Dicanang sebagai pertunjukan fesyen terbesar yang belum pernah disaksikan di Malaysia sebelum ini, jenama Cheetah kembali ke pentas peragaan tempatan semalam setelah kali terakhir melakukannya di sini pada tahun 1989.
Bertempat di MITEC Kuala Lumpur, Cheetah Malaysia bersama Pengarah Kreatif jenama tersebut, Dato’ Jovian Mandagie membawa semula nostalgia gaya-gaya era 90-an dengan inspirasi sukan tenis daripada kejohanan Wimbledon.
Koleksi ini sekaligus menandakan permulaan baharu dalam rekaan jenama Cheetah di Malaysia selepas ini agar ia lebih dekat dengan hati pemakai muda yang menggemari trend ‘fast fashion’.
Gelanggang tenis dibina khas dalam dewan MITEC Kuala Lumpur sebagai pentas peragaan fesyen Cheetah di bawah arahan Dato’ Jovian Mandagie.
70 orang model yang terdiri daripada si cilik hinggalah model dewasa mewarnai pentas dengan variasi jenis persalinan bertemakan rekaan athleisure tenis yang masih bersesuaian untuk digayakan di luar gelanggang sukan.
Kata Dato’ Jovian Mandagie, beliau mengenang semula memori zaman kanak-kanak apabila disarungkan pakaian jenama Cheetah untuk aktiviti di sekolah. Pastinya ramai di antara kita juga memiliki perasaan tersebut apabila menyebut nama jenama tersebut.
Ads
Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia, Dato’ Jovian Mandagie.
“Koleksi ini sentimental untuk saya kerana ia mengimbau kenangan 28 tahun lalu, di mana ibu saya akan membelikan pakaian Cheetah saya untuk kelas Pendidikan Jasmani. Saya masih ingat perasaan bangga dan gembira ketika memakainya pada ketika itu.
“Lalu, peluang menghasilkan keseluruhan koleksi bersama Cheetah ini merupakan satu penghormatan untuk saya dan pasukan yang bekerja keras agar ia dapat diterima oleh golongan ‘millennial’. Kami inginkan ramai orang sedar Malaysia sebenarnya mempunyai banyak jenama hebat dalam negara untuk dibanggakan,” jelasnya.
Wajah koleksi Cheetah musim bunga/panas 2022, Daiyan Trisha dan Uriah.
Koleksi musim bunga/panas 2022 ini menggabungkan sukan dan gaya hidup agar ia menjamin nilai fesyen dan keselesaan untuk pemakai lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Pemilihan materialnya dibuat dengan teliti dan palet warna campuran yang ‘fusion’ kelihatan menyegarkan bagi pemerhati yang hadir.
Ads
REMAJA juga tertarik dengan gabungan bahagian top dan bawah termasuk seluar dan skirt dengan jenama Cheetah tertera di bahagian waistband. Ia membolehkan pemakai menyuai padan pakaian berbeza mengikut citarasa dan keperluan mereka. Hendak mix and match? Go on!
Kongsi Dato’ Jovian lagi, beliau dan Cheetah Malaysia akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu di samping mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar terus relevan dan selaras dengan keinginan pembeli muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas dihentikan operasi selama beberapa bulan akibat PKP, pawagam di seluruh Semenanjung Malaysia kini sudah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Untuk hari pertama pembukaan panggung wayang, Remaja berkesempatan menghadiri tayangan perdana Raya and the Last Dragon bersama teman media yang lain.
Filem keluaran Walt Disney Pictures ini telah pun berada di pawagam dan ia menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu.
Untuk menyelamatkan bapanya, Raya berusaha keras menggembara bagi mengumpulkan lima permata yang mampu mewujudkan kuasa sakti bagi menyelamatkan bumi. Dalam penggembaraannya, Raya bertemu dengan si naga (Susi) dan beberapa karakter lain yang banyak membantu menjayakan misinya.
Secara keseluruhannya, apa yang kami boleh katakan adalah filem menegaskan tentang nilai kepercayaan yang perlu diberikan terhadap orang lain. Raya yang sudah tidak mempercayai manusia kerana pernah diperdaya oleh Puteri Namaari membuatkan dia tidak mahu lagi meletakkan kepercayaan sewenang-wenangnya terhadap orang lain.
Namun, atas nasihat yang diberikan oleh Susi, Raya akhirnya akur dan memegang prinsip untuk memberi kepercayaan kepada individu lain.
Jalan cerita filem ini juga straight forward dan mudah untuk difahami. Watak-watak seperti Susi, Tuktuk dan Boun juga mencuit hati. Korang pasti terhibur melihat telatah mereka sekawan.
Disebalik gelak tawa, ada misi besar yang perlu mereka sempurnakan.
Nah, apa lagi guys! Hujung minggu ni bolehlah korang pergi menonton. Jangan risau, semua penonton perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dan perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di pawagam. Tempat duduk pun selang satu kerusi untuk setiap penonton. Ok la kan?
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengeluh kerana stok hand sanitizer semakin berkurang dan susah untuk didapati sekarang. Jika ada pun, segelintir individu mengambil kesempatan menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal.
Walau bagaimanapun, sebuah portal di media sosial telah melaporkan bahawa kedai MR. DIY ada menjual hand sanitizer keluaran jenama mereka sendiri, malah beberapa jenis pocket hand sanitizer untuk memudahkan kegunaan pengguna.
Korang boleh dapatkan tiga jenis pocket hand sanitizer termasuklah daripada jenama MR. DIY, Lifebuoy dan Defend-V. Dijual dengan harga serendah RM3.90, RM5.00 dan Rm8.90 sudah pasti ia jauh lebih murah daripada pembelian secara online mahu pun mengikut harga pasaran sekarang.
Namun begitu, pembelian adalah tertakluk kepada stok yang ada. Jadi, korang bolehlah cari sekarang dan kalau ada, janganlah borong sampai habis pula. Ingat sikit dekat orang belakang ya. Hiks!
Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Tahun ini organisasi Miss Universe Singapura memperkenalkan mahkota baharu yang dinamakan The Better Crown. Rekaan dengan lima bintang ini mewakili lima bintang pada bendera negara itu.
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sumber gambar: Instagram Miss Universe Singapura & Nandita Banna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!