Tahun 2025 mencatatkan satu pencapaian bersejarah buat Universiti Malaya (UM). UM telah melonjak ke tangga ke-58 dunia, peningkatan tujuh anak tangga daripada #65 tahun 2024 dan sepuluh anak tangga daripada #70 tiga tahun lalu dalam QS World University Rankings 2026.
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Universiti Malaya menerusi laman Facebook rasmi milik mereka, yang mengumumkan pencapaian cemerlang UM apabila berjaya melonjak ke tangga ke-58 dunia dalam QS World University Rankings 2026.
Itu merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai dalam sejarah penubuhan universiti tersebut. Pengumuman itu turut disertai dengan ucapan penghargaan kepada seluruh warga universiti yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan gemilang ini.
“Pertama kali dalam sejarahnya, Universiti Malaya (UM) dengan penuh bangga menduduki tempat ke-58 dunia, menandakan satu pencapaian bersejarah dalam QS World University Rankings 2026, kedudukan tertinggi yang pernah diraih oleh UM.
Ads
“Pencapaian ini bukan sekadar angka semata-mata, tetapi merupakan hasil daripada komitmen tanpa henti, reformasi strategik, serta usaha kolektif seluruh komuniti UM, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan staf. Bersama-sama, kita membina masa depan yang berasaskan kecemerlangan, integriti dan impak global.
RANKING UNIVERSITI MALAYA
“UM kini mendahului negara dalam 5 daripada 9 indikator utama QS iaitu: Reputasi Akademik dan Majikan, Hasil Pekerjaan, Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa, serta Kelestarian.
“Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, mendedikasikan kejayaan ini kepada semua yang menjayakannya, sambil menegaskan kembali misi UM untuk memacu perubahan positif demi negara dan kemanusiaan. Ini baru permulaan dan belum sampai kemuncak,” jelasnya.
Ads
Ranking Universiti Malaya ini menjadi lambang pencapaian anak bangsa dan bukti bahawa institusi tempatan mampu mencapai taraf antarabangsa.
Raja Charles III dari United Kingdom telah didiagnos menghidap penyakit kanser, maklum Istana Buckingham, dan akan menangguhkan sebarang tugasan yang memerlukan Baginda berdepan khalayak ramai.
Istana Buckingham turut menyatakan bahawa segala rawatan telahpun mula dilakukan. Malah, Raja Charles III juga akan meneruskan tugasan membabitkan urusan negara dan kertas-kertas kerja rasmi.
Biarpun ia tidak mendedahkan jenis kanser apakah yang dihadapi oleh Baginda, sumber diraja terdekat di UK melaporkan kepada Reuters bahawa ia bukan kanser prostat.
Raja Charles III.
Setelah Istana Buckingham mengeluarkan pekeliling rasmi itu semalam, rakyat di UK sedikit terkejut dengan makluman baharu itu. Ini kerana keluarga diraja kebiasannya tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tahap kesihatan mereka yang dianggap sebahagian daripada urusan peribadi.
Namun, pihak istana berkata Raja Charles III sendiri tidak sabar untuk berkongsi butiran tersebut demi memastikan orang ramai lebih memahami mengenai penyakit kanser terutamanya mereka yang menghadapinya.
Tambahan pula, pekeliling tersebut dikeluarkan sehari selepas sambutan Hari Kanser Sedunia yang jatuh pada tanggal 4 Februari setiap tahun. Malah, Permaisuri Camilla juga berkesempatan melancarkan pusat bantuan kanser baharu, Maggie’s Royal Free di UK, untuk meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit merbahaya itu selain menyediakan bantuan pakar secara percuma.
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla bersama ahli keluarga diraja.
Untuk pengetahuan, Raja Charles III telah meluangkan masa selama tiga hari di hospital pada bulan Januari lalu selepas menjalani prosedur pembetulan bagi kes pembesaran prostat.
Ia berlaku kira-kira lapan bulan selepas Raja Charles III menaiki takhta sebagai pemerintah United Kingdom selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli akademik dan pemikir terkenal negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di Ibu negara.
Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 28 Januari 1922 dalam susur galur keluarga kerabat Diraja Johor dari sebelah ayahnya manakala ibunya, Hamidah Abdullah, merupakan wanita keturunan Turki. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, allahyarham merupakan seorang figura penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jasanya ternyata memberikan kesan positif kepada kita sehingga hari ini.
Dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978, allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran jenazah Allahyarham Profesor Ungku Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.
Umum mengetahui pereka fesyen Malaysia, Dato’ Jovian Mandagie pada akhir tahun 2021 telah dilantik sebagai Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia. Justeru sebagai pembukaan kepada koleksi yang dihasilkan oleh beliau dan pasukan Cheetah, sebuah pertunjukan fesyen berskala mega telahpun dilangsungkan pada bulan Mac lalu melibatkan sebuah gelanggang tenis yang dibina khas sebagai ‘comeback’ Cheetah di pentas peragaan Malaysia.
Kini, satu lagi bentuk penghargaan telah diserahkan kepada Jovian. Beliau telahpun dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif baharu pengeluar pakaian dalam, Caely Holdings dan perlantikan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Pelantikan Jovian ini dibuat seminggu selepas beliau melancarkan cawangan keempat Jovian Selcare Pharmacy yang merupakan usaha sama antara Jovian Pharma Sdn Bhd dan Selcare Pharmacy di Kompleks PKNS Shah Alam.
Selain perlantikan Jovian, Caely Holdings turut mengumumkan pelantikan peguam Sandraruben Neelamagham Sandraruben (felo di The Chartered Institute of Arbitrators atau CIArb serta Malaysia Institute of Arbitrators atau MIArb) sebagai Pengarah bebas baharunya; juga pada hari ini.
Murah rezeki menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ini kan.
Untuk pengetahuan korang, Jovian turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di HEYHO Sdn Bhd yang menghasilkan pelbagai hidangan sedia untuk dimakan dan Dapur Mandagie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.