Bintang K-Pop terkenal dan juga anggota BTS, SUGA baru-baru ini menyentuh hati masyarakat apabila menyumbang sebanyak 5 bilion won (sekitar RM17 juta) kepada Hospital Severance di Universiti Yonsei, Korea Selatan bagi tujuan penubuhan pusat rawatan khas bagi kanak-kanak dan remaja dengan Autism Spectrum Disorder (ASD).
Memetik laporan media tempatan Korea Selatan, majlis pecah tanah bagi pusat rawatan tersebut, yang dinamakan sebagai Pusat Rawatan Min Yoongi (nama sebenar SUGA), telah diadakan di Daerah Seodaemun, Seoul pada 23 Jun lalu dan pusat ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan September tahun ini.
Pusat tersebut juga akan menawarkan rawatan psikiatri serta pelbagai terapi termasuk terapi bahasa, psikologi dan tingkah laku yang dirangka khas untuk membantu golongan ASD meningkatkan kemahiran sosial serta mencapai tahap berdikari.
Menurut SUGA, beliau meluahkan rasa bersyukur dan gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada proses rawatan untuk kanak-kanak yang menghidap ASD.
Ads
“Sepanjang tujuh bulan kebelakangan ini, saya terlibat secara langsung dalam kerja-kerja sukarelawan dan persiapan program ini”
“Saya mula faham bahawa muzik boleh menjadi saluran positif untuk meluahkan emosi dan berkomunikasi dengan dunia,” kata SUGA dalam satu kenyataan.
Ads
Sementara itu, menurut kenyataan media daripada Hospital Severance, Pusat Rawatan Min Yoongi akan mengintegrasikan muzik dalam latihan kemahiran sosial sebagai sebahagian daripada program yang dinamakan ‘MIND’ (Music, Interaction, Network and Diversity).
Untuk pengetahuan, program MIND dibangunkan bersama Profesor Cheon Keun-ah daripada Jabatan Psikiatri Universiti Yonsei dimana ia menekankan penggunaan alat muzik, nyanyian dan ekspresi emosi melalui muzik, yang digabungkan dengan terapi sosial konvensional untuk memberi pendekatan lebih menyeluruh terhadap rawatan autisme.
Ads
Sejak November tahun lalu, penyanyi yang kini berusia 32 tahun itu aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan hujung minggu di hospital berkenaan, termasuk bermain gitar bersama kanak-kanak autisme bagi membantu mereka menyelaraskan ritma serta meluahkan emosi.
Difahamkan, sumbangan SUGA kali ini merupakan jumlah terbesar yang pernah diterima oleh Hospital Kanak-kanak Severance daripada seorang selebriti.
Sekadar info, SUGA BTS sebelum ini memang dikenali dengan karya-karya yang menyentuh isu kesihatan mental dan kemurungan. Malah sejak aktif bersama BTS lagi, beliau kerap memberi sumbangan dan derma kepada badan-badan kebajikan serta aktif membantu remaja yang menghadapi masalah emosi dan tingkah laku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertarungan rating bagi drama Korea menjadi semakin sengit apabila banyak drama-drama terbaru yang best dapat menarik perhatian penonton.
Pada 27 Jun, kedua-dua drama SBS, Backstreet Rookie dan TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny telah mencatatkan rating tontonan tertinggi pada hujung minggu lepas.
Menurut Nielsen Korea, episode keempat Backstreet Rookie telah mendapat skor purata sebanyak 4.6 peratus dan 8.3 peratus untuk dua bahagian, sekali gus menyaksikan peningkatan ketara jumlah penonton dari malam sebelumnya dan mencatatkan rekod peribadi baru bagi drama komedi romantik itu.
Sementara itu, drama King Maker: The Change of Destiny turut melonjak ke rating tertinggi apabila episod terbaru drama ini mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuk rangkaian siaran awam dengan purata rating sebanyak 6.3 peratus.
