Situasi banjir yang berlaku di Lembah Klang menyebabkan ramai yang terkesan dek kerana rumah mereka dinaiki air atau kawasan perumahan terjejas teruk akibat bencana alam ini.
Disebabkan oleh itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan cuti bencana mulai hari ini sehingga 25 Disember depan.
Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Majlis Eksekutif Universiti susulan banjir luar biasa yang melanda negara ketika ini.
Semua kuliah dibatalkan mulai hari ini hingga Sabtu sebagai inisiatif bagi meringankan dan membantu mereka yang terkesan. Sepanjang tempoh ini, tiada sebarang aktiviti kuliah, pentaksiran dan penghantaran tugas dilaksanakan.
Ads
Cuti bencana ini akan dilanjutkan dengan cuti khas perayaan pada 25 Disember hingga 2 Januari 2022 seperti yang ditetapkan dalam kalendar akademik sesi I 2021/2022.
Jelasnya lagi, pensyarah boleh menggunakan minggu ulang kaji (31 Januari hingga 5 Februari) bagi tujuan penggantian kuliah.
Inisiatif ini dilakukan kerana UiTM amat mengambil berat dan prihatin terhadap situasi yang dihadapi oleh pelajar dan kakitangan sokongan dan akademik yang terkesan dengan bencana banjir ini.
Kami di Remaja juga turut mengucapkan takziah kepada seluruh warga Lembah Klang dan semoga keadaan air banjir semakin surut dan diberikan bantuan keperluan secukupnya.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bertahun lamanya rakyat Malaysia dibiasakan untuk membayar tol perjalanan di lebuh raya mengunakan perkhidmatan kad Touch n Go.
Situasi paling menjengkelkan bila tersangkut di plaza tol disebabkan baki kad touch n go kereta dihadapan tidak mencukupi. Betul tak? Mesti korang selalu terkena atau mungkin pernah jadi individu yang menyebabkan orang lain pula stuck dalam barisan panjang kan? Hiks!
Kadang kita ni dah confident baki kad mencukupi tapi sebaliknya bila sampai turn tiba-tiba tak cukup pula. Ahhh nervousnya. Orang belakang dah sibuk hon. Dengan muka tebal kita pun berlari ke kaunter untuk tambah nilai.
Namun, baru-baru ini keluhan rakyat didengari apabila Putrajaya mengesahkan sistem pembayaran terbuka menggunakan kad debit bagi menggantikan Touch n Go (TNG) boleh digunakan menjelang September nanti.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bermakna pengguna mempunyai pilihan pembayaran, selain TNG yang dilihat memonopoli industri tersebut.
Namun menurutnya, pembayaran kaedah menggunakan kad kredit dan debit akan bermula di lima buah tol lebuh raya.
Lima Tol Lebuh raya
Lebuhraya Sungai Besi
Lebuhraya Baru Pantai
Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur
Lebuhraya Koridor Guthrie
Jambatan Pulau Pinang.
Menurut Alexander, usaha ke arah sistem itu bukan perkara baharu dibincangkan kementeriannya, sebaliknya ia telah dilakukan lebih setahun lalu.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pelaksanaan sistem itu merupakan inisiatif awal sebelum beralih ke Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang kini sedang diusahakan. Alexander menambah, pelaksanaan penuh MLFF itu akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.
Sebelum ini, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan, satu perbincangan bersama tiga kementerian akan diadakan bagi mengatasi masalah berkenaan. Ia membabitkan KKR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pengangkutan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan khidmat monopoli TNG mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.
So, lepas ini tak ada masalah lagi lah kalau baki touch n go ni tak cukup….
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namun tiada apa yang ‘OK’ mengenai kematian remaja bernama Kyal Sin. Itulah nilai nyawa yang digadaikannya demi demokrasi.
Sememangnya, pergolakan politik di Myanmar tidak pernah mengenal erti surut. Sejak dahulu lagi, pihak kerajaan negara tersebut pasti akan berdepan ancaman daripada pihak ketenteraan Junta.
Di kalangan ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun pada minggu ini, seorang daripadanya merupakan gadis yang cukup istimewa.
Semangat yang ada pada diri seorang remaja perempuan bernama Kyal Sin ini tidak pernah luntur demi melihat negaranya itu bebas daripada cengkaman pemerintaan ketenteraan.
Setiap kali Kyal Sin, 19 turun padang untuk menyertai pertunjukan demonstrasi, dia akan menyarungkan baju T dengan slogan berbeza seperti ‘Rakyat Perlukan Demokrasi’, ‘Pulangkan Keadilan Kepada Myanmar’ dan ‘Hormati Undian Kami’.
Rabu lalu, Kyal Sin menyarungkan baju T, “Everything will be OK.”
Namun tiada apa yang ‘OK’ berkenaan kematian remaja tersebut di tangan pihak tentera Myanmar, Rabu lalu.
Kyal Sin ditembak tepat pada dahinya semasa dia berada di bandar Mandalay. Tragedi tersebut kini hangat diperkatakan oleh warganet yang marah dengan tindakan tidak berperikemanusian pihak tentera Junta.
Selain Kyal Sin, seramai 37 lagi penunjuk perasaan turut terbunuh dalam insiden tersebut menurut laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kyal Sin yang dilihat sedang berlindung, sebelum dirinya menjadi mangsa tembakan Junta. Sumber Foto: Channel News Asia
Pada majlis penghormatan terakhir yang dilakukan untuk mendiang semalam, ratusan remaja sebaya dengannya telahpun turun padang dan menyanyikan lagu berjudul ‘We Won’t Forget Until The End Of The World’ sebagai tanda protes serta melaungkan slogan menentang pihak tentera.
Di media sosial pula, lebih ramai warganet yang menentang pemergiaan remaja tersebut.
Remaja yang dikenali sebagai Angel ini merupakan seorang pencinta seni tarian dan bergelar pelatih sukan taekwondo.
Kyal Sil hanyalah seorang remaja biasa yang gemar mengambil selfie dengan pakaian hariannya. Dia rapat dengan ayahnya dan menemaninya untuk membuang undi semasa Pilihan Raya Umum Myanmar, akhir tahun lalu.
Biarpun nampak lembut dari luaran, Kyal Sin mempunyai hati dan semangat yang kental untuk memperjuangkan keadilan.
Sebelum menyertai protes pada minggu ini, dia telahpun menyenaraikan jenis darah yang dimilikinya, nombor telefon dan menyerahkan organ badannya untuk didermakan kepada insan yang memerlukan sekiranya dia mati dalam kejadian protes tersebut.
Insiden yang menimpa Kyal Sin ini telah menarik perhatian pemimpin muda negara iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menganggap Kyal Sin sebagai individu yang jauh lebih berjiwa kental berbanding para pemimpin negara-negara ASEAN.
Katanya menerusi coretan di ruangan kapsyen, pelakon berusia 27 tahun itu sudah bertahun mencari rumah dan menunggu kelulusan daripada pihak bank.
Selain itu, dia juga pernah mengeluarkan banyak wang pendahuluan untuk menempah rumah, namun belum mempunyai rezeki.
“Bismillahirrahmanirrahim, macam mana ya nak mula? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ini. Bertahun- tahun cari rumah. Bertahun juga la tunggu nama lepas di bank.
“Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya setahun itu memang kehulur kehilir dengan mama pergi tengok pameran rumah( terima kasih Mama untuk segalanya). Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok.
“Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan untuk tempahan. Tapi itu la, Allah kata bukan rezeki kan. Kita redha. Rumah ni pun, patutnya tahun lepas dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut mendedahkan bahawa dia dan suami tercintanya sudah pun mempunyai perancangan untuk membeli rumah sebelum mereka berkahwin lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat dan rakan selebriti tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat Sweet Qismina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...