Raja Charles III dari United Kingdom telah didiagnos menghidap penyakit kanser, maklum Istana Buckingham, dan akan menangguhkan sebarang tugasan yang memerlukan Baginda berdepan khalayak ramai.

Istana Buckingham turut menyatakan bahawa segala rawatan telahpun mula dilakukan. Malah, Raja Charles III juga akan meneruskan tugasan membabitkan urusan negara dan kertas-kertas kerja rasmi.

Biarpun ia tidak mendedahkan jenis kanser apakah yang dihadapi oleh Baginda, sumber diraja terdekat di UK melaporkan kepada Reuters bahawa ia bukan kanser prostat.

Raja Charles III Didiagnos Dengan Penyakit Kanser, Ini Butiran Lanjut
Raja Charles III.

Setelah Istana Buckingham mengeluarkan pekeliling rasmi itu semalam, rakyat di UK sedikit terkejut dengan makluman baharu itu. Ini kerana keluarga diraja kebiasannya tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tahap kesihatan mereka yang dianggap sebahagian daripada urusan peribadi.

IKLAN

Namun, pihak istana berkata Raja Charles III sendiri tidak sabar untuk berkongsi butiran tersebut demi memastikan orang ramai lebih memahami mengenai penyakit kanser terutamanya mereka yang menghadapinya.

Tambahan pula, pekeliling tersebut dikeluarkan sehari selepas sambutan Hari Kanser Sedunia yang jatuh pada tanggal 4 Februari setiap tahun. Malah, Permaisuri Camilla juga berkesempatan melancarkan pusat bantuan kanser baharu, Maggie’s Royal Free di UK, untuk meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit merbahaya itu selain menyediakan bantuan pakar secara percuma.

Raja Charles III Didiagnos Dengan Penyakit Kanser, Ini Butiran Lanjut
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla bersama ahli keluarga diraja.

Untuk pengetahuan, Raja Charles III telah meluangkan masa selama tiga hari di hospital pada bulan Januari lalu selepas menjalani prosedur pembetulan bagi kes pembesaran prostat.

IKLAN

Ia berlaku kira-kira lapan bulan selepas Raja Charles III menaiki takhta sebagai pemerintah United Kingdom selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September 2022.

Sumber: (1)

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI