Ahli akademik dan pemikir terkenal negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di Ibu negara.
Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 28 Januari 1922 dalam susur galur keluarga kerabat Diraja Johor dari sebelah ayahnya manakala ibunya, Hamidah Abdullah, merupakan wanita keturunan Turki. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, allahyarham merupakan seorang figura penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jasanya ternyata memberikan kesan positif kepada kita sehingga hari ini.
Ads
Dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978, allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Ads
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran jenazah Allahyarham Profesor Ungku Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.
Seorang jurutera dan jutawan teknologi, Elon Musk telah menarik perhatian masyarakat dunia apabila beliau menamakan anaknya dengan satu nama unik iaitu X Æ A-12 Musk.
Menurut Harian Metro, Elon Musk dan pasangannya, seorang penyanyi dari Kanada, Grimes sepakat memilih X Æ A-12 Musk sebagai nama bayi lelaki mereka.
Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.
Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka, “A-12 = prekursor kepada SR-17.
Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.
Namun begitu, seorang pengguna di Twitter turut menjelaskan maksud sebenar nama anak Elon Musk ini dengan formula berikut:
Hm, agak-agaknya betul ke sebutannya sebagai Kyle? Kita tunggu kenyataan daripada Elon Musk sendiri nanti. Hiks!
Mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para pelajar sewaktu belajar di alam maya. Malah bukan semua pelajar bernasib baik dapat belajar secara ‘online’ dengan baik.
Namun, hal ini tidak menjadi alasan dan mematahkan semangat bagi Nur Tasnim Mohd Fadzli, 18, apabila terpaksa berkongsi gajet untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Malah, beliau membuktikan usahanya berbaloi apabila dia meraih 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas, Pulau Pinang itu meraih hadiah berganda apabila menerima sumbangan berupa motosikal Modenas Kriss sumbangan kelab motosikal, Northern Pulsar Crew (NPC) sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR), hari ini.
Menurut Nur Tasnim, dia tidak menyangka akan memperoleh 10A kerana terpaksa bergelut untuk membuat ulang kaji secara atas talian berikutan kekangan dari segi kemudahan internet.
Apa tidaknya, dia terpaksa berkongsi satu gajet dengan dua adik berusia 10 dan 16 tahun yang turut membuat ulang kaji atas talian ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Masa COVID memang betul-betul (mencabar) sebab dari form four pun dah start PKP lepas tu form five pun sama memang sangat-sangat mencabar. Belajar online sebab kadang-kadang internet lepas tu kena share gajet dengan adik, adik ada dua orang, kena berebut juga lah…macam susah bila ada kat rumah sebab ada adik-adik,” katanya.
Nur Tasnim anak kedua dari empat beradik memberitahu dia akan menggunakan motosikal yang diterimanya apabila melanjutkan pelajaran kelak.
Menurut laporan Astro Awani, dia yang ditemani ibu bapa, Mariyatulkhetiah Mohamad, 47, dan Mohd Fadzli Abdul Rahman, 49, berhasrat melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Syariah untuk mengejar cita-cita bergelar pensyarah.
Sementara itu, Pengarah Projek CSR NPC, Mohd Akmal Rosli memberitahu, program sumbangan motosikal kepada pelajar cemerlang dirancang sejak hujung tahun lalu sebagai dorongan kepada calon yang bakal menduduki SPM.
Ia adalah sebahagian program CSR yang terpaksa dihentikan dua tahun lalu susulan COVID-19.
“Nasihat saya kepada penerima ini (motosikal) bila ada motor ini diguna ke arah kebaikan. Lepas tu kalau kata sambung belajar kat mana-mana pun motor inilah boleh guna untuk harian dan juga jadi lebih berjaya lagi untuk masa-masa depan,” katanya.
Tahniah kami ucapkan kepada adik Tasnim, moga terus berjaya di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam telah berlangsung majlis tahnik dan aqiqah, Siti Aafiyah Khalid, bayi comel kepada pasangan Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.
Wajahnya yang comel dengan senyuman manis ini dilahirkan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara Isnin lalu melalui pembedahan. Siti yang baru saja muncul dengan single “Comel Pipi Merah” ini sebelum ini menamakan anaknya Fatimah Az Zahra sebelum mengumumkan nama Siti Aafiyah secara rasmi semalam yang membawa maksud yang sangat baik.
Inilah Siti Aafiyah Khalid, memang comel betulkan…
Kata Dato’ Sri Siti pemilihan nama itu turut disepakati mereka sekeluarga kerana namanya tersebut cukup indah dari segi maknanya dalam bahasa Arab sendiri.
“Saya dapat nama ini ketika menunaikan umrah. Saya dapati ia sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat ibu negara malam semalam.
Sementara itu suaminya, Dato’ Sri Khalid, 59, berkata, nama anaknya itu mudah diingati.
“Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
“Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan menimpa, menjadi sihat dan memiliki wang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” katanya.
Betapa bertuahnya Siti Aafiyah, baru berusia 8 hari tetapi sejak semalam selepas videonya dimuat turun secara rasmi di Instagram CTDK milik ibundanya, wajah Siti Aafiyah yang comel sudah mencatat 1,864, 176 tontotan sejak 15 jam yang lalu. Alahai, ramainya yang mulai sayangkan Siti Aafiyah inikan.
Ramai peminat mengatakan bayi comel ini ada iras-iras kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Apa pun tahniah kepada Dato’ Sri Siti dan Dato’ Sri Khalid atas kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu ini selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Malah kehadiran cahayamata perempuan ini sudah ditunggu oleh Dato’ Sri Khalid sejak 18 tahun lalu kerana sebelum ini kesemua anaknya lelaki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!