Bagi episode ketiga drama romantik tvN It’s Okay to Not Be Okay pula mencatatkan peningkatan penonton dengan purata rating sebanyak 5.9 peratus dan 6.9 peratus, sekaligus menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua rangkaian tv kabel dan seluruh saluran, termasuklah rangkaian siaran awam.
Manakala, drama komedi aksi OCN, Team Bulldog: Off-Duty Investigation juga menyaksikan peningkatan jumlah penonton dengan memperoleh penilaian purata 2.9 peratus di seluruh negara pada malam itu.
Dan akhirnya, drama Once Again siaran KBS 2TV kekal sebagai drama yang paling banyak ditonton pada malam Sabtu dengan skor purata di seluruh negara sebanyak 23.6 peratus dan 28.0 peratus untuk dua bahagiannya.
Khai Bahar memang rapat dengan peminatnya – for a very good reason.
Selain selalu mengeluarkan single baru yang senang diminati oleh semua, Khai Bahar juga merupakan antara selebriti Malaysia yang begitu rapat dengan peminatnya. Tak kiralah sama ada golongan berusia, muda dan kanak-kanak, Khai mempunyai ‘teknik’ tertentu untuk mendekatkan dirinya dengan mereka, SELALU.
Akhir tahun lepas, Khai memberikan ucapan untuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semalam, Khai mengucapkan good luck pula kepada adik-adik yang akan mengambil peperiksaan UPSR, bermula hari ini.
Sweet ke tak?
Saja kami google, pernahkah Khai mengucapkan good luck selain 2 kali tersebut. Dan jawapannya adalah..
YES!
Khai pernah melakukannya pada tahun 2016 dan 2017 – keduanya untuk pelajar UPSR.
Kira dah jadi rutin tahunanlah ni. Hehe..Teruskan rapatkan diri dengan peminat okay, Khai Bahar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenazah pelakon tempatan, Nadia Kesuma telah selamat dimandikan oleh anak perempuannya, Sarah dan seorang rakan karib Allahyarham pada hari ini di Jeddah, Arab Saudi sebelum Allahyarham dikafankan.
Anak perempuan Allahyarham selamat tiba di sana bersama-sama suami Allahyarham, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan untuk menguruskan jenazah sepenuhnya di Jeddah seperti yang disyariatkan dalam Islam.
Allahyarham Nadia Kesuma.
Perkhabaran itu dikongsikan oleh suami Allahyarham menerusi satu hantaran di Facebook beliau.
Setelah selesai dimandikan, solat jenazah telah diimamkan oleh suaminya sendiri sebelum Allahhyarham selamat dikebumikan di sana pada 5.44 pagi waktu tempatan (10.44 pagi waktu Malaysia) hari ini.
“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan rakan Allahyarham) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya. Alhamdulillah.
“Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am,” catat Muhammad Kamarul Kabilan.
Luahan Pilu Suami Saat Perpisahan
Dalam pada itu, suami Allahyarham turut mengungkapkan rasa sedih apabila takdir menentukan sekarang sebagai waktu perpisahan mereka sekeluarga dengannya dan berjanji akan menziarahi pusara isterinya itu sekembalinya mereka di Jeddah pada masa akan datang.
“Saya terpaksa meninggalkanmu sekarang sayang… dengan kepedihan dan kesedihan di hatiku. Tetapi saya tahu kau berada di tempat yang LEBIH BAHAGIA.
“Selamat tinggal. Saya dan anak-anak akan melawatmu tidak lama lagi, insya-Allah! Amin.”
Punca Kematian Terjawab
Terdahulu, pemergian Allahyarham Nadia Kesuma yang menimbulkan tanda tanya sejak kehilangan beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lalu terjawab selepas beliau berdepan serangan jantung.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira jam 8.07 pagi mengesahkan momen tragis itu.
Allahyarhham Nadia Kesemua merupakan salah seorang daripada 21 peserta yang menyertai jemaah pakej umrah dan ziarah yang dikelolakan agensi pelancongan, NUH Travel bermula 14 Januari hingga hari kepulangan pada 28 Januari 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...