UNESCO Iktiraf Songket MALAYSIA Sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’

Share

Satu lagi warisan budaya kebangsaan kita telah diiktiraf oleh Pertubuhan Saitik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)!

Kali ini, giliran kain tenunan eksklusif bangsa Melayu iaitu songket untuk disenaraikan dalam Senarai Wakil Warisan Bangsa Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan atau ‘List of Intangible Cultural Heritage of Humanity.

Untuk pengetahuan, beberapa warisan budaya di Malaysia telah disenaraikan sebelum ini di bawah kategori sama oleh UNESCO.

Ini termasuklah tarian Mak Yong, lagu Dondang Sayang, Silat, Pantun dan upacara Wangkang yang merupakan festival kebudayaan masyarakat Cina untuk menghalau makhluk halus jahat.

Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng bangga memperagakan kostum nasional berfabrik songket semasa bertanding di Vegas Mall, Moscow dekat Rusia.

Pengumuman pemilihan songket itu telah dilakukan di Ibu Pejabat Bandar Raya Kreatif oleh UNESCO yang terletak di Paris, perancis sewaktu berlangsungnya Mesyuarat ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.

Ia setelah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengemukakan songket sebagai calon kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac 2020.

Finalis Dewi Remaja 2019, Dian Fernandez dalam persalinan kebaya songket Salikin Sidek.
Finalis Dewi Remaja 2019, Sharlina dalam persalinan kebaya songket Salikin Sidek.
Finalis Dewi Remaja 2019, Amanda dalam persalinan kebaya songket Salikin Sidek.

Secara tidak langsung, pengiktirafan oleh UNESCO ini akan meningkatkan lagi kesedaran umum terhadap warisan negara yang perlu dilindungi kelestariannya agar ia dapat menjadi warisan turun-temurun.

Di samping itu, diharap agar lebih ramai golongan remaja akan berminat untuk berkecimpung dalam seni tenunan Songket. Ia bukan hanya sejenis fabrik tradisional saja tetapi kini sudah bergelar warisan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mana tahu, selepas ini bakal ada inovasi baharu terhadap penghasilan songket dan pembaharuan motif tenunan songket yang bakal diminati oleh generasi akan datang.

Diharap dengan pengiktirafan ini, tiadalah pihak yang akan ‘claim’ songket sebagai fabrik kebangsaan mereka pula ya. Oopss!

ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Malaysia Jadi Sasaran 16,000 Warganet Indonesia Gara-Gara Kain Batik – REMAJA

BACA LAGI : Sekali Lagi, Kostum Nasional Malaysia Jadi Bahan ‘Claim’ Pemerhati Indonesia – REMAJA

*

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN