Cinta itu unik. Tak pernah mengira siapa tetapi andai timbul perasaan di hati, semua boleh berlaku. Disebabkan uniknya cintalah, seorang pemandu grab, Nur Khamid, warga Indonesia, tidaklah sekacak mana tetapi telah bertemu jodoh dengan gadis Barat yang sangat cantik iaitu Polly Alexandrea Robinson, 21 tahun.

Nur Khamid berusia 26 tahun berasal dari Dusun Gaten, Desa Ketunggeng, Kecamatan Dukun, Jawa Tengah dikatakan sangat beruntung kerana isterinya sangat cantik dan dengan rela hati memeluk agama Islam selepas keduanya bertemu di Bali, tempat Nur Khamid bekerja.

Kisah cinta pasangan ini menjadi sensasi dan viral di Indonesia kerana isterinya sangat cantik sedangkan Nur Khamid hanya biasa-biasa sahaja. Apa yang lebih viral, mereka hanya bernikah, Khamid memberikan isterinya hantaran iaitu telekung, cincin dan beberapa kelengkapan lain. Wang hantaran pun tidak diberi kerana tidak cukup wang.

Uniknya Cinta! Tanpa Wang Hantaran, Pemandu Pelancong Indonesia Ini Bertemu Jodoh Dengan Gadis Barat Jelita
Pasangan ini dinikahkan dalam satu majlis sederhana. Hantarannya hanya telekung, cincin serta sedikit yang lain. Malah wang hantaran juga belum diberi kerana tidak cukup wang

Menurut ibunya, Juwariyah, 58 tahun, menantunya dengan rela hati memeluk agama Islam dan pernikahan antara mereka dijalankan dalam suasana sangat sederhana. Hanya dihadiri oleh penghulu, penduduk setempat, jiran tetangga dan sanak saudara sahaja.

“Anak saya sudah enam tahun bekerja di Bali. Dia kenal dengan Polly dua tahun lalu. Majlis pernikahan ini juga tidak dihadiri ahli keluarga Polly. Hantaran juga belum diberi kerana wang tak cukup,” kata ibunya.

Pasangan ini hanya bernikah dan beberapa jam kemudian, keduanya kembali bertolak ke Bali kerana Khamid perlu bekerja. Malah dia juga sedang mengumpul wang untuk bertemu keluarga mentuanya yang menetap di Manchaster, United Kingdom.

IKLAN
Uniknya Cinta! Tanpa Wang Hantaran, Pemandu Pelancong Indonesia Ini Bertemu Jodoh Dengan Gadis Barat Jelita
Bali menjadi saksi kisah cinta Khamid dan isterinya Polly di mana Khamid bekerja sebagai pemandu pelancong di pulau yang sering menerima kunjungan pelancong Barat ini.

Tambah Juwariyah lagi, sepanjang dua tahun berkenalan, sudah empat kali dia bertemu Polly.

“Dia biasa sangat. Memang awalnya berbeza dari segi bahasa, negara, soal selera makn dan segala-galanya. Malah ketika dia bertandang ke rumah, Polly hanya makan sayur-sayuran dan menolak makan lauk pauk.

“Memang susah untuk berkomunikasi kecuali dibantu oleh anak yang sudah fasih berbahasa Inggeris. Biasanya kami pakai bahasa tubuh. Apa dicakapnya, saya hanya angguk-angguk sahaja,” katanya mengakui tidak pandai berbahasa Inggeris dan komunikasi antara mereka hanyalah bahasa isyarat.

IKLAN

Masa yang sama Juwariyah berkata, menantunya sangat cepat membiasakan diri dengan situasi kampung yang mana kehidupan mereka tidak sekaya mana.

“Dia sudah boleh ke dapur, ambil makanan sendiri dan menganggap saya seperti ahli keluarganya yang jauh di Barat. Jujurnya saya sendiri tidak menyangka akan mendapat menantu yang sangat cantik dan berasal dari negara Inggeris,’katanya Juwariyah menceritakan detik perkenalan anaknya sebelum bernikah itu.

Sumber : Kompas.com

IKLAN

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI