Kredit foto: utusan.com.my

Malaysia menang 3-1 ke atas India!

Kehadiran Ng Tze Yong ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi pengganti Lee Zii Jia dianggap bukanlah pencabar emas kerana dia hanya berada di kedudukan ranking ke-48 dunia ketika dipilih sebagai pengganti.

Namun hari ini pemain badminton berusia 22 tahun ini mencipta kejutan apabila berjaya mengalahkan bekas pemain No.1 dunia, Kidambi Srikanth 21-19, 6-21, 21-16 dalam acara perseorangan lelaki badminton berpasukan campuran.

Menerusi kememangannya, jejaka ini menjadikan kedudukan Malaysia lebih kuat untuk menuai emas.

Ng Tze Yong Cipta Kejutan Bantu Malaysia Menang Emas Badminton Berpasukan Campuran

IKLAN

Terlebih dahulu pasangan beregu lelaki negara yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membantu Malaysia dengan langkah kanan apabila mengutip mata pertama selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan kutipan mata 21-18, 21-15 dalam beregu lelaki.

Namun begitu, perjalanan Malaysia untuk mencapai emas acara itu sedikit goyah apabila pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tumpas 20 – 22 dan 17-21 kepada bekas pemain nombor satu dunia, Pursala Sindhu.

BACA JUGA: Azeem Fahmi Cipta Rekod Baharu 100m Malaysia, Catat Masa 10.09 Saat

IKLAN

Ng Tze Yong Cipta Kejutan Bantu Malaysia Menang Emas Badminton Berpasukan Campuran

Akhirnya, pingat emas Malaysia disahkan apabila pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah menewaskan Treesa Jolly dan Pullela Gayatri  dengan kutipan mata 21-18, 21-17.

IKLAN

Acara ini bukanlah menjadi sasaran emas negara sebelum ini apabila harapan diletakkan kepada saingan beregu lelaki atau campuran untuk pulang bersama emas.

Dengan kemenangan yang tidak dijangka dalam acara badminton berpasukan campuran, setakat ini Malaysia memperoleh tiga emas selepas pasukan angkat berat telah terdahulu menyumbang dua emas.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI