut juga adalah satu sejarah baru yang dipecahkan Swift dalam industri muzik selepas Coldplay mengutip keuntungan sekitar RM4.4 bilion menerusi 156 lokasi siri jelajah konsert Music of the Spheres World Tour pada Ogos lalu.
Terdahulu, syarikat pengurusan Swift enggan melaporkan jumlah peserta dalam lawatan itu, yang bermula pada Mac 2023. Bagaimanapun, beberapa syarikat perdagangan menganggarkan bahawa konsert jelajah itu berjaya memperoleh keuntungan melebihi USD2 bilion.
Menurut Variety dalam satu kenyataan, pencapaian ini hanya diraih daripada jualan tiket yang harganya tidak menggunakan sistem jualan harga dinamik. Namun, jika ia dijual melalui kaedah tersebut, harga tiket boleh menjadi berkali-kali ganda lebih mahal mengikut permintaan.
Sementara itu, menurut laporan New York Times, konsert The Eras Tour dengan penonton terbesar adalah di Stadium Wembley, London, dengan 753,112 orang penonton dalam tempoh empat (4) hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